Kalau ikutkan hati, memang malas mau ke sana, sebab orang ramai, kawasan pameran pun besar yang amat.
Berbeza dengan time MAHA mula-mula diperkenalkan. Kawasan pameran lebih kecil, sambutan masih ala kadar kerana belum ramai yang tahu.
Oleh kerana kebetulan Mama dan Jakir di KL, dan dia suka ke sana, rumah pun dekat, maka kami layankan saja.
Alhamdulillah, kunjungan kali ni memperkenalkan kami dengan susu kambing.
Mula-mula, si Jakir beli sebotol. Bila kami try sikit. Sedap la pula.
Rasanya lemak. Hamis bau kambing? Tiada. Hanyir? Tiada. (Tidak pernah experience minum susu hanyir. Hanyir ni aku detect apabila minum pati ayam dan pati ikan haruan ja).
Kami semua sekeluarga jenis suka minum susu (kecuali Mama, dia ada lactose intolerance).
Dan kami juga penggemar daging kambing tegar.
Jakir beli lagi 6 botol. Satu botol RM5.
Sekarang menjadi kegemaran Addin dan Zara. Aku dan Abang Edi pun suka juga.
Definitely taste better daripada susu lembu biasa :)
Minum susu kambing sunnah Rasullullah
Tugas sekarang, mana mau cari benda alah ni untuk consumption setiap hari?
p/s: Kononnya, minum susu kambing dapat membantu suami isteri yang berusaha untuk mendapatkan anak. (Aku bukan ke arah itu. Minum untuk tujuan mengeringkan tekak dan mendapat bekalan kalsium saja, sama objektif apabila minum susu lembu). Wallahualam.

No comments:
Post a Comment
Feel free to comment