google analytic

Nuffnang

Monday, August 24, 2015

Resipi Popia Pisang Nutella

#springroll # pastry with #banana and #nutella


Menu ini adalah di antara menu yang tidak akan ditolak oleh Abang Edi dan anak-anak aku.
Kena buat banyak sebab kalau buat sikit, Addin dan Zara boleh jadi gaduh.
Buat la bila pun - pagi, tengahari, petang, malam - semua bedal, semua ngam.

Last satuday, aku pun saja-saja la post gambar menu ni di Facebook.
(Apa? Kalau post gambar makanan dekat Facebook hukumnya wajib kena jamu orang yang melihatnya? Datang la rumah).

Popia Pisang Nutella.
Tribute to Macik Yaminlah dari Krabi.

Kawan-kawan aku komen minta resipi.
Aku yang sedang rajin time tu pun buat la ambik gambar setiap step untuk buat dessert yang senang tahap gaban ni.

Bahan-bahannya:

Kulit popia (dilembutkan) 
Pisang (dihiris nipis)
Nutella

Tips: 
1. Guna kulit popia yang kecil. Senang manage. Kalau guna yang besar pun, apa ada hal.
2. Setakat ni, aku hanya pernah guna pisang emas dan pisang berangan. You can try to use any pisang you like. And if you don't have pisang, boleh try guna fruits yang lain.
3. Or, boleh juga omit penggunaan fruits sama sekali. Berintikan nutella sahaja. Still taste as great. 



Mula-mula, letakkan hirisan pisang di atas kepingan popia.


Bubuh nutella atas lapisan pisang tadi.
Kuantiti nutella tu ikut citarasa dan tahap penjimatan yang diingini.
*Nutella kan mahal.

Tutup inti popia tadi dengan kulit popia.
Pada tahap ini, you can use your own creativity.
Buat gulung macam popia biasa, lipat empat segi.
Sukahati.
Bila dah ngap dalam perut bertemu jua. 

Gunakan pan rata untuk menggoreng popia tadi.
Oleskan sedikit minyak.
Saya guna cooking oil spray.
Kurang sikit rasa bersalah bila makan dessert kurang berminyak ni.

Goreng kedua-dua belah popia tadi sehingga garing dan bertukar kekuning-kuningan.

Tadaa!!! Gunting bahagi dua popia tadi untuk kesan yang lebih banyak.

Dijamin sedap. 

Thursday, August 20, 2015

I am a Sino-Dusun product

My Mama is a genuine first generation of Sino-Dusun.
Arwah Datuk kami 100% dusun.
Nenek pula (Alhamdulillah masih ada dan masih sihat) pula 100% cina yang datang dari Tanah Besar China.

Aku pun tidak tau macamana nenek aku dan keluarganya boleh datang ke Sabah.
For me to find out.
Yang aku tau, 3 tahun lepas macam tu, pakcik aku yang memang campin berbahasa cina ada bawa nenek aku jumpa sedara mara dia di China.
Kira macam balik kampung la tu.

Walaupun Mama aku tu Sino-Dusun, dia pandai cakap Dusun ja.
Tidak pandai cakap Cina.
Sayang kan.

Aku pula kira 2nd generation of Sino-Dusun yang sudah mix dengan Brunei blood.

I love this song.
Very the catchy one.
Hope you can enjoy it too.

Give 'likes' to Sabahans! :)
#sehatisejiwa

 

Monday, August 17, 2015

Syawal 2015

Syawal sudah beransur. Zulkaedah sudah datang.
Jemaah haji sudah bertolak menuju ke kota Mekah.

*Lama sudah tidak update blog.
Tiada cerita menarik.
Saya jamu cerita raya saja le ye.

Gambar ni ambil pada hari Ahad sebelum raya.
Pegi KLCC untuk mencari kasut raya beroda berlampu untuk si Addin.
Dia punya kasut idaman sejak 2 tahun yang lepas.
Tahun ni baru kami tunaikan. 

Oleh kerana semua restoran di KLCC sesak dengan pengunjung untuk berbuka puasa, maka kami berbuka puasa dengan fountain di Taman KLCC ni saja la.
Beli pastries di Sun Moulin dan drinks di supermarket Isetan.
Kalau pegi KLCC, aku wajib singgah ke Sun Moulin.
Tepakai betul aku sama roti-roti dorang tu.

