google analytic

Nuffnang

Saturday, August 30, 2008

Aku Punya Kamu

Saat kau tersenyum
Saat itu kau memberi
Saat ku rasa bahgia

Selama ku tersenyum
Selama itu ku memberi
Selama yang kamu di sini

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Sesaat aku tiada
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena

Selama yang kau ada
Selama itu ku rasa
Selama hidupku bahagia

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milik mu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Selama yang pernah
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cinta ku lebih dari cinta
Tiada mungkin akukan teruja
Andai bukan kamu yang dihadapanku
Bisaku buktikan pada kamu

Yang kamu hanyalah satu
Dan tak pernah lelah ku menunggumu
Hingga aku punya kamu
Selamanya
Aku milikmu
Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga punya kamu

Thursday, August 21, 2008

Tag diri sendiri

Aku tag diri aku sendiri… dari blog kawan kepada kawan aku..(tengah boring nih.. cari aktiviti yang berguna)


 

1. kali pertama naik kapal terbang
Hmm..susah aku mau jawab ni.. mama aku cakap time aku baby lagi sudah naik kapal terbang (Labuan to KK ja).. tapi first flight experience yang aku ingat sebagai seorang kanak-kanak yang berakal dan mumaiz ialah time aku and my sister kena naik MAS dari Labuan to KK sebagai Young Passenger Travelling Alone (YPTA)..best jugak.. nanti Zizou besar sikit pun aku mau 'pos' saja dia ke Labuan guna YPTA ni jugak…ehehe..

2. kali pertama ke oversea
Hehehe.. oversea tahap kecil2an ja.. Went to Brunei lepas SPM.. melawat keluarga sebelah bapa di sana..

3. Kali pertama duduk berjauhan dengan keluarga
Aku disuruh masuk sekolah asrama time form 1.. aku ingat syok la masuk asrama ni.. cheh.. rupanya tidak.. akhirnya, sampai sekarang aku tinggal jauh dengan family.. dari Form 1 sampai umur aku 28 ni.. sepanjang 15 tahun ni (28 – 13), aku tinggal di rumah parents aku kalau ada cuti sekolah + cuti semester (time study dulu2), cuti raya…

4. Ingin melancong ke
Aku sudah ada list – Bali, Phuket (again), Bangkok (again), Gold Coast, New York, Europe tour..


5. Favourite accessories
Cincin aku 3 serangkai, jam tangan, pearl necklace yang murah..

6. 4 Perkataan yg selalu disebut
Empat? Banyak juga..


7. Kalo ada duit *juta...juta...juta*

Bagi parents, hantar pi umrah dan haji

Bagi family members – sebagai hadiah

Beli rumah dan tanah banyak2

Melabur

Melancong

Buka fund untuk anak

8. Siapakah yg akan di tag

Tiada sapa.. aku pun tag sendiri2.. kalau ada sesapa yg mau tag sendiri2 juga, dialu-alukan..

Wednesday, August 20, 2008

Tahniah Wira Negara! a.k.a Lee Chong Wei

  • Lambat la aku wish ni
  • Aku sedih dia kalah.. tp dia pun sure gugup tu… sian Chong Wei..
  • Apa2 pun… nak buat camne… pingat perak pun ok la bah…
  • Sepanjang dorang berlawan badminton tu.. aku berdoa supaya si Chong Wei diberikan kekuatan.. but in the same time, ada juga orang Malaysia yang dengki supaya si Chong Wei ni kalah pasal tanak dia dapat RM1 juta.. close minded nyer Malaysian!
  • Lin Dan amat la hensem..dan amat la tangkas… macam hero dalam anime jepun… ke macam hero dalam komik2 cina yg aku selalu baca time sekolah dulu (recalling.. pedang setiawan, juara wira, sang helang, sang merah sume tu la…)

Monday, August 18, 2008

Malaysia, Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition 2008 (MAHA 2008)

Sabtu baru2 ni, kami sekeluarga ke MAHA 2008. On the way to MAHA, daddy si Zizou cuba mau merosakkan mood aku yang sudah lama semangat mau melawat MAHA 2008 ni. Tujuan aku satu, mau mengenalkan Zizou dengan flora dan fauna…mukaku mula masam, tone suara aku mula meninggi, tapi daddy si Zizou cepat2 mendivert cubaan beliau.. akhirnya kami pegi juga..

Kami sampai di tapak MAHA 2008 pada jam 11 pagi.. orang yang datang sudah ramai, semua golongan ada.. melayu, cina, india, orang tua, budak2, baby.. Tun Dr. Mahathir pun datang.. (macam tidak sangka pula.. but, wait.. lupa la pula.. sekarang ni kan cuti sekolah)..

Aku berpeluang makan ais potong susu kambing, masuk kandang arnab, masuk kandang burung kakak tua, beli bebola kambing.. tu je la.. setelah lebih sejam.. daddy si Zizou mula merungut2.. panas la apa la.. boring betul.. dia kata dia tak heran takat tgk kambing.. orang bukan nak bagi dia heran.. kita nak bagi Zizou yang heran.. dia dah tua, dah jadi bapak budak… hape2 la…

Kesimpulannya, si Zizou tak berani pun nak bermesra dengan binatang2 yang aku tunjuk.. cheh.. takpe la.. next year kita cuba lagi.. daddy si Zizou bgtau "Zizou tak appreciate pun benda2 semua tu, tunggu la dia besar sikit".. aku balas balik "mana tau dia appreciate ke tak.. kita le kena ajar dia appreciate menatang ni semua.."

Nanti aku mau datang lagi.. mau beli bebola daging kambing campur garlic lagi.. sedap la pula… aku datang sorang pun tape.. aku pun ada kereta sendiri.. (time ni la kita mau support barang2 buatan Malaysia dan bumiputera)…

Sekali lagi… apa2 la…



zizou tengok tu rabbit... jinak2 je rabbit ni..tp zizou yang tanak pegang..

cubaan zizou yang paling hampir..

rusa ni pun diam2 ja..

aku pun mau bergambar juga..







Thursday, August 14, 2008

Resipi IKAN DORI BERPES TOMYAM


Ni belum masuk oven lagi... ikan dori dibawah timbunan tomato dan bendi..

Aku ada resipi paling kacang dalam dunia. (bukan kacang goreng)..

Ni resipi yang aku akan masak kalau aku amatlah malas memasak tapi dalam masa yang sama tidak mau makan luar, malas mau tapau dan teringin makan masakan rumah. Tambah pula, husband aku dan si Zizou pun suka lauk ni.


Ni le cara2nya

  1. Mula2 nyahbekukan dory fillet atau sutchi fillet. (Dory dan sutchi fillet ni ble didapati di market contoh cam Carrefour, jusco, giant, tesco, cold storage… di pasar ikan biasa tade kot, nda sure la.. try la cari kat pasar borong serdang)..

    Personally, aku lebih suka sutchi fillet dari dori.. lebih sedap… pastu guna ikan bangsa ni senang.. tak yah nak siang2.. takde tulang.. senang sangat… masak senang, makan pun senang..

  2. Pastu bentangkan aluminium foil untuk dibaringkan ikan dori tu.. panjang aluminium foil tu agak2 la supaya boleh bungkus ikan tu nanti..
  3. Pastu dalam mangkuk kecil, campurkan sesudu pes tomyam (aku guna pes tomyam cosway) dengan sesudu sos tiram (jenama apa pun tak kisah.. terpulang pada citarasa masing2..mine is Lee Kum Kee)..
  4. Sapukan ikan dori tu dengan sos tadi..
  5. Lepas tu perahkan sedikit jus lemon (optional.. takde pun tape..pasal pes tomyam dah masam)..
  6. Lepas tu letak la sayur apa yang disukai.. aku letak tomato dan bendi..
  7. Pastu, bungkus.. masuk dalam oven.. setkan time macam 20-30 minit.. 200 darjah celcius..
  8. Tak perlu campurkan sos dengan air.. sebab masakan ni akan berkuah kerana air ikan akan keluar ketika proses pembakaran.. garam, gula pun tak perlu..
  9. Siap resipi makanan yang sihat…

Kalau aku masak benda alah ni (ble direfer as memasak ka? Hehehe…).. aku buat telur dadar.. makan dengan nasi panas… tu ja.. hehehe..

Kalau mau guna microwave (sepatutnya lebih senang).. kena la set time lebih singkat.. and tak ble guna aluminium foil… pandai2 la korang..

