google analytic

Nuffnang

Friday, May 6, 2016

Short getaway to Bali - Cuti singkat untuk anak-anak (Hari pertama - 23 April 2016)

My last post was about my anniversary honeymoon trip to Turkey.
Hari ni nak buat post pasal cuti ke Bali pula.

Alamak ai. Adakah blog ini semakin lama semakin berhala tuju ke arah blog travel semata-mata?
Hmmm...

The thing is, saya sekarang tidak selesa untuk mendedahkan tentang kehidupan seharian.
Tiada yang menarik pun.
Di usia sekarang, saya tidak se 'expressive' sebagaimana saya muda-muda dahulu yang bengong dan suka memberontak. Haha.
Skrang, kalau tidak puas hati pun, banyak pendam atau borak dengan Abang Edi, mama aku, adik-adik aku dan kawan-kawan benar depan mata (bukan maya) sahaja.

Ya la. Sudah. Jangan merapu.
Mau cerita pasal Bali ja ni.

Dulu kami sudah pergi Bali pada tahun 2008.
Addin masih berumur 1 tahun lebih. Seat dia pun masih free.
Sekarang Addin sudah darjah 4. Zara pun sudah darjah 1.
Tapi Zara belum sampai Bali.

Tujuan ke Bali kerana kutu travel di badan aku sudah mengigit-gigit ketiak untuk dibawa berjalan.
Travel bug bites again bak kata mat salleh atau bule (orang Indonesia membahasakan orang putih sebagai bulu.. eh salah.. 'bule').

Terima kasih kepada adikku Nurul, kerana dengan kelebihannya sebagai staff syarikat penerbangan tambang murah terulung di Asia, kami berhasil ke Bali dengan tambang yang tidak mahal.
Cumanya, tidak dapat pergi time cuti sebab kami beli tiket pada masa yang amat immediate.

Maka, aku kenalah ambil cuti tahunan 2 hari dan Addin Zara pun terpaksa cuti sekolah sendiri-sendiri.
Well, I am not proud of it.
Untuk mengurangkan rasa bersalah sebagai ibu yang toot, aku kerahkan dorang buat kerja rumah dari kejauhan bumi Malaysia.
Aku pun kena study sama sebab dorang punya silibus sekarang bukan macam kita sekolah KBSR dulu.
Still not proud of it.

Bah. Long story short.

22 April 2016, Jumaat

- Abang Edi tukar duit rupiah. Kami sepakat untuk tukar RM1510 sahaja. Dapat Rp 5 juta. Aku sudah survey, untuk beli Rp 1 juta di Midvalley kena RM300, di Dpulze Cyberjaya kena RM302, di IOI City Mall kena RM301, di Giant Seri Kembangan RM302. Bagus tukar di Giant Seri Kembangan ja. Sudah la dekat dengan rumah, parking pun free.



- Aku confirm dengan Pak Isme bagi urusan transport kami di Bali. Pemilihan Pak Isme sebagai ketua agensi supir berdasarkan recommendation bloggers. Aku ada buat comparison dengan 4 supir yang lain. Harga Pak Isme paling murah. Hanya Rp 50 ribu untuk trip dari airport ke Kuta. Rp 350 ribu untuk day tour trip. Dijamin akan dapat muslim driver dan dibawa makan ke restoran yang halal. Nombor contact Pak Isme ialah +62 81338614174

- Aku dan Abang Edi decided untuk merahsiakan hal cuti-cuti Bali kami daripada Addin dan Zara.

- Malam sebelum bertolak barulah aku mau terhegeh-hegeh packing. Addin dan Zara tanya kenapa aku packing-packing ni. Aku cakap mau packing for our next trip in May. Dorang dengan pintarnya cakap, kan bulan Mei lama lagi.

- Addin request main basikal di Putrajaya besok pagi. Abang Edi said, no can't do. Addin looks sad but Abang Edi cakap dia ada keje. Keje la sangat. Pakatan ibu bapa yang gatal kan bejalan mesti diteruskan. Hehe.


23 April 2016, Sabtu

- Bangun pagi ni baru la aku kelam kabut beli travel insurance. Aku beli daripada AXA dan ambil VIP Smart Traveller for family. Bayarannya hanya RM66.

- Kejutkan Addin dan Zara pagi-pagi kunun mau bawa dorang jalan-jalan di Putrajaya. Haha. Tapi sebaik kami park kereta di Putrajaya Sentral menghala ke klia2 dengan dua buah beg (obviously), Addin dan Zara sudah smell something fishy. Dorang teka kami ke Pahang la, Melaka la. Haha sekali lagi..

