google analytic

Nuffnang

Sunday, March 8, 2020

My 2019 travelling recap - Phuket Ogos 2019


Phuket - Ogos 2019


Pegi Phuket ni pula diilhamkan apabila rasa macam lama sudah tidak berjalan ke luar negara cop pasport kunun.
Last time kami ke oversea was in October 2018 ke New Zealand.
Oleh kerana bajet kami pun ciput dan flight ticket harganya terjangkau - maka ke Phuket la kami.
Kami pegi ke Phuket pada penghujung Ogos sempena long weekend hari kebangsaan Malaysia ke-62 dan hari jadi Abang Edi ke-43.

Last time kami ke Phuket adalah dalam tahun 2008. Ya ampun lamanya sudah.
Addin masa tu berumur 1 tahun 4 bulan.
Kami ada bawa dia pegi snorkeling, tengok Phantasea, stay di hotel besar dan tinggi, jalan kaki ka je pantai Patong. It was fun.
Kadar tukaran Baht pun masih lebih rendah dari Ringgit Malaysia.
Makanan halal ja macam susah sikit mau cari.

So, this time, aku nekad untuk mencari hotel yang senang cari makanan halal.
Melalui pembacaan, Ramada by Wyndham Phuket Deevana Patong adalah pilihan terbaik sebab ada halal food, tapi dorang tiada family room.
Kalau mau book 2 bilik, macam terlebih dari bajet pula.
So, I cari punya cari - akhirnya aku pilih Lub D Phuket.

Lub D Phuket is actually a backpacker hostel yang ada private room.
Melalui review, aku baca ramai backpackers bujang - enjoy party night life, seksi, ganteng, internationale - yang suka hostel ni and dub this hostel as the best hostel in the world.
World kau - kelas.
Nevertheless, family ka, budak kecik ka, orang tua pun still welcomed.
Provided golongan manusia ini boleh tahan dengan kehidupan serba fana dan ke'happening'an yang dianjurkan oleh hostel ini - especially on weekends.

So, aku redahkan juga, sebab bilik mereka yang terbaik - menghadap kolam - masih murah dan dalam bajet. Dan aku book 2 bilik - connecting room.
Hotel ni bersih, hari-hari kena kemas bilik, towel dan cadar ditukar, drinking bottled water kena bagi free.
Ada netflix, siaran tv local pun ada, internet wifi kuat.

Tidak la luas sangat tapi tidak la sempit sangat.
Ngam la untuk kami. 
Ada ruang untuk solat dan simpan luggage. 
Tilam dan bantal selesa.

Bilik air pun ok. 
Setiap hari dibersihkan dan towel pun diganti fresh.

Swimming pool budak-budak suka.
Selagi ada masa boleh berkubang, mereka tidak akan melepaskan peluang. 

A hostel with a pool. Great!


LubD Phuket. Around 1km from the nearest masjid. 
Cari makanan halal senang. 
Pegi pantai pun dekat lebih kurang 10 minit jalan kaki begitu (10 minit standard aku yang terhegeh-hegeh). 

Hari first kami makan di Kusuma. 
Boleh la. Kedai tomyam dekat rumah lagi sedap la. 
Sini harga boleh tahan.


Depan LubD ni juga ada kedai massage, laundry.
Aku hantar laundry sini. 

Lub D ni aku rasa agak femes juga di kalangan driver di Phuket.
Lokasi terbaik. Dekat dengan tempat happening di Patong, dekat pantai, dengan masjid pun dekat. Makanan halal is easy to find. Depan hotel ada orang melayu siam jual pancake halal, restoran halal pun boleh kata dekat untuk jalan kaki.

Setiap petang depan LubD ni ada abang buka gerai pancake halal. 
Just speak malay with him. 
Budak-budak ni akan order pancake everyday without failed. 

Tidak ramai yang breakfast pada satu-satu masa. 
Sebab breakfast is all-day.
So tourists yang lain might have their breakfast in the evening after membuta lepas semalaman berhibur di Bangla Road. 

One of breakfast menu. 
The pomegranate juice is masam. Yaik. 

Cuma satu ja - kalau boleh tidak perlu la ambil breakfast dorang.
Walaupun breakfast dorang berkonsep all-day breakfast, tapi menu breakfast tidak banyak - sudah la tidak banyak, ada unsur babi lagi tu.
Biasa la what do you expect di negara bukan majoriti Islam kan.
Tapi bosan juga kalau hari-hari makan roti telur and oat saja.
Sudah la aku book for 5 days and 4 nights (what was I thinking?)
Bagus beli breakfast di 7E or Family Mart berhampiran.

