google analytic

Nuffnang

Thursday, April 27, 2017

Cuti-cuti Melbourne Spring 2017

Helo gals and guys! Entry kali ni cerita pasal percutian kami ke Melbourne pada 31 Mac hingga 8 April 2017.

Percutian selama 7 hari 7 malam tidak termasuk 1 hari 1 malam traveling day.
Amatlah terasa excited untuk bercuti ke Melbourne ni sebab
1) Sudah lama tiada trip ke luar negara since our Boracay trip,
2) Kali ni trip kami disertai oleh Emir Aslan yang baru masuk usia 6 bulan.

Mula-mula Abang Edi ajak ke Hokkaido kunun.
Tapi aku cakap kat sana tu mungkin sejuk sangat, kesian Emir nanti sebab dia masih baby.
Dia belum pandai bagitau dia sejuk ka, rimas ka. Tau-tau bibir sudah biru kan.
And obviously I don't want him to fall sick di negara orang.

Dan lagi satu, aku rasa kurang selesa untuk ke Hokkaido sebab aku tau aku mesti tiada masa untuk buat research pasal Hokkaido.
Kalau setakat ke Tokyo, konpiden ja boleh redah.
Tapi untuk jelajah ke tempat baru, dengan ada gap bahasa dan makanan, mana lagi aku sibuk mau handle Emir, dan semua research pun mesti akan jatuh ke bahu jemala patik, maka aku angkat bendera putih awal-awal.
Can go, but must go through travel agent.

Jadinya, aku pilih ke Melbourne.
Sebab mau cakap english senang, cari makanan halal pun senang.
Mama dan adik aku pun kempen Melbourne tu best gila kunun.
Kalau semua senang dan best, mesti la kurang pening untuk travel bersama new baby kan.

 Kami di Twelve Apostles.

And to you yang masih ragu-ragu untuk travel jauh bawa baby, saya sarankan untuk - pergilah bermusafir bersama baby.
Terutamanya kalau menyusu badan. MasyaAllah, amatlah senangnya.
Bawalah segala keperluan travel yang sesuai - stroller, soft structure carrier, ring sling.

 Santai petang di Federation Square.


Alhamdulillah, kalau berjalan sama baby ni insyaAllah rezeki tu amatlah murah.
Sebab almost everybody is nice to babies.
Dah kalau orang suka dengan baby, maka mestilah baik kepada maknya juga kan.
Hehe.

 Emir Aslan yang behave dalam flight.

Demi kenangan di masa depan, maka aku ceritakan pengalaman kami secara ringkas dalam blog ni.

Caution: Tips dan idea travel ke Melbourne dalam entry ini sesuai jika anda ialah blog visitor yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:
  • ada baby, dan anak paling besar pun sekolah rendah
  • bajet tak kecil sangat dan tak besar sangat, yang sedang-sedang selesa tapi tak mewah
  • amat memahami bahawa pelan perjalanan itu is just a plan, Allah juga yang menentukan. Maka dengan itu haruslah tidak meroyan sekiranya itinerary yang saya akan berikan di perenggan yang menyusul mungkin tidak sesuai dengan citarasa anda. Kerana percutianku, citarasaku, dan percutianmu, citarasamu.
So, mari kita mulakan knowledge and experience sharing yang simple dan bergambar ini (semoga betul simple, tidak melalut dan padat dengan isi penting).

Persediaan ke Melbourne:

  • Buat passport Emir di Pejabat Imigresen UTC Labuan.
  • Renew passport Addin di kaunter imigresen, 1Serve JPA di Parcel C, Putrajaya. 
  • Buat visa ETA dengan Wiya Travel & Tours Sdn. Bhd. pada harga RM20 seorang. 
  • Aku book 2 airbnb di Melbourne, 1 motel di Philip Island dan 1 cabin di Apollo Bay.
  • Book kereta sewa dengan East Coast Car Rental. 
  • Beli duit Australia AUD1500. Waktu tukar ni, rate lebih kurang AUD1 = RM3.42. Apalah mahal sangat. Nyampah.
  • Cash yang ditukar di atas adalah untuk:
  • Bajet belanja makan dan lain-lain keperluan AUD150/hari (7 hari = AUD1050). Kenapa aku bajet AUD150 sehari? Sebab kami ada 5 orang. Konon seorang bajet belanja AUD30. 
  • Petrol AUD30/hari (3 hari AUD90).
  • Tiket: Puffing Billy train, Penguin Parade, Panny's Chocolate Factory, Searoad Ferry, naik train dari Melbourne CBD ke Brighton Beach

nanti sambung la.. daa..

15 comments:

  1. Puan, sy n famili (6pax) will go there this coming nov..bila nak habiskan entry..nak buat ref...hehehe ..oh by the way how much motel price kat philip island?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan.. insyaAllah saya akan habiskan dalam masa terdekat.. skrg ni masih byk dalam status draft... kalau ada reader macam tuan, saya akan lebih bersemangat untuk share cerita saya lagi :)

      Delete
  2. Salam...xsabar nk bc pengalaman bercuti bersama bayi..inshaallah will go there mid april nxt yeat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dek.where

      Sori sebab saya amatlah terhegeh-hegeh dalam menyiapkan entry saya psl Melbourne ni.. insyaAllah saya akan siapkan pelan2 😅

      Delete
  3. Salam..tertunggu2 jgk next itenary..nk jadikan rujukan kami..btw thanx sharing the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramlah 😄

      Saya ada letakkan itinerary ringkas psl melben ni.. nanti kalau rajin2 saya update lagi ye.. thx for reading 😊

      Delete
  4. nice blog. pernah ke melbourne may2016 lepas. waktu itu rate tukaran currency 1aud: rm2.95 - rm3.05

    ReplyDelete
  5. teringin nak pi cara ni,back packerslah kan.tp rakan2 tak confident,maka saya pun jd tak berani...tengok org lain pi.ok jer pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi alriz..

      Sebenarnya ok je pun.. kalau backpack lagi murah dan senang.. bawa beg kecik, duduk di hostel.. tapi kena pastikan itinerary semua lengkap so imigresen sana tak byk soal :)

      Delete
  6. AsSalam Pn,
    Saya ingin bertanya mcmana prosedur utk book air bnb, sbb sy tak pernah lg book airbnb. Apa yg dimaksudkn dgn charge pembersihan? Terima kasih terlebih dhl sy ucpkn utk Pn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mrs

      Cara nak book airbnb tu kena tau dulu location kat mana, date bila, berapa org nak stay, jenis rumah yg nak disewa tu mcmana, facilities apa yg diperlukan.. airbnb akan bagi harga by date dan pax yang akan stay.. lepas dah confirm tu date tu, airbnb akan masukkan sekali charge pembersihan dan airbnb fees.. charge pembersihan tu logiknya akan jadi lebih worth it kalau stay lama..

      Delete
    2. Charge pembersihan bermaksud caj yg dikenakan oleh tuan rumah ke atas penyewa.. kiranya fee utk dia bersihkan rumah, cuci cadar and towel, etc.. Selalunya pembersihan hanya dilakukan lepas penyewa check out. Ketika masih dalam tempoh sewaan, tuan rumah selalunya tak kacau..

      Delete
  7. Sambungannye kat mana ye nk baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nor Wahibah..
      Sambungan cerita melbourne ni saya ada letak dalam bulan Jun 2017 punya post entries. Tq for reading :)

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...