Dan yang penting, siok betul berbuka puasa di Taman KLCC ni.
Ramai umat. Macam-macam bangsa ada.
Yang paling siok tu, aku nampak satu family orang putih ni berpiknik makan roti canai takeaway di kaki lima Suria KLCC menghadap Taman KLCC tu. 
Very the sempoi.

Selfie berempat kunun berlatar belakangkan Petronas Twin Towers.


First syawal tahun ni kami sambut di Labuan.
Sejak bapa meninggal dalam tahun 2012, sudah tiga tahun berturut-turut kami beraya di Ranau dengan family sebelah Mama.
Tahun ni, Mama cakap mau ubah angin.
Beraya di Labuan ja dengan family sebelah Bapa.

Buang tebiat di malam raya.
Zara bergambar dengan koleksi bingkai mata pelik yang Mama beli di Melbourne. 
Ada timba untuk menadah air mata.

Bingkai mata kucing romantik.

Selfie hari raya bersama si Zara yang suka bergambar.

Sesi bersalaman dan penyerahan duit raya.
My kids amat tidak materialistik.
Dapat sampul ja, terus pass sama aku.
Kalau orang mau bagi duit raya, dorang boleh cakap, saya sudah ada duit.


Selfie lomantik with Abang Edi.

Tahun ni kami bertemakan biru.
Orang lain post gambar raya di Facebook, kami pun mau join the crowd juga.
Abang Edi cadangkan untuk kami bergambar di tepi pantai dekat rumah di tengah pagi terik.
Semua mata jadi kecik sebab sinaran matahari is very the menyilaukan.

Selfie with Mama.
Kenapa Mama aku nampak lagi muda dari aku.
Eyebag aku: homaigad.

Selfie with my only brother dan di'photobomb' oleh Abang Edi.
My brother, Cikgu Aqil or Jakir (panggilan dalam family) is still single.
Kalau berminat, bole drop komen :)

Me, Zara dan my youngest sister, Lina.
Dia juga masih single dan available.

Aku, Mama dan Nurul.
My third sister. Juga masih single.
Adik aku no 2, si Tasha beraya di Menumbok dengan keluarga suaminya.

Abang Edi jadi monopod ye.
 
Petang raya kedua.
Adik aku bawa Addin dan Zara mandi laut dekat rumah.

Makan ambuyat di hari raya.
Condiments ialah sambal belacan, ikan sebelah bakar dan ikan putih masak kunyit.
Kesedapan.

The only friends yang sudi datang beraya ke rumah. 
Ipah dan Yoy with families. Hoho.
Keluarga Ipah dari London balik beraya ke Labuan tahun ni.
The kids hanya sibuk dengan gadget.

Beraya di Labuan seminggu ja.
Bila kembali ke KL, aku mendapat kesedaran diri.
At the end of Ramadhan, aku lost 2 kg.
Dan cukup membanggakan, tahun ni aku langsung tidak membeli makanan dari Bazaar Ramadhan.
Kebanyakan hari aku masak sendiri.
Kadang-kadang, ada la juga membeli. Tapi aku beli dari rakan sepejabat dan di kedai makan yang aku tau sah-sah sedap seperti Mat Ayam Kampung.

Seminggu beraya, berat badan naik 3 kg. Gilos. Defisit.
Mungkin kerana usia yang semakin bertambah, aku fikir, nafsu makan ni perlu dididik.
Cara terbaik untuk mendidik nafsu ialah dengan berpuasa.

Dalam seumur hidup aku, setelah lebih separuh abad hidup, tahun ni adalah tahun yang pertama kali aku berniat dan berjaya berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal.
Sebelum ni, tidak pernah terfikir pun untuk puasa di bulan Syawal.
Syukur, ada la juga peningkatan spritual diri.

Sebenarnya, susah juga mau arrange hari puasa 6 ni.
Almost everyday ada jemputan makan.

Jamuan JPM.

Jamuan Kompleks C.

Jamuan Unit.

Tahun ni kami tidak buat open house besar-besaran.
Bak kata Abang Edi: gawat.
So, jemputan hanya kecil-kecilan - ahli keluarga dan teman rapat saja.
Semua masak sendiri - laksa johor dan rendang daging. 
Tiada gambar pun. Hoho.

Begitulah cerita Syawal saya :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...