google analytic

Nuffnang

Thursday, September 6, 2007

CARTA TOP 3

To know me is to love me.. (Yeah, love me bebeh…)

Aku mau buat carta semasa top 3 ni…

Carta top 3 – perkara semasa yang paling aku suka…(selain daripada Zizou dan daddynya)

  • UNAGI SUSHI (EEL SUSHI)
    • Banyak2 sushi, unagi ni la paling aku suka. Aku tidak pernah makan belut selain daripada yang dimasak dengan cara jepun. Sushi yang aku paling elakkan ialah salmon. Lepas tu, sushi yang togel (tidak dibalut dengan kepingan seaweed warna hijau) pun aku tidak suka. Aku rasa, part hijau tu yang sebenarnya yang kick tu. Makan sushi mesti ada wasabi. Lepas terasa wasabi tu, mesti aku rasa nasal (hidung) aku clear seclearnya… kalau hubby aku beli sushi tapi teda unagi, aku merajuk tapi tetap akan makan sushi yang dibelinya sambil mendiamkan diri (biasanya aku ni becok). Macam mengidam ja bunyinya..hahaha…


  • SUDOKU
    • Aku start kenal puzzle ni sejak aku suka baca magazine Womes's Weekly Malaysian Edition. Puzzle ni ada ni page belakang. Mula2 aku tidak faham dan rasa macam sukar ja mau master..tapi bila sudah faham, aku jadi ketagih especially time aku pregnant dulu. Asal ada waktu senggang, mesti aku main Sudoku.tahap ketagih aku sampai termimpi2 dalam tidur. Husband aku jadi pelik dengan kegemaran aku yang macam tidak dapat ditahan2 ni tapi dia kata maybe pembawakan baby. Dia kata elok la.. daripada tidur saja, bagus aku tajamkan minda.
    • Tapi lepas beranak, aku tiada masa mau main Sudoku. Lately, aku keep in touch balik dengan Sudoku. Dan ketagihanku datang semula. Nanti, Zizou sudah besar aku mau ajar dia main Sudoku. Lepas tu, kami boleh celen sesame sendiri. Hehehe…


  • KAMPUNG HALAMAN DI LABUAN
    • Lawatan aku yang terakhir ke Labuan is about 4 months ago. Baru2 ni, family aku ja yang datang ke KL dengan tujuan untuk melawat kami dan bercuti di KL. Dulu aku ada plan mau balik cuti macam 2-3 hari camtu ke Labuan untuk berpuasa dengan keluarga di sana. Oleh kerana cuti tahunan aku semakin sikit, terpaksa la aku batalkan niat aku tu. Nasib baik hubby aku murah hati untuk bertolak ansur bagi kami balik raya tahun ni sehari sebelum syawal. Sempat la aku berbuka puasa walau sekali dengan keluarga aku di Labuan. I love you yayang…
    • Balik Labuan nanti, aku mau beli kolam plastic kecil untuk bagi Zizou main air di halaman rumah parents aku. (Dorang sure tidak bagi Zizou mandi laut)… syioknya…



Carta top 3 – perkara semasa yang paling aku menyampah…

  • ROAD BULLY
    • Ini la jenis seburuk2 umat yang paling aku benci. Especially kalau roadbully ni (selalunya lelaki) yang membuli pemandu2 wanita seperti aku. Dalam masa yang sama, dorang bukan memandu sorang. Sama ada dengan geng dalam kereta atau ada aweks lain dalam kereta atau berkeluarga dengan anak kecil.
    • Bagi aku, lelaki2 jenis ni adalah lelaki kategori bacul, ego saja besar tapi otak berkarat. Sesiapa wanita yang berkahwin dan bercinta dengan dorang ni memang malang pasal lelaki2 macam ni mesti adalah lelaki jenis panas baran dan pukul perempuan. Anak2 yang berbapakan dorang ni pun mesti pandai swearing, perangai tak senonoh juga akhirnya.
    • Dorang ni tidak terfikir ka bagaimana la kalau ada family member atau perempuan kesayangan dorang pun kena bully on the road. Try kasi kena sekali dengan dorang baru tau langit tinggi rendah.
    • Kesimpulannya, roadbully shud be rotten in hell!!! Aku memang benci tahap gaban dengan dorang ni.


  • SALES PERSON/PROMOTER YANG TAK BELAJAR SAIKOLOGI (PSYCHOLOGY)
    • This applied to sales person yang berdiri di kedai, promoter di kaunter, pelayan di restoran, orang perseorangan jual insurans, unit trust, MLM dan yang sewaktu dengannya.
    • First thing first, customer is always right. So, serve your customer right. (Pizza Hut di Alamanda Putrajaya mmg servis macam cipan)
    • Bagi orang2 yang jual insurans, MLM, kad kredit dan apa2 la yang sewaktu dengannya, kalau orang sudah cakap sekali tidak mau tu… sudah la…sebabnya, kalau orang tu interested, ko tak yah cakap banyak, kalau dia nak, sekali convince mmg dia mau punya..
    • Kalau mau menyakinkan prospect client, jangan la condemn orang tu… kunun pakej yg client dah amik tu tak best la, kad kredit dia ntah2 hape la, insurans dia tak ble pakai la… lagi la bikin turn off..
    • Yang MLM tu pula… bare in mind, bukan semua orang suka berbisnes… tak payah la cakap, cari duit lebih la, mende la… aku dah dapat beratus ribu, ko tu tade duit la… aku dah ada kereta besar, ko kereta kecik… tu la strategi paling bangang aku pernah dengar… mau buat marketing biar berhikmah.. kalau ko sudah kaya, jangan berlagak… tu semua rezeki Tuhan bagi… orang berlagak selalu rugi, kalau kena tarik balik, baru tau…aku gelak kat ko balik, nak?


  • OUSTATION
    • Kalau kena overnite, simply dun like pasal aku kena tinggalkan Zizou walaupun untuk semalam. Tapi, oleh kerana aku mesti bertanggungjawab dalam kerjaya aku, mau tidak mau, kena buat jugak.. walau hatiku berat meninggalkan my 2 favorites guy at home.. huhuhuhu…
    • Kalau pegi kursus or meeting balik hari pun aku boring especially kalau kena ke KL… penatnya terperangkap dalam jam…

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...