google analytic

Nuffnang

Friday, November 30, 2007

Hotels Rating

Sepanjang bulan ni dan akhir bulan lepas (just after raya)… aku busy dengan travel yang bersilih ganti.. week after week… 3 days and 2 nights for a trip… lepas tu, terpaksa meninggalkan Zizou bersama daddynya… huhuhuhu…

Daddy Zizou? He did a great job… aku saja ja tinggalkan Zizou dengan daddynya without any help from anybody (kecuali kalau sebelah siang..still the same routine, hantar Zizou ke rumah mbahnya).. biar la sebelah malam just the two of them.. daddy and zizou… biar dorang bonding lebih erat lagi…

Aku ada 4 trips… Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu dan Johor Bahru… yg first pi KB tu, Zizou mengamuk sakan… pi Kuching, lagi dia mengamuk sampai mogok tanak susu… pi KK pula, aku bawa dia (terus singgah Labuan).. daddynya tinggal di KL, jadi orang bujang kejap… pi JB, sekali lagi daddy jadi bapa tunggal..tp kali ni Zizou amatlah well behave… good boy…


Aku mo bagi review pasal hotel yang aku stay sepanjang aku outstation tu…

Hotel Renaissance Kota Bharu…
  • Very nice room… dia bagi 4 bantal yang amatlah selesa… single bed yg amatlah spacious untuk sorang tidur… (roommate aku cakap, kalau time tidur dia tidak tau aku dimana…bawah bantal ka, bawah selimut ka..mana2 ka..aku tenggelam dalam lautan bantal)…service? Boleh la… food was bland dan ntah hape2… aku bagi 3.5 star out of 5…
  • Aku belanja besar di KB ni… almost RM600…beli baju batik, keropok dan serunding…and also my gold earring…hehe… nak merasa emas Kelantan…


2 gambar di atas ialah di Royal Lounge Renaissance..

  • Hotel Crowne Plaza Riverside Kuching
    • Antara semua 4 hotel… ni la aku paling suka banget… very nice room… various options for breakfast… looking forward to stay at this hotel for my next visit to Kuching… (kalau ada rezeki)… good service…
    • Aku belanja tade la besar sangat di Kuching.. beli kek lapis Resipi Warisan (sedap banget..not only good looking but fine tasting also).. beli terubuk masin… typical ole2 from Kuching… aku bagi 4.8 star out of 5…

  • Hotel Palace Kota Kinabalu (was known as Berjaya Palace)
    • Boleh la… baru renovate… bilik hotel dia kalau install di rumah mmg kelas… no bathtub… (boring… kalau ada senang bagi mandi Zizou)… service? Boleh la… food ok… aku bagi 3 star out of 5…
    • Tak belanja apa pun.. kecuali belanja Nurul dan bapa aku makan… lepas tu setakat beli ikan bilis, udang kering…

  • Hotel Selesa Johor Bahru…
    • Of all 4 hotels… yang ni la paling ntah hapa2… no remote control for tv, no hairdryer (semua pun mau kena minta dulu..lembab)… lepas tu, ble ambil used towel tp bagi fresh towel lepas kena request.. what the heck..tisu toilet pun mo kena request jugak… service? Hmm… but the food is ok….aku bagi 2 star out of 5…
    • Di JB ni… aku beli otak2 kempas 100 keping… hehehe… RM30 only…

p/s: gambar lain takde... pasal aku bukan jenis suka sangat amik gambar... huhuh...

Tuesday, November 20, 2007

Advance wish from Mummy: Happy first birthday Addin Zidane!

Tidak lama lagi, Zizou akan melangkah ke umur 1 TAHUN! Aku dan Edi mmg excited tapi dalam masa yang sama, kami mmg teda idea apa yang sesuai dibuat untuk sambutan hari jadi si Zizou ni.