Roti paun aku beli di 7E dekat hotel.
Sedap gila roti ni. Besok2nya aku cari ni roti tiada sudah.
I guess this bread must be a hot stuff item. 

Lepas tu, pada hari terakhir kami di sana, kami ada early flight to catch.
Aku tanya bole ka dorang sediakan breakfast kami lebih awal so we can have it to go.
Unfortunately, no, they don't. Bummer.

Abang Edi tunjuk skill.
Sometimes dia lawan pool kunun sama tourist lain. 
Kalau lawan aku busan la. 

Dalam trip Phuket yang ni la, aku mula berkenalan dengan Klook.
Aku guna Klook untuk airport transfer kami, tengok Siam Niramit dan snorkelling.
Airport transfer aku book sehari sebelum.
Siam Niramit dan snorkelling aku book 2 hari sebelum.
Untuk Phuket trip ni, kawan aku rekemen juga untuk sewa kereta pusing-pusing pulau Phuket (yang ni aku tidak book guna Klook).

My review pasal Klook app:
Booking transportation, activity and attraction tickets via Klook is so easy and convenient.
Harganya pun lebih murah kunun daripada booking sendiri di luar Klook.
Mau tau lebih murah ka tidak - baca ja ribuan review yang orang bagi dalam tu, I think they did their homework hence all the pujian kemurahan tu kan.

Van yang aku book just 2 days before kami sampai Phuket via Klook. 

Lagi, Klook operator yang dapat berbintang hebat2 tu, they are so trusted and reliable.
Baca komen juga la trusted ka tidak. Jangan la taram book sama yang banyak kena komplen. Ko ni pun..
Macam snorkelling trip kami kebetulan jatuh pada hari hujan lebat.
Dorang sudah pickup kami dari hotel dan hantar kami ke jeti.
Kami sudah siap dengar taklimat segala ni.
Tapi hujan lebat gila angin kencang sampai terbang la segala payung, kerusi dan apa-apa la yang boleh terbang.
Jadi kami pun decided untuk cancel the trip sebab kami rasa bahaya dan tidak sesuai untuk anak-anak kami.
Dan klook operator itu pun dengan seikhlas hatinya cakap boleh cancel dan hantar kami pulang ke hotel yang jaraknya sejam dari jeti tu.
And I got the notification email from and refund from Klook in the very next day.
Bagus kan. Ini barulah world class.
Tidak complete kalau ke bumi Siam tanpa jumpa gajah. 

Before tengok show, kami kena jamu dinner dulu.
Ada dessert - I guess this must be kuih yang sama dengan kuih viral dari Kelantan masa last ramadhan - kuih kerbau guling. 

Aisehmen. Jadi fruit vendor on boat kunun. 

Kuih cumil2. Telur puyuh kot ye. 

My review pasal Siam Niramit:
Ok2 la. Phuket Phantasea lebih best rasanya.
Pasal Phantasea lebih lucu dan lebih meriah with all the manusia terbang dan gajah dan ayam dan kambing.
Siam Niramit ni show pasal sejarah Siam.
Ada juga terselit pasal budaya melayu di selatan siam.
Culture village dorang pun ada tunjuk rumah melayu with all the batik dan pekerja yang berbaju kurung dan melayu.
Dan alhamdulillah makanan di sini semua halal.
Surau yang luas lengkap dengan tempat berwuduk pun ada disediakan.
Cuma persembahan tu la aku rasa ada buring sikit. Sikit ja la.
Harga tiket Siam Niramit lebih murah daripada tiket Phantasea. Murah banyak.

Follow ja Google map or waze. 

Emir mau jadi Ejen Ali. 
I dah lupa la apa nama tempat ni. 
Nanti dah ingat I update. 


Dalam trip ni juga kami berpengalaman untuk round Phuket dengan kereta sewa Toyota Vios.
Kereta ni kami sewa dari kedai dekat dengan hotel ja.
Besar juga Phuket ni. Dari satu tempat ke satu tempat, kena drive around 30 minutes begitu.
Masa kami round tu hujan lebat pula.


Restoran ni ada surau. 

Portion banyak, sedap tapi lebih murah daripada di Patong. 

