google analytic

Nuffnang

Monday, March 3, 2014

Kidzania 2nd Birthday Bash

Hari Ahad. 2 Mac 2014.
Kami gerak dari rumah jam 8.30 pagi.
Yeah. That early.

Sampai Kidzania around 9.00 pagi.
Gila! Orang sudah ramai.
Sempat ka kami dapat free ticket tu?


Lama berbaris, pada jam 9.15 pagi kami dapat ni.
Yeay!


Zara dan Abang Edi first time sampai Kidzania.
Excited si Zara. 

Boring menunggu.
Si Addin cukup heran kenapa ramai orang macam ni.
2 kali datang tidak pernah pun macam ni ramai.



Keramaian sampai line siap melimpah keluar.

Dengan tahap keramaian yang macam tu, aku tidak dapat bayangkan family yang first in the line tu menunggu dari jam berapa.
Walaupun kami menunggu lama (setengah jam macam tu), pihak Kidzania pun agak cekap.
Dorang siap buat dance show.
Beberapa staff Kidzania sudah pakaikan kami bangle siap-siap untuk mempercepatkan urusan pendaftaran. 

Lepas beli tiket.
40% off untuk tiket dewasa (harga asal RM35).
Dan tiket FOC untuk kanak-kanak (harga asal RM60).
Dan cheque sebanyak 50 kidzos masing-masing untuk Addin dan Zara.
 Bergaya dengan bangle hijau (walk-in customer) dan cheque.
Kalau bangle merah tu customer yang beli ticket online. 

So, lepas lalu imigresen, kena cash cheque dulu.
Pagi-pagi ni, urusan masuk keluar duit daripada akaun CIMB Kidzania tidak available katanya.
Tengahari baru ble buat. 
Jadi duit banyak-banyak tu, semua masuk dalam handbag aku ja la.

Wang besar! Wang besar!

Role play yang pertama jadi CSI.


 Lepas jadi CSI, Addin dan Zara berbaris jadi pilot pula.
Tapi lepas setengah jam menunggu, Addin jadi kurang sabar. 
Konon dah 2 kali jadi pilot.
Dia mau keja di shop Vitagen.
Aku suruh ja dorang tunggu sebab Zara belum pernah jadi pilot.
Zara pun tidak mau jadi pilot, sebab ikut abang :)
Duh... usaha menunggu 30 minit terbuang sia-sia. 

Tips: Pekerjaan paling banyak dapat Kidzos ialah jadi Pilot AirAsia. So, expect a very long waiting que and time. 

 2nd role play, keje Vitagen. Kena bayar 4 kidzos.
Dapat 1 vitagen free each.

 3rd role play, keje di Mini Melts. Kena bayar 10 kidzos.
Masing-masing dapat makan aiskrim.
Wonder where can we get mini melts ice cream here in KL? Anyone? 

Time ni, Abang Edi keluar kejap sekejap sebab nak semokok (smoking +rokok) katanya. 
Tips: Untuk pengetahuan, adult boleh keluar masuk sesuka hati dengan syarat children yang ditinggalkan pandai jaga diri. 
Tapi budak-budak tidak boleh keluar sesuka hati. Once keluar, tidak boleh masuk semula.
So, kalau anak cukup umur, ibu bapa bole la layan shopping di Ikea or The Curve sambil anak bergembira loka di Kidzania.


Role play berserentak. 
Addin kerja di Cadbury. Zara di Seamaster. 
Zara tidak boleh keja di Cadbury sebab had umur 8 tahun ke atas sahaja.
Addin tidak mau keja di Seamaster sebab sudah penah buat konon.
Nasib baik, shop Cadbury dan Seamaster sebelah menyebelah.
So, aku boleh jengok Addin dan Zara dengan aman. 

Time ni, Abang Edi sedang berehat-rehat di Parents only lounge. 
Budak-budak tak ble masuk. Nak tidur katanya.
Tinggal la aku seorang menemani 2 orang anak.

Jadi polis pula. 

