Macamana la aku ada masa mau update blog ni… dengan kehadiran ‘orang baru’ (adik baby).. dan ‘orang lama’ (Zizou) yang langsung tidak bagi aku time untuk bersenang-senang ketika adik baby tidur.. kalau time dua2 tidur, aku pun mau tidur juga… kalau aku mau berjaga, notebook pula tiada… bila sudah ada, line pula lembab macam siput babi..
Anyway, aku mau mengucapkan.. welcome to the new member of the family… Nur Zara aka adik baby!! Sebelum aku terlupa, bagus aku letak entry tentang saat-saat kelahiran adik baby ni…
22 Oktober 2009
- Sudah masuk 38 minggu dan 3 hari aku mengandungkan si adik baby. Macam nda sabar pun ya jugak pasal dulu time mengandungkan si Zizou, 38 minggu 1 hari aku sudah bersalin..
- Abang edi suruh aku minta cuti bersalin awal (rujuk pekeliling perkhidmatan bil 5 tahun 2009). Aku pun memang setuju sangat2 as aku pun sudah mulai malas mau mengusung perut ni pegi opis… Alhamdulillah, bos aku sudah bg green light…
- It’s time for me to prepare my handover note… kesian aku sama orang yang akan ambil alih tugas aku… bukan senang2 punya kerja lama ni aku mau cuti… yiehaaa…
23 Oktober 2009
- Awal pagi sebelum gerak ke opis, aku agak mengada2… aku minta abang edi hantar aku ke opis pasal aku malas mau drive… tapi kemalasan abang edi lebih teruk daripada tahap mengada2 aku, dia bertegas malas mau hantar aku ke opis…
- - Aku protes… kunun aku malas mau drive kereta kelisa limited edition manual aku… instead, aku mau pakai kereta avanza automatic abang edi.. dengan harapan, abang edi akan mengalah untuk hantar aku ke opis… pasal selalunya, jgn harap la abang edi mau bg aku pinjam avanza nya tu.. kununnya pasal aku kurang inci… ceh… Protes aku tidak menjadi.. abang edi suruh pakai avanza dia.. dia lagi sanggup drive kelisa aku tu.. kurang asam…
- Si zizou pun mengada2 juga… menangis2 tidak mau sekolah.. aku terpaksa umpan dia kunun mau bawa dia pigi opis… aku bawa zizou round2 taman dulu… lepas tu hantar juga ke sekolah.. punya la dia meraung… huhuhuh…
- Aku perasan hari ni perut aku macam sudah turun.. berjalan pun agak ringan dan tidak mengah lagi…. Maknanya, adik baby tidak lama lagi akan keluar!
- Petang, nurul balik rumah atas permintaan aku supaya dia boleh tolong layan zizou bermain2 or tolong jaga zizou in case aku terberanak… lagipun, aku sudah booking tiket untuk tengok midnite show Papadom tengah malam di Alamanda.. abang edi memang wajib mau tengok semua cerita Afdlin Shauki di cinema…
- Tengah malam, aku dan abang edi head to Alamanda… full house juga… semua orang suka… aku ja boring2 tengok cerita ni… pada aku, ok ok ja la cerita ni… tidak mencapai tahap untuk menggeletekkan hati aku lagi ni… siok lagi cerita Baik Punya Cilok… tambahan lagi, bladder aku yang selalu full ni buat aku tidak selesa.. duduk pula tengah2 dunia…selalu tgk movie, request for aisle seat.. tp ni pasal lambat dating, terkena la duduk tengah2… tensyennya…
- Sampai rumah ja, si zizou menyambut aku balik… rupanya, menurut kata nurul, anak bertuah ku ni bangun at 1 pagi mencari mummynya… kesian….
24 Oktober 2009
- Kami pegi fetch bapa di airport KLIA.. bapa ada seminar di IAB Genting… lunch makan di Food Court Alamanda..
- Sampai di rumah, aku, zizou dan abang edi tidur petang dulu.. bapa pegi KL.. nurul pula ke shah alam drive kereta aku…
- Lepas tidur petang, abang edi beli pisang goreng dan air kelapa muda yang aku pesan.. lepas tu kami bawa zizou bermain di playground dekat rumah kami…bahagianya bila tengok zizou bermain2 walaupun sorang2.. huhhu…
- Untuk dinner aku masak Taiwanese cabbage with oyster sauce.. bapa pula masak asam pedas ikan belais... berselera sungguh kami makan malam…
- Lepas dinner… aku buat kerja-kerja laundry.. basuh kain, sidai kain dalam rumah, lipat kain – sambil tengok movie Catch Me If You Can di TV2..mmg layan cerita ni walaupun sudah tengok banyak kali..
- At 9.30 lepas nature call, aku perasan ada darah keluar… aku bgtau abang edi… ada blood show… kalau time zizou dulu, lepas sehari baru la aku bocor ketuban… jadi aku buat biasa ja la… pasal belum ada sakit2 lagi…
25 Oktober 2009
- Aku habiskan tengok cerita Catch Me If You Can tu sampai jam 1.30 pagi… abang edi sudah masuk tidur… sejurus ja lepas habis cerita tv2 ni, terus aku rasa sakit perut yg agak sakit daripada yang sebelum ni… kesakitan tu semakin kerap… hmmm… is it the time?
- Aku kejutkan abang edi… aku bgtau contraction aku makin kerap… abang edi tanya whether we should go to the hospital… aku cakap tunggu dulu.. mau pastikan yg ni bukan false alarm.. oleh kerana contraction ni makin kerap, aku ajak abang edi ke hospital… abang edi kejutkan bapa untuk tolong tengok2kan zizou while we were out…
- Kami keluar rumah jam 2.10 pagi.. Dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya, kami berharap supaya wad bersalin tidak penuh…
- Sesampai di wad bersalin, aku sempat minta maaf dan cium tangan abang edi dulu.. then aku pegi register dan check CTG… contraction aku menjadi makin gila…
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment