google analytic

Nuffnang

Monday, November 26, 2012

Lawatan ke Petronas Twin Towers Skybridge & Observation Deck

Ceritanya, adik aku si Jakir dari dulu teringin merasa naik skybridge di Petronas Twin Towers. Setiap kali turun KL, dia mesti tanya macamana mau naik sana. Tapi soalan dia tu selalu pada masa yang tidak sesuai (sudah tengahari, last day di KL, mau balik Labuan sudah). Mindset aku dulu-dulu, mau naik skybridge kena berebut dan bertapa di ticket counter seawal pagi buta kerana tiket adalah percuma tetapi terhad.

At last, tahun ni, aku try juga bawa si Jakir ke sana. Tapi dengan syarat, kena gerak dari rumah seawal jam 8.30 pagi (ticket counter buka jam 8.30 pagi juga). 
(Sejak pemergian arwah bapa, aku tidak suka menangguhkan permintaan orang kesayangan aku especially kategori hajat yang jarang diminta dan aku tau aku mampu lakukan. Seboleh mungkin, aku akan usahakan).

Jadinya, semalam, seawal jam 8.50 pagi (lambat 20 minit pula), kami bergerak ke KLCC. Addin, Zara dan Abang Edi tinggal di rumah ja sebab aku plan mau bawa mama ke Sogo dan Jalan TAR lagi untuk shopping. (Tidak sah kunjungan Mama ke KL kalau tidak ke Sogo. Pelik tapi benar).

Sampai ja ke ticket counter, Alhamdulillah, barisan tidak panjang. Tapi slot untuk lawatan dari 9 pagi hingga 2 petang semua sudah habis dijual.

Rupanya lawatan dipecahkan mengikut slot masa. Bilangan pelawat untuk setiap slot dihadkan kepada 15-20 orang (aku pun tidak sure).

Kebanyakan pengunjung adalah tourists dari luar negara. Tiket untuk warganegara hanya RM25 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak di atas 3 tahun. Kami beli tiket untuk 2.15 petang.

So, sebelum tu, terus shoot ke Sogo. Jam 1 tengahari kembali ke KLCC.  

10 minit sebelum masa lawatan, sudah kena bersedia di pintu masuk untuk check-in.
- Diberi tag (time ni baru check IC)
- Kena lalu pemeriksaan keselamatan
- Diberi briefing oleh hologram presentation ala2 cerita Ra.One
- Naik security lift ke tingkat 41


Sampai ja di tingkat 41, ada briefing lagi jap. Lepas tu acara bebas selama lebih kurang 15-20 minit.


Bergaya dengan tiket dahulu.

Muka mama tu macam selamba tapi sebenarnya gayat.

Pemandangan KLCC park dari tingkat 41.


One happy person.

Sesampai di skybridge ni, aku teringat zaman practical training selama 5 bulan di Petronas tahun 2000 dulu. 
Ngam time tu ada migration. 
Seawal jam 8 sudah mula kerja dan selalu stay back di ofis sampai malam untuk menyiapkan kerja seharian. 
Kerja on weekend pun ada juga. 
Puas juga la kami yang trainee ni round bangunan Tower 1 dari serendah-rendah level bawah tanah hingga ke setinggi-tinggi level (aku rasa lebih-lebih pun aku sampai tingkat 80 ja, tidak ingat suda). 
Saja-saja round di skybridge tu pun ada juga. 
Memang kenangan betul. 
Lepas habis training terus aku avoid KLCC selama setahun sebab sudah muak. 
Hohohoho.. 

Lepas habis sesi lawatan di skybridge, kami dibawa pula ke tingkat 83 dan tukar lif ke tingkat 86 pula atau observation deck. Ada short briefing lagi dan acara bebas 20 minit.


Mengintai KL Tower.


Replika antenna Petronas Twin Towers.

Replika KLCC.

Bangga jadi waris Dusun.


 
The brain - I adore Tun.

Di tingkat 83. Semua skyscrappers tertinggi dunia ada kena tunjuk di sini.

Lepas habis lawatan, kami turun ke lower ground level dengan security lift juga.
Dan terus dibawa ke gift shop sebagai tanda lawatan sudah berakhir.
Sempat juga la aku beli dome fridge magnet Malaysia dengan harga RM5.90.
Di peti ais tu ada fridge magnet negara orang ja, dari negeri sendiri tiada la pula. Malu la.  


Next time mau datang sini lagi dengan Abang Edi, Addin dan Zara.
InsyaaAllah, bulan December 2012 boleh beli tiket secara online.
Kalau tiada juga online ticketing tu, boleh pegi beli ticket in advance. Tapi kena datang la pada masa lawatan yang sudah ditempah. Kalau tidak datang, burn ja usin.