Lepas jadi polis, around jam 2 petang, aku and Zara pegi baris mau dapatkan goodie bag sempena besday Kidzania yang ke2. 
Limited to 200 kids only. 
Time ni si Addin tunjuk perasaan. Tidak mau baris.
So, dia pegi buat some arts yang guna 7 kidzos. Dan ditemani oleh Abang Edi. 

Zara sambung bermain jadi pam atendan. 
Aku siap-siap bagitau ni game yang last untuk hari ni.

 Addin pula jadi guest DJ di Hitz.FM.

Oleh kerana Zara habis dulu, dia bising mau jadi fire fighter pula. 
Tapi sebab que panjang sangat, aku suggest dengan Zara supaya tangguh ke next Kidzania session.
Untuk hilangkan kempunan, bergambar di firetruck pun jadi la. 

Tips: Fire fighter pun adalah salah satu role play yang hit di Kidzania. So, expect a long waiting que and time. Maybe, lepas masuk Kidzania tu, boleh la target untuk jadi fire fighter dan pilot dulu. 

Time ni sudah jam 3. Aku rasa macam mau pengsan. 
Makan lunch pun tiada.
Rasa macam mau surrender balik rumah pun ada.
Tapi Addin dan Zara still want to keep going. 

Tips: Anak-anak akan jadi hyper active di Kidzania. Tidak kenal penat dan lapar. So, saya cadangkan untuk bawa air minum siap-siap dari rumah. Makanan ringan pula boleh beli di beberapa eateries di Kidzania. Chocolate donut amat sedap. Jadi boleh suap mulut anak sementara dorang menunggu untuk bermain.
Suka diingatkan, makanan di Kidzania adalah mahal. Contoh, RM2.50 untuk sebiji donat yang cenonet. Tapi tidak boleh bawa makanan dari luar. Beg akan diperiksa sebelum masuk Kidzania.

Last konon. Sambung lagi 2 game. 

 Jadi buruh binaan. Dapat 8 kidzos.

Jadi customer shopping beli barang. Bayar 3 kidzos dan dapat 5 kidzos. 

Ok. Enough is enough.
Penat suda kaki mummy ni.
Jom balik.

Singgah sini pula. 
 Barang paling murah ialah berharga 70 kidzos.
Tapi duit tidak cukup.
Sebab Addin dan Zara banyak main game yang keluar duit ja.
(Adult tidak boleh masuk. Children ja boleh masuk tempat ni dan berbelanja tanpa ada halangan).

 So, pinjam duit Addin dulu sebab ada short 17 kidzos.
Sambil tu, buka akaun CIMB Zara. Pinjam 50 kidzos Addin lagi :)

Suka hati beli barang yang teda tujuan dengan harga 70 kidzos. 
Layankan saja la. 

 Sebelum balik, kita beli gambar dulu. Ada diskaun. 3 gambar untuk RM30 sahaja. 


Okeh. Gambar last sebelum pulang.
Happy 2nd birthday Kidzania KL!

 On the way balik rumah, kami dengar cd rakaman si Addin as guest dj di Hitz.FM tadi.
Rasa bangga pula walaupun ada part yang dia salah. 
Sebut 'Paramore' jadi 'Paranorm' pula. Hehe.
Dulu si Addin tidak dapat main game ni sebab belum lancar membaca.

 Kad CIMB Kidzania Addin dan Zara.

 Ni la item 70 kidzos yang dorang beli. 
Addin beli centipede dan Zara beli gelang bermanik.

 Beli 3 gambar ja. Ok pula photographer tu ambil gambar Addin dan Zara bersekali.
Senang hidup aku dan Abang Edi memilih.
Jimat pun jimat :)
Kalau beli gambar-gambar ni, boleh download softcopy dari www.pictureair.com secara percuma.

Barang-barang dalam goodie bag Kidzania. 

Penatnya la aku, Allah ja yang tau.
Lepas maghrib camtu, aku terus pengsan sampai ke besok paginya.
Nasib la aku sedang uzur.
Dan suda makan di Homst TTDI serta mandi sebaik sampai rumah.
Hal-hal lain, minta Abang Edi ja la yang urus :)

InsyaAllah, akan ke Kidzania lagi dalam masa terdekat sebab sudah beli tiket off 20% tu.

