google analytic

Nuffnang

Monday, March 3, 2014

Kidzania KL 2nd Birthday Bash - Intention and promotion

Tercetusnya idea untuk kembali ke Kidzania sebab sekolah Zara ada lawatan ke Kidzania.
Tapi oleh kerana aku sudah pernah lihat bagaimana rombongan sekolah, especially tadika, diuruskan ketika di Kidzania -
lebih kepada guna banyak masa untuk berbaris beramai-ramai, oleh itu tidak banyak masa untuk main role-play pun, tambah pula masa menunggu lebih lama sebab sekolah lain pun ada rombongan ketika weekdays, jadi - aku rasa adalah lebih sesuai jika aku bawa Zara merasa masuk ke Kidzania dulu supaya dia tidak rasa ralat.
Zara yang ralat atau aku yang ralat?
Aku rasa aku yang ralat. Aku rasa mesti Zara tidak akan dapat optimumkan masa di Kidzania ketika rombongan sekolah tu nanti.
Mereka akan gerak awal dari Seri Kembangan, seawal 8.30 pagi.
Dan balik semua ke Seri Kembangan mungkin dalam jam 3.30 petang.
Dan akan ada sesi makan tengahari di sana.
So, masa tu memang tidak akan cukup.
Cumanya, kena la bagi juga Zara pegi rombongan sekolah tu.
Nanti, kesian pula kalau dia tinggal sorang.
Let her be, bersuka-suka dengan rakan seperjuangan :)

Oleh kerana aku follow FB Kidzania KL, so aku tau sekarang ni ada promosi sempena birthday Kidzania KL yang kedua.

Ada diskaun 40% untuk tiket masuk ke Kidzania bagi 1 tengahari hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat. Yang ni aku tidak berminat sebab aku tau mesti tidak cukup masa. Weekdays some more.

Ada diskaun 20% untuk untuk tiket masuk ke Kidzania bagi 4 petang hingga 9 malam. Yang ni pun aku tidak berminat sebab tidak cukup masa. Tapi ok juga kalau mau pegi time ni sebab kebanyakan budak dan parents pun sudah penat dan balik. Jadi boleh conquer Kidzania dengan aman.
Promosi ni hanya sah sehingga Mac 2014.

Tips: Kalau mau optimumkan masa di Kidzania, mesti datang seawal jam 9.30 pagi. Bagi la anak main sampai Kidzania tutup.

Ada jua promosi 25% diskaun untuk tiket Kidzania kalau bawa boarding pass AirAsia yang 2013 punya. Tapi leceh la pula. Boarding pass aku yang 2013 entah mana pegi. Terms and conditions lebih lanjut tidak diketahui. 

Kebetulan, sempena AirAsia Travel Fair di Paradigm Mall, ada diskaun 20% untuk tiket masuk ke Kidzania yang valid sampai 25 Mei 2014. Boleh guna pada bila-bila masa including ketika cuti am dan cuti sekolah.
So, aku beli tiket ni. Cadang untuk guna dalam bulan April atau Mei.
Pastu, orang yang dekat booth Kidzania tu, bagitau untuk 2nd Mac, sempena Kidzania birthday bash yang ke-2, 200 kids yang pertama akan dapat free ticket masuk Kidzania!
Wow!
Maklumat ni tidak diberitahu secara online untuk tujuan surprise katanya.
Yang diberitahu ialah, semua tiket ada diskaun 40%. Dan pukul 2 ada surprise gift.

So, enough with mukadimah yang panjang berjela (aku ni kalau mukadimah ala kadar ja memang tidak sah), so jom tengok apa yang berlaku di hari kejadian!

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...