Merepek meraban

Alana oh Alana

Follow tak I’m not smarter than a fifth grader? Aku tade la suka sangat, tak suka pun tidak. Biasa2 je.. tapi husband aku suka tengok benda alah ni. Bila dia dah on Starworld, aku join je la. Aku pun jenis suka jawab trivia. Most of the times, aku rasa performance aku setakat ni boleh tahan. Paling kurang USD25,000 tu ble kot dalam tangan. Tapi aku sah2 lemah part US Social studies, US history and US geography. Ye la… mana aku belajar benda alah sume tu.. (serta merta aku teringat buku ensiklopedia Grolier si Zizou yang banyak dalam stor tu…nak kena baca ni..)

Peserta2 yang join INSTAFG ni akan dibantu oleh 5 orang student sekolah rendah yang terer2. Tapi dalam budak 5 orang tu, ada sorang budak pompuan ni nama Alana suka sangat bagi jawapan bangang2 dan ble buat muka selamba lepas dah bagi jawapan bangang. Semalam, dah kena sound ngan sorang peserta bekas student West Point ni. Ambik ubat… tapi tu la strategy dorang kot… kalau semua bebudak tu jawab betul je.. naya la si Mark Burnett.. hehe..

Lipstick jungle

September 2 nanti ada cite baru kat Starworld… tajuk dia Lipstick Jungle.. yang buat aku excited tu, cite ni diadaptasi dari novel si Candace Bushnell. Orang yang bertanggungjawab tulis Sex and The City. Pastu cite ni ada unsur2 killer heels jugak. Bestnya… lately, Selasa aku boring pasal Desperate Housewives dah habis.. Sindarela pun dah tade.. Ugly Betty aku dah tengok.. so, boring2 je la… Lipstick Jungle will fire up my Tuesday nite again! (harap-harap best le..)

Zizou ku si sayang

Budak ni dah pandai merajuk.. kalau aku bagi warning… dia ble buat gelak2 ingat aku gurau2 le kunun.. tapi kalau daddy dia yang marah.. dia akan buat muka.. lepas tu nangis tipu… lepas tu budak ni amat la suka berjalan… ble bising2 dalam rumah macam ada benda tak lengkap.. lepas tu bila bawa masuk dalam kereta, punya la suka kalau boleh nak melompat2… kalau kereta tu bergerak, lagi la dia suka… bawa jalan2 kejap pun jadi la.. asal bersiar-siar dengan kereta…

Kalau jumpa orang baru.. especially toddler dan budak2 yang lebih besar dari dia.. dia nak bawa bermain..(budak2 yang sama besar dan lebih kecil dia tak heran..).. so, untuk berkenalan, dia punya first word is… “Eyo” atau “Hello”… hehehe… kelakar la anak aku ni…

Doa pagi

Hari ni doa pagi jam 8.30 di opis aku ada improved sikit… selalu cam boring je.. hari ni aku rasa ada terkesan di jiwa aku… bila aku dengar bait-bait doa tu, I’m thinking… this is what I want… pagi ni… setelah lama aku duk kat opis aku ni, aku rasa, ini la pertama kali aku angkat tangan berdoa dan really mean the doa… bukan berdoa dan take for granted… thank you Allah kerana hidayahMu kepadaku dan kepada orang yang bertanggungjawab buat skrip doa tu..

Friday, August 8, 2008

RU LOOKING FOR POWER?

Pernah tengok cerita Ahmad Albab? Dalam filem tu, Syawal (watak dibawa oleh P. Ramlee) dan Mastura (watak dibawa oleh Saloma) selalu mengenakan Mashood Al-Buaya dengan statement ni "Kekayaan dan kebahagian datang daripada Allah, bukan daripada bapak"… (kira-kira macam tu la…)

Bukan mau cerita pasal Ahmad Albab. Aku mau cerita pasal orang yang lapar kuasa atau orang lebih senang sebut as GILA KUASA!

Orang yang GILA KUASA ni boleh lupa bangsa, agama and the worst – keluarga sendiri! Nda heran la bah.. kalau sudah berani pecah amanah, let alone mau mencederakan pakcik sendiri… thus memecahbelahkan sedara a.k.a orang kampung yang tidak la besar pun…

Malas la aku mau elaborate panjang-panjang… kalau orang yang gila kuasa tu baca blog ni… tolong la hayati kata-kata si Syawal tu… di dunia ni kau bole la lepas kot kan…

Jangan la kau fikir kau ada Honda, ada jawatan, ko tu dah hebat sangat… baru di Labuan yang ciput tu sudah macam kaduk naik junjung… ntah hape2 ntah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...