Susu kambing

Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga ke pesta MAHA.

Kalau ikutkan hati, memang malas mau ke sana, sebab orang ramai, kawasan pameran pun besar yang amat. 
Berbeza dengan time MAHA mula-mula diperkenalkan. Kawasan pameran lebih kecil, sambutan masih ala kadar kerana belum ramai yang tahu.
Oleh kerana kebetulan Mama dan Jakir di KL, dan dia suka ke sana, rumah pun dekat, maka kami layankan saja. 

Alhamdulillah, kunjungan kali ni memperkenalkan kami dengan susu kambing.
Mula-mula, si Jakir beli sebotol. Bila kami try sikit. Sedap la pula.
Rasanya lemak. Hamis bau kambing? Tiada. Hanyir? Tiada. (Tidak pernah experience minum susu hanyir. Hanyir ni aku detect apabila minum pati ayam dan pati ikan haruan ja). 
Kami semua sekeluarga jenis suka minum susu (kecuali Mama, dia ada lactose intolerance).
Dan kami juga penggemar daging kambing tegar. 
Jakir beli lagi 6 botol. Satu botol RM5.

Sekarang menjadi kegemaran Addin dan Zara. Aku dan Abang Edi pun suka juga.
Definitely taste better daripada susu lembu biasa :)

 Minum susu kambing sunnah Rasullullah

Tugas sekarang, mana mau cari benda alah ni untuk consumption setiap hari?

p/s: Kononnya, minum susu kambing dapat membantu suami isteri yang berusaha untuk mendapatkan anak. (Aku bukan ke arah itu. Minum untuk tujuan mengeringkan tekak dan mendapat bekalan kalsium saja, sama objektif apabila minum susu lembu). Wallahualam.



Monday, November 19, 2012

Gateway to Tanah Aina Farrah Soraya (Flying Fox)

 Beriadah ringan-ringan dulu

 Sedia untuk terbang

 Seronotnya... Jerit all the way!!!

Addin senyap ja.. sampai2 ja terus mau buat sekali lagi.. huhuhu..

 Turn Abang Edi dan Zara pula




Zara yang cool ja buat flying fox

Abang Edi punya turn pula

Gateway to Tanah Aina Farrah Soraya (Dinner time)



Durian gemok


Gateway to Tanah Aina Farrah Soraya (Jungle trekking & Leap of Faith)


safety jackets

mun sesat juga, nda la aku faham..

 dormitory area 

kena lalu jambatan ni dulu

 waiting for the briefing

 pakai dulu safety jacket

 boleh beli fish food dan rubber shoe di sini

zara pun sudah bersiap sedia

 off we go to the jungle.. (belakang tu adalah site for new chalet)

 lalu small river dulu

staff ni la (baju hijau) yg dukung si zara all the way sepanjang trekking.. dan dia juga la yg offer kasi pinjam kasut kepada si nurul while dia sendiri berkaki ayam... Allah saja la yang dpt balas jasa beliau.. 

staff (berbaju putih) dukung si Addin.. sabar ja ia melayan si Addin berceloteh.. dan Addin amat kagum sebab abang ni cakap dia asal Indonesia.. (Addin suka bertanya pasal earth dan map.. he is easily amazed by foreign country)

 denai hutan yang penuh dengan pokok dan batu-batuan

sampai suda

addin meminta ihsan untuk terjun berpasangan dengan si daddy

 untuk menyakinkan si Addin, Abang Edi buat dulu

 Addin tengok bawah.. terus cancel pasal tidak boleh buat berdua.. poor him.. next time kita try lagi k Addin..

 Aku dengan konpiden ala2 Pandelela Rinong time baru belajar terjun
gambar last2 yang sudah cecah ke air tidak diupload sebab scarf suda tercabut.. hahaha..

 The crowd

Lepas tea time, sambung berkubang lagi di sungai dekat tenting area


Gateway to Tanah Aina Farrah Soraya (Khemah dan lunch)

 Jeep harimau malaya

 Kami naik jip kuning ni

 Buffet styles

Dining area yang luas

 Sampai ja terus lunch tepi sungai

 Cuci tangan dengan air sungai dalam bekas tempayan. Nice!

Our tent for 4. berjiran dengan diana n hubby

 gambar dalam tent si Liean. Ada area untuk tetamu yang datang :)

Tenting area.

Toilet + bathroom

Itinerary

Auntie Faiz with the kids

Belum pegi air terjun, Addin dan Zara sudah melencunkan baju
Abang Edi ambil angin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...