- Tiket klia transit dari Putrajaya ke klia2 sudah naik sekarang. (Lama sudah naik pun, aku ja baru terasa kesannya). Ayo maa.. RM9.40 per adult dan RM4.20 per child.

-  Abang Edi spilled the beans ketika kami mau drop luggage pasal di Zara sudah tarik muka 10 meter. Dia tidak percaya kami mau tidur hotel dengan pool besar.

- Pak Isme whatsapp aku bagitau bahawa supir kami ialah Pak Budhi.

- Untuk penerbangan ke Bali, aku tempah makanan siap-siap.

For Addin, macam biasa wajib Nasi Lemak Pak Nasser.
Tapi serius nasi lemak AirAsia Indonesia ni ada banyak kureng sedap. 
So, kalau naik Airasia flight QZ and XT, better avoid this nasi lemak. 
The rendang ayam is not a rendang ayam.
Aku pun tidak tau itu apa punya jenis masakan ayam.

Zara yang suka bereksperimen mau makan pancake kunun.

Sudahnya, pancake ni kurang menepati citarasa Zara.
Dia makan 2 biji, Addin makan sebiji.

Aku order Nasi Kuning.

Yang ni sedap. Just nice.

Abang Edi order Nasi Padang.

Yang ni mengikut kata Abang Edi, sedap. 

- Dua jam dalam flight, budak dua orang tu masih belum percaya kami akan ke Bali. Sudah sampai airport Ngurah Rai Denpasar baru dorang percaya.

- Besar juga airport baru Ngurah Rai ni. Time kami pergi tahun 2008 dulu, kecil ja airportnya. Aku sempat tanya dengan pak imigresennya. Sekarang pelancong tidak perlu bayar airport tax lagi.

Very the besar one.

Mau collect beg pun selesa. 

- Sesampai di ketibaan, kami disambut oleh supir kami pada hari itu, iaitu Pak Heri. Pak Budhi konon ada tamunya yang lain, so Pak Heri tolong jemput kami dan hantar kami ke hotel.

- Beg kami ditarik oleh seorang porter yang datang ntah dari mana lepas tu dia minta RM10. Aik. Aku bagi RM5 ja.

- Sebelum ke hotel, kami request untuk dibawa makan tengahari dulu. Pak Heri bawa kami makan di restoran yang dekat dengan airport, Ayam Tulang Lunak Malioboro.

Seekor ayam kampung yang digoreng lengkap dari kepala sampai ke kuku ayam, timun free dan sayur asam. Dan 2 nasi. Addin dan Zara tidak mau makan tengahari kunun. 

Avocado juice dan es kepala. Menyegarkan.

- Mau kata sedap tu, aku rasa biasa-biasa ja la. Tidak hingga menyebabkan kami mengidam untuk ke sini lagi. Aircondnya tak sejuk pun. Berpeluh makan. Bilnya boleh tahan. Rp 307,050 untuk meal kami yang pertama di Bali. 

- Lepas makan, kami terus ke Hard Rock Hotel. Cerita selanjutnya tentang Hard Rock Hotel Bali akan aku ceritakan dalam entry susulan.

- Petang ni, masa kami hanya dihabiskan dengan bergembira di pool.

Sebelum masuk pool, kami redeem dulu welcome drink di Center Stage.

Pegi pool kanak-kanak, tapi tak menarik.
Anak-anakku dah besar, permainan sebegini sudah tidak mencabar bagi dorang :)

Abang Edi belanja budak 2 orang ni makan eskrem Haagen Dasz.

Sunblock cream jangan dilupa. I can only use this Daylong by Cetaphil.
Guna jenama lain sure kulit aku akan jadi beruam, berjerawat dan segala gerutu yang menghuduhkan wajah.

Zara paling suka main di kawasan berpasir ni.

This is pasir betul. InsyaAllah tiada tahi anjing.

Tapi ada ni kerang tipu-tipu.
Tengok la jari si Zara yang sudah kecut.

- Untuk makan malam, kami hanya berjalan tidak jauh daripada HRH Bali. Apa yang aku perasan, sekarang sudah semakin banyak pilihan makanan halal di area Kuta ni. Kalau dulu pada tahun 2008, macam susah sangat mau cari.

Abang Edi order Nasi Goreng Indonesia. Pedas.

Aku order Nasi Goreng Ikan Masin. Sedap.
Walaupun di restoran tu sudah tunjuk halal, tapi aku masih tidak sampai hati untuk order makanan berasaskan ayam or daging. Huhu.

- Balik. Tidur dan bersedia untuk rancangan pada besok hari. 

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...