Tips tambahan:
Tidak ramai pengunjung ke Kidzania semalam walaupun semalam ialah sambutan hari jadi ke-2 Kidzania KL. Berdasarkan pemerhatian, que untuk role play tidak la panjang sangat. Dan ada beberapa shop yang boleh kata tidak ada budak que pun. 
Kalau weekdays, boleh kata agak ramai. Especially, kalau banyak budak sekolah yang datang buat rombongan. 
Semalam yang bikin ramai tu, orang dewasa ja.

Kidzania KL 2nd Birthday Bash - Intention and promotion

Tercetusnya idea untuk kembali ke Kidzania sebab sekolah Zara ada lawatan ke Kidzania.
Tapi oleh kerana aku sudah pernah lihat bagaimana rombongan sekolah, especially tadika, diuruskan ketika di Kidzania -
lebih kepada guna banyak masa untuk berbaris beramai-ramai, oleh itu tidak banyak masa untuk main role-play pun, tambah pula masa menunggu lebih lama sebab sekolah lain pun ada rombongan ketika weekdays, jadi - aku rasa adalah lebih sesuai jika aku bawa Zara merasa masuk ke Kidzania dulu supaya dia tidak rasa ralat.
Zara yang ralat atau aku yang ralat?
Aku rasa aku yang ralat. Aku rasa mesti Zara tidak akan dapat optimumkan masa di Kidzania ketika rombongan sekolah tu nanti.
Mereka akan gerak awal dari Seri Kembangan, seawal 8.30 pagi.
Dan balik semua ke Seri Kembangan mungkin dalam jam 3.30 petang.
Dan akan ada sesi makan tengahari di sana.
So, masa tu memang tidak akan cukup.
Cumanya, kena la bagi juga Zara pegi rombongan sekolah tu.
Nanti, kesian pula kalau dia tinggal sorang.
Let her be, bersuka-suka dengan rakan seperjuangan :)

Oleh kerana aku follow FB Kidzania KL, so aku tau sekarang ni ada promosi sempena birthday Kidzania KL yang kedua.

Ada diskaun 40% untuk tiket masuk ke Kidzania bagi 1 tengahari hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat. Yang ni aku tidak berminat sebab aku tau mesti tidak cukup masa. Weekdays some more.

Ada diskaun 20% untuk untuk tiket masuk ke Kidzania bagi 4 petang hingga 9 malam. Yang ni pun aku tidak berminat sebab tidak cukup masa. Tapi ok juga kalau mau pegi time ni sebab kebanyakan budak dan parents pun sudah penat dan balik. Jadi boleh conquer Kidzania dengan aman.
Promosi ni hanya sah sehingga Mac 2014.

Tips: Kalau mau optimumkan masa di Kidzania, mesti datang seawal jam 9.30 pagi. Bagi la anak main sampai Kidzania tutup.

Ada jua promosi 25% diskaun untuk tiket Kidzania kalau bawa boarding pass AirAsia yang 2013 punya. Tapi leceh la pula. Boarding pass aku yang 2013 entah mana pegi. Terms and conditions lebih lanjut tidak diketahui. 

Kebetulan, sempena AirAsia Travel Fair di Paradigm Mall, ada diskaun 20% untuk tiket masuk ke Kidzania yang valid sampai 25 Mei 2014. Boleh guna pada bila-bila masa including ketika cuti am dan cuti sekolah.
So, aku beli tiket ni. Cadang untuk guna dalam bulan April atau Mei.
Pastu, orang yang dekat booth Kidzania tu, bagitau untuk 2nd Mac, sempena Kidzania birthday bash yang ke-2, 200 kids yang pertama akan dapat free ticket masuk Kidzania!
Wow!
Maklumat ni tidak diberitahu secara online untuk tujuan surprise katanya.
Yang diberitahu ialah, semua tiket ada diskaun 40%. Dan pukul 2 ada surprise gift.

So, enough with mukadimah yang panjang berjela (aku ni kalau mukadimah ala kadar ja memang tidak sah), so jom tengok apa yang berlaku di hari kejadian!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...