Mau cari makanan halal tu pun satu cabaran juga sebab hujan lebat sangat maka susah mau tengok restoran tepi jalan.
Kalau mau cari guna google map pun, google map returns with tulisan siam.
Haiyo. Nasib baik kami terjumpa juga satu restoran halal orang kampung sebab dekat dengan masjid.
Sedap dan lebih murah daripada makanan di Patong.

Oleh kerana aku suka pegi supermarket di negara yang dilawati untuk tengok local product dorang, maka aku pun ada la pegi Big C Extra Jungceylon.
Tujuan asal mau cari thai palm sugar dan serbuk asam limau kunun.
Sekalinya terbeli la pula pes makanan thai yang halal.
Aku nampak orang local beli, aku pun beli.


Supermarket dorang ada special counter yang tunjuk pelbagai jenis sambal semata-mata.

I am not sure gajus ni murah ka tidak tapi rasanya lebih murah daripada di Malaysia. 

Aku tengok orang local amik, aku pun beli juga.
Tidak menyesal beli sebab sedap dan murah. 

No kuah santan. I kecewa.

Kebetulan masa pegi BigC tu, ada pameran makanan. Ya ampun bestnya. 
Makanan in picture ialah cucur cempedak. Sedap.

Durian gajah. 

Durian besar harga 30 baht seulas. 
Rasa kurang kalau mau dibandingkan dengan musang king.

Menyesal tidak beli. Aku try sample ja ni. 

Kebetulan pula ada macam pameran makanan. Aku pun apa lagi.
Try durian besar gajah la, cucur cempedak (sedap dan rangup! ada bijan), kuah rojak buah siam yang sedapnya ya ampun (menyesal tidak beli).
Pulut mangga yang aku beli ja mengecewakan pasal tiada kuah santan.

Kalau pegi convenient market dorang pun seronok.
Senang dah cari roti dan keropok halal. Kalau susah sangat tidak paham, tanya ja orang di kaunter.
Orang lokal bertudung pun ada di mana-mana.
Most of the time dorang cakap melayu ja sebab dorang tau kita dari Malaysia.
Much better halal experience than what we had back in 2008.

Last evening kami di Patong beach, try menembak. 

Dan apa lagi kalau bukan Malaysian, mesti pegi Hard Rock. 
Bosan. Huhu. 

Anak-anak aku pula dorang perasan banyak betul klinik pembedahan plastik di tepi jalan.
Masa kami lalu Bangla Road, kami suruh dorang tutup mata.
Addin ada sedikit trauma dengan satu kejadian di mana dia nampak ada pondan massage tarik tangan paksa pelanggan lelaki Korea untuk masuk kedai dia.
Addin cakap Phuket is like hell.
We as parents pun nasihat la to Addin and Zara "It's an unfortunate for you to see that. Tapi kena faham, kita travel ni akan nampak macam-macam sisi dunia. Ada yang elok, ada yang tidak. Phuket is beautiful tapi ada yang tak betul juga berlaku di sini. Kita ambil yang elok dan jadikan yang buruk tu sebagai pengajaran supaya kita tidak terikut-ikut."

Begitulah usrah kita ye adik-adik :)

Kesimpulannya, our trip to Phuket selama 5 hari 4 malam was a bit dragged sebab cuaca tidak cantik (patutlah bilik murah).
Tidak dapat pegi snorkeling, mau round pulau pun potong sebab hujan.
Tapi ok juga la sebab I dapat melantak macam-macam. Yezza.

My 2019 travelling recap - Perhentian Mac 2019

Huhu..
Sudahnya.. I tak banyak cerita pun pasal travel reviews and tips in my IG.
Minta maaf kepada diri sendiri dan kepada sesiapa yang terfollow my IG.

Sebab I sejenis manusia yang segan.
Kat IG tu ramai family member, sahabat, kawan dan kenalan - so they know me, therefore I keseganan.
Kat blog ni I tak tau siapa yang baca my blog.. mostly rasanya orang yang tak kenal I pun..
Jadi I lebih selesa.

Kamu yang baca ni, kalau mau judgemental sama aku pun bukan aku kisah pun.
Sebab I don't know you. Hehe.
Tu pasal la I suka menceceh using my language - melayu standard mix brunei slanga mix english level budak sekolah - rojak melampau suda ni.

Jadi I rasa, macam mau kena aktif balik la ni blog.
I cuba.

This year tak banyak travel.
Only went to Perhentian, Phuket, Langkawi, Seoul and Singapore.
Bajet mur-mur mampu milik ja.

