google analytic

Nuffnang

Tuesday, June 2, 2009

Cuti-Cuti Malaysia: Bukit Merah

Last Saturday, pegi Bukit Merah..

sebenarnya, tiada plan pun mau pegi situ.. ceritanya, bapa mentua ajak pegi kenduri kawin anak sedara dia ni Nibong Tebal pada 31 Mei 2009. 2-3 hari before hari kejadian, abang edi call aku di waktu lunch yang suci bahawa abangnya (abang ipar aku yg sulung) kunun mengajak untuk overnite di Penang, so suruh aku booking apartment.

Aku agak furious pasal kalau mau booking apartment di cuti sekolah ni patut buat awal2.. kalau buat lambat2, sure2 la susah dapat… boleh la kalau mau dapat pun, tapi tiada la kemudahan pool bagai semua. Sedangkan, aku ni kalau merancang percutian selalu memikirkan pasal keseronokan dan keselesaan anak2. (I always put my child’s interest first – kebersihan, keselesaan, kegembiraan. Kalau mau fikir pasal orang tua ni, tidak selesa pun tidak apa, asal ado).

Sudahnya, aku mencadangkan kami overnite di Bukit Merah. Dekat pun dekat juga untuk ke Nibong Tebal. Apartment pun insyallah senang dapat. Dan sebenarnya, aku pun boring mau stay di Penang, kan ke kami baru ke sana last March. (eh ye ke.. ye kot.. kalau bukan Mac, April la mungkin tu)..

Tapi, impian tinggal impian… biasa la time cuti ni.. perjalanan patut2 boleh 3 jam, jadi 5 jam.. eksiden la, banyak keter la.. sampai di Bukit Merah around 5. Aku ajak abang edi pegi Waterpark pun dia teda selera pasal dia mau berehat… huhuhuhu… kesiannya Zizou. Aku sudah siap pack baju mandi Zizou merangkap baju ultraman.. pelampung Zizou pun ada.. kesian juga dengan anak sedara yang 3 orang tu..

Malamnya, kami ke Night Safari di Zoo Taiping… ramainya orang…. Mau mampus kami berbaris.. nasib baik si Zizou tidak meragam. Tapi binatang pun banyak yang tidur plus mata aku pun kurang nampak kalau pemandangan malam2 ni. Sampai part gajah, Zizou sudah tersengguk2 menahan mengantuk.. huhuhhuhh..

Abang edi pun siap boleh sesat dari Taiping ke Bukit Merah. Tengah malam baru sampai. Sampai apartment ja, biras sulung merangkap Kak Long ku buat cekodok ikan bilis.

Peserta percutian merangkap rombongan jemputan kawin ke Nibong Tebal:

1. Father and mother in law

2. Kami sekeluarga (1 child)

3. Abang ipar sulung sekeluarga (3 children)

Yang best:

1. Travel ramai2 – 2 kereta (Avanza dan Wira)

2. Zizou gembira pasal ada kawan – 3 orang cousinnya

3. Dapat duduk sama2 di apartment yang berharga RM270 satu malam – ada 3 bilik, ada astro basic, ada kelengkapan masak, lake view.. (tapi Bukit Merah panas bah…)

Yang tidak best:

1. Tiring journey

2. Tidak dapat pegi waterpark

3. Zizou meragam time tidur malam pasal panas.. abang edi terpaksa siram Zizou untuk sejukkan badan Zizou dan melegakan ruam panas yang timbul

4. Percaya atau tidak, aku tidak merasa pun makan di Taiping and Bukit Merah… semuanya Kak Long ku masak sendiri.. sebenarnya best la jugak pasal sah2 sedap kan.. tapi aku jenis suka merasa makanan local..

5. Aku malas mau ambil gambar… huhuhuhuh… kalau dapat pegi waterpark sure aku ambil gambar Zizou jadi ultraman..

Belum ada rezeki… next time la…

2 comments:

  1. wooo gi taiping tingin nak rasa mi banjir udang yang asyik tayang kat tv tu..

    ReplyDelete
  2. tu le pasal. Siannya aku x dpt merasa mee udang. Seb baik x mengidam..huhu

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...