google analytic

Nuffnang

Monday, September 10, 2007

Perihal Bonus

Tahun ni kerajaan tidak mengumumkan bonus untuk kakitangan awam..

Aku rasa ok ja… tidak la mengharap, kerana pemberian bonus tu bukannya wajib… tapi, ada la sedikit sinar harapan tu… bila tidak diumumkan, aku redha ja…

Lagipun, bulan Julai baru2 ni pun sudah diumumkan kenaikan gaji.. aku dapat 15% increment.. kira orait la tu… walaupun tidak dapat COLA, tapi elaun wilayah aku pun naik sikit pasal based pada gaji pokok… Elaun Wilayah aku lagi besar daripada COLA pun sebenarnya…

Bila baca paper hari ni, ada yang bersyukur walaupun tidak dapat bonus kerana sedar diri bahawa gaji basic telah dinaikkan…

Tapi, masih ada yang masih mengharap dan menagih2 dari kerajaan.. kononnya, kalau dapat bonus, maka perayaan syawal nanti lebih meriah… kononnya, ada yang sudah memasang impian untuk beli apa2 la kalau dpt bonus… tp pasal tak dapat, maka tinggal angan2 saja la…

Hmm… aku rasa la… sepatutnya, bajet untuk raya tu tak ble la tunggu bonus semata2… nama pun bonus, kalau kerajaan ada pendapatan lebih, dapat la bonus tu… kalau takde lebih, takkan la nak bagi juga kot… bonus tu tidak wajib… dah dapat gaji on time pun kira bersyukur la… (aku pernah berpengalaman kerja private, gaji dapat lambat….sengsara nya….)

Apa2 pun, Islam tidak menggalakkan umatnya berlebih2 dan membazir untuk menyambut syawal… sambut la dengan seadaanya dan sekadar mampu…

Bersyukur la dengan rezeki yang sudah diberikan… jangan la sudah dapat betis, nak minta paha pula…

P/s: Bonus tu sepatutnya lebih sesuai untuk bayar hutang yang berfaedah tinggi, masuk akaun pendidikan anak ka, melabur ka….


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...