Perhentian - Mac 2019

Pegi Perhentian tu sempena cuti sekolah bulan 3.
Kami stay di Abdul Chalet untuk 3 hari 2 malam.
Dulu pernah stay sama dalam tahun 2012.
Masa kami pegi 2012 tu rasa best ja.
Sebab book bilik semata-mata - no package. Murah la.
Lain-lain semua urus sendiri - dari boat trip to snorkelling activity and meals.

Excited dapat naik bot. Kami naik bot dari Kuala Besut.

Dulu masa pegi tahun 2012, bilik kami di belakang, so tiada seaview. 
This time, I book bilik yang muat 4 orang with seaview. 
Bilik simple ja tiada tv. 
Kalau mau tengok tv or browse internet, kena lepak di cafe.
Room kami dekat dengan cafe, so the wifi connection tu boleh kata elok juga la. 

Our room view. 
My favorite thing kalau pegi vacay duduk tepi beach, is doing nothing while watching sunset or sunrise. 

Depan room ada balcony, ada kerusi malas, boleh jemur baju, ada penyapu, ada paip untuk basuh kaki yang berpasir. 

Sekarang ni, kena ambil package pula. Maybe sudah tukar business model la.
I sometimes hate benda yang kena buat package ni.
Walaupun pakej tu lebih berbaloi kunun.
Sebab mesti ada yang benda tidak perlu dan aku tidak berkenan tapi sudah dikira masuk dalam pakej.
Kalau tidak guna tu items dalam pakej, jadi rugi pulak dah.

Breakfast is included in package. Tapi ada limited menu. 

Nutella pancake. Kegemaran budak-budak. 

Kami yang sudah tua ni makan roti, telur. 
I don't like sausage jadi rasa macam what the heck kena bayar pakej for this. 

Banana split yang tidak included dalam pakej.
Order sebab saja mau kasi suka anak-anak. 

Aku ni sudah la bukan jenis makan banyak pun, bukan suka makan bbq pun.
Snorkelling dalam pakej kena buat 2 kali.
I buat sekali ja sebab Emir meragam mau berehat.
Dorang Abang Edi, Addin dan Zara ja yang pergi the second snorkelling trip.

Abang Edi bawa Emir main air laut kunun.

Abang Edi, Addin and Zara bersiap pegi snorkelling.
I dan Emir tak pegi. 

Tambah lagi, cuaca di laut pantai timur dalam bulan Mac masih belum membanggakan.
Dulu masa kami pegi bulan 7, cuaca cerah cantik. Naik bot pun tidak la macam naik kuda.
Bulan Mac pula masih ada ekor tengkujuh.
Jadi laut agak bergelora dan hujan ja.

Kawasan check-in office/cafe yang happening sebab situ ja sumber hiburan pada waktu malam. 

Jadi kesimpulannya, aku sedikit busan dengan Perhentian trip kami.
Nasib baik lepas dari Perhentian tu kami buat 1 night stop di Kuantan.
Stay at Hyatt Kuantan - ambil family room.

Singgah Pantai Penarik makan ikan celup tepung. 

Hyatt Kuantan yang best. We stayed at family room yang spacious. 
We'll be back!

Emir yang tunjuk perangai mau naik luggage trolley. Nasib baik abang bellboy ni sporting.

Puas hati. Walaupun cuaca masih kurang membanggakan, tapi ok la juga.
Yang penting selesa dan rasa rileks bercuti.
And I was blessed sebab dapat menikmati patin tempoyak yang mabeles di kedai Akob Patin House.
Restoran ni direkemen oleh staff di Hyatt Kuantan.
Tapi sedikit kecewa sebab masa kami pegi Kula Cakes tapi kedai kek tu belum buka.
Takde rezeki I la nak makan mango cheese cake yang mabeles.

Next time la pegi Kuantan lagi.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat study selama setahun setengah.
Masa Berjaya Megamall mula-mula buka 1998 dulu tu berabis kami tengok wayang guna student rate.

Teringat pula cerita lama.
Setakat cerita Kuch Kuch Kota Hai yang meletup tahun 1999 tu, ada 4 kali kot aku tengok di GSC Berjaya Megamall sebab harga tiket yang murah amat.

Moralnya di sini: Jangan pegi pulau di pantai timur dalam bulan Mac unless if you want to experience bumpy boat ride and rainy days.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...