It's been a week since we came back to Malaysia. Dan saya tidak sabar untuk berkongsi pengalaman dan tips dalam blog ku yang disayangi ini :)
Ketika raya 2013, Abang Edi bagitau dia teringin untuk bercuti ke tempat yang sejuk di akhir tahun.
Daripada cadangan aku ke Pulau Mabul (yang ditolak bulat-bulat oleh Abang Edi pasal tidak sejuk), ke Vietnam (tiada bunyi sebab aku tidak gerak maka plan hanya tinggal plan), ke Beijing (cadangan asal abang ipar aku tapi aku dan Abang Edi tidak berminat atas pelbagai sebab) dan akhirnya ke Korea!!
Cadangan ke Korea juga diperhalusi dengan syarat-syarat berikut
- Ambil pakej
- Sebab aku tiada masa mau buat research sorang-sorang. Bertuah kalau ada yang lain-lain mau buat research juga.
- Tidak konpiden dapat redah Seoul tanpa tour guide sebab mereka tidak guna english sebagai first language. Kalau sudah second time pergi ok kot.
- Aku rasa macam tidak larat ja mau redah Seoul tu ketika musim sejuk tanpa transportation yang diatur (tidak perlu tunggu, masa sudah time, naik ja). Tambah-tambah lagi dengan bawa Addin dan Zara. Ada mama aku lagi mengikut. Macam kesian ja mau naik subway segala.
- Tempoh percutian tidak boleh lebih daripada 5 hari bekerja
- Abang Edi request mesti ada snowfall which is aku sedikit bingung di situ sebab how on earth aku mau tau time kami pegi tu ada hujan salji
- Abang Edi request mesti ada aktiviti main ski
- Berdasarkan pembacaan daripada blog orang, aku rasa aku mesti mau experience Mount Seorak
Cari punya cari punya cari, aku jumpa pakej yang sesuai iaitu dengan Kembara Sufi Travel and Tours kerana faktor yang berikut
- Itinerary yang disusun menetapi syarat-syarat aku dan Abang Edi
- Termurah di pasaran untuk pakej full board. Cumanya pasal aku ada sedikit terhegeh-hegeh ketika sign up, jadi harga asal iaitu RM2999 untuk seorang dewasa telah meningkat kepada RM3299 sebab harga tiket penerbangan sudah meningkat lebih mahal
- Boleh dipercayai sebab pejabat dorang dekat dengan pejabat abang ipar aku di Anggerik Mall
- Facebook Kembara Sufi aktif, banyak liker dan mendapat pujian daripada customer dorang
- Abang Edi terpengaruh dengan slide powerpoint yang ditunjukkan dengan penuh sopan santun oleh boss Kembara Sufi iaitu Ust. Fadhil.
Cumanya, pakej tu comes with a few uninteresting points
- Flight awal pagi dari KUL - INC dan dari INC- KUL - sebab konon kalau flight malam senang la mau berehat, kalau flight pagi ni dibuatnya aku segar ja sepanjang 6 jam perjalanan kan boring jadinya
- Flight AirAsiaX. Tiada hiburan. Boring. Konon mau naik MAS. Tapi Abang Edi cakap dia no hal. Asal sampai. Apa la sangat 6 jam. Tapi kalau mau ambil flight lain pun tidak apa. Ambil ground tour ja sama Kembara Sufi. Boleh ja.
- Kena tidur di airport Incheon pada malam terakhir. Aku bincang dengan Ust. Fadhil, dia kata kena buat begitu supaya tiada risiko tertinggal flight. Aku pun tabahkan hati ja la, especially lepas baca kehebatan airport Incheon yang menjadi pujian passenger yang pernah tidur di airport.
- Terdapat beberapa waktu makan yang tidak termasuk dalam pakej sebab kekangan masa dan tempat, contoh ketika berhibur di taman tema
Selepas mempertimbangkan pro and cons, aku dan abang Edi tetap yakin dengan kemampuan dan pakej yang ditawarkan oleh Kembara Sufi.
Aku fikir macam ni, murah punya hal, jangan nak banyak songeh.
Keep your mind open, jangan mau expect yang extravaganza sangat.
Aku siap booking bilik hotel di area Incheon dan arrange free transfer dari hotel ke aiport so boleh kejar flight pagi balik ke KUL tu. Guna booking.com ja. Tidak perlu bayar dahulu. Free cancellation. Peace of mind.
Tawakkal kepada Allah. InsyaAllah semua selamat :)
Kesudahannya, tidak perlu tidur di airport pun. Nasib baik hotel yang aku booking sendiri bole cancel.
Dan hanya pada malam pertama yang tidak disediakan makan which is fine for us sebab aku memang sudah bersedia. Bekal makanan dari Malaysia siap terlebih dan boleh bawa pulang ke Malaysia lagi. Huhuh..
Alhamdulillah, itinerary dan percutian kami adalah lebih seronok dan fulfilling daripada yang kami dapat bayangkan!
bersambung..