Makan kek? Hmm… aku dan si edi bukanlah omnivor yang suka sangat makan kek. Setakat satu slice tu boleh la… Zizou makan kek? Well, aku dan si edi memang la amat berhati2 dalam isu food apa yang boleh diberikan kepada Zizou due to his sensitive skin issue. But lately, teda lagi eczema menyerang Zizou. Adakah kerana pertahanan tubuhnya sudah semakin membanggakan? Maybe.. but still, mesti terus berwaspada.

Adakah aku perlu buat party? Atau mungkin kami hanya buat sambutan bertiga sahaja? Kami ada dinner voucher di Hard Rock CafĂ©. Aku ada juga buka mulut untuk lunch di HRC untuk sambut besday Zizou. Tengok la.. kalau edi setuju, boleh saja… tapi macam boring ja kalau makan bertiga2.. tambahan lagi, Zizou pun bukan reti makan sangat… takut dia mengamuk pula time lunch tu…

Apa yang pasti, pada tarikh keramat tu, 3 Disember 2007 (setahun lepas, tarikh ni la aku sakit bersalin lepas tu kena putung Caesar), si Zizou akan dicucuk imunisasi – aku pun tidak sure imunisasi apa yang dia akan kena.. hehehe… sian anak mummy… ala, sakit sekejap ja… untuk kebaikan Zizou juga… pasal sudah ada experience Zizou kena cucuk, ambil darah, tidur di wad – aku suda teda perasaan sedih sekiranya Zizou menangis kesakitan sekiranya untuk tujuan kesihatan Zizou juga…hatiku suda kering… yang penting, Zizou sihat..

Monday, November 12, 2007

Post Raya

Hi kengkawan... sori la kerana tidak balas segala comments tu.. aku busy bangat deh. Outstation manjang. ni pun besok kena terbang lagi. So, selamat hari raya (walaupun zulkaedah sudah menjelma).

Aku makin kurus? cengkung? Hmm... memang tidak dinafikan lagi. But, i ain't dieting. Aku pun heran. Selera makan aku ok ja, dan aku rasa energetic saja.

Adik aku cakap, mungkin aku terkena penyakit kadar metabolisma terlebih. Since ada baby ni, multitasking skill aku sudah semakin tajam. Aku ibarat lipas kudung yang ada lebih kaki.

Care to learn? Do give birth urself a baby. Not just an ordinary baby. Makesure when he/she is 5 mth old, he is as active as an athleteman.

Plus, to do your house chores, do not asking help from anybody (name it your mom, maid - sesapa yang pompuan la - kalau lelaki, tu bukan help sebenarnya. Because man never help actually. Sorry darling!). Bila seorang ibu buat kerja sorang, then she is an active mother.

Ada lagi satu, do breasfeed your baby. Seorang baby yang active akan menghisap segala kalori daripada seorang ibu yang aktif.

I'm not proud actually. Mula2 aku pun buat dek saja bila orang cakap aku makin kurus. Aku tidak pernah mau jadi kurus, tapi aku suka kalau aku jadi slim and fit. Berat aku sekarang lebih ringan daripada zaman aku study dulu. Berapa? 36kg only. (Tapi aku pun pendek ja, ngam la kali)..

Bila sudah terlampau ramai yang komplen aku kurus, ditambah lagi dengan desakan parents aku yang mau aku buat medical checkup, aku jadi tidak keruan.

I did ask my doctor, perlukah aku buat checkup? Makan ok? OK. Tidur ok? OK. Ada pening? Tade. Tension or sedih? Tade. Then the doctor said, ok je la kot. Tapi dia bagi aku vitamin pasal dia kata aku menyusukan baby. So, breastmilk pun akan jadi lebih berkhasiat.

Apa2 la… yang penting aku rasa sihat. Anak aku gembira. Suami aku gembira. (sebenarnya, dia sedey pasal aku tidak tembam dan gebu seperti dulu… huhuhuhu…)

Thus, aku mau upload gambar raya pun macam segan. Kerana gambar2 ku kurus deh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...