- Sejak aku kecil lagi, me and my siblings, kami selalu menonton filem-filem P. Ramlee (kadang-kadang, boleh tonton 1 filem lebih daripada 5 kali – our dad record guna VCR)
- Sampai sekarang, jokes dan perbualan aku dengan adik-adik aku mesti diselangi dengan skrip-skrip yang kami ambil dari filem-filem P. Ramlee cth seperti ”Oooh...pakcik baru tau...” – dialog Pendekar Mustar dalam Pendekar Bujang Lapok.
- Tahap minat aku tu sampai kadang-kadang, kalau ada filem P. Ramlee di TV, walaupun dengar sahaja skrip atau lagu yang dinyanyikan, tanpa tengok tv, aku boleh teka movie apa yang ditayangkan…
Kesimpulan yang aku dapat, aku memang mengagumi bakat P. Ramlee.. walaupun beliau kurang hensem..tapi kerana bakat seni yang pelbagai yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya, aku rasa memang berpadanan title Tan Sri tu diberi kepada arwah (walaupun time tu arwah sudah meninggal dunia)...
Tapi, dalam kagum-kagum tu juga, aku kadang-kadang hairan kerana boleh dikatakan every artis veteran yang pernah bekerja dengan P. Ramlee mesti akan bagi kredit kepada bakat dan kepimpinan beliau semasa di Jalan Ampas. Aku rasa macam P. Ramlee ni kena over praised.
So, tadi pagi aku termenonton la rancangan Gemilang Filem Melayu di saluran Astro. Omar Rojik pernah quote ”Berikan barang yang baik kepada P. Ramlee, barang itu akan jadi lebih baik lagi”. Lepas tu, ada lagi segmen dimana Jins Shamsuddin dan Dato’ L. Krishnan pun puji P. Ramlee. Jadi, sekarang faham la aku kenapa mereka selalu memuji P. Ramlee. Bak peribahasa ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment