Cari duit bukannya senang – mesti ada ilmu cari duit dengan cara betul – jika tidak betul, duit banyak pun tidak guna, hidup tidak berkat. Kalau senang dapat duit tu ataupun dengan kata lain ‘duit terpijak’, maka senanglah duit tu habis.
Senang saja mau cari contoh ‘duit terpijak’ ni –
Kes ramai student yang dapat pinjaman PTPTN tapi belum habis semester, pinjaman sudah habis gara-gara membeli pakaian branded atau henpon canggih mau mampus kalah tokey besar atau modify kereta yang dipinjamkan oleh parents, etc. (aku ada sedikit ciri-ciri macam ni dulu except duit PTPTN aku masih berbaki sehingga aku mula bekerja pun kerana aku masih sedar diri – anak sulung dari keluarga sederhana.. huhuhuh...) Bila start kena bayar PTPTN, baru la sedar langit tinggi rendah... hehehe...
Atau contoh lain juga – orang yang menang judi bergembira loka dengan menghabiskan duit judi kerana kononnya itu adalah wang haram so tidak boleh dibelanja untuk beli makanan – amat sia-sia dan rugi kerana dalam masa yang sama penjudi tersebut tidak sedar bahawa modalnya habis untuk berjudi sahaja. Tidak balik modal pun. Bagus duit judi tu beli kredit prepaid.
Tapi bila aku saja-saja surf di internet, macam ramai ja yang tidak sealiran fikiran dengan aku.
Ramai yang berkeras mengatakan yang SKIM CEPAT KAYA tu periuk nasi dorang... uhuh...
Samada orang yang terpengaruh adalah
- Jahil dan berazam untuk kaya dengan cara yang cepat dan senang, atau
- Jahil dan saja-saja mau tambah duit, merasakan duit tidak pernah cukup, atau
- Orang tu sedar bahawa itu adalah SKIM CEPAT KAYA tapi rasa tidak bersalah serta berdosa dan berfikir “Aku peduli apa, aku punya pasal lah, aku punya downline”..
Pada pandangan aku yang tidaklah banyak ilmu dalam hal cari duit melalui Internet ni mahupun ilmu fiqah, aku tidak nampak mana unsur yang benar dalam program dorang ni kecuali
- Orang mengharap duit dari downline – lagi ramai downline, lagi banyak untung
- Downline saja yang bagi duit kepada upline, upline tidak bagi duit kepada downline
- Konon ada produk, tapi produk macam tu – google saja pun boleh dapat free
Seingat aku lah, mengikut cara Baginda Rasullulah berniaga - kita kena jujur. Harga mesti sepadan dengan produk. Kalau produk tu baik, kita bagitau customer, harga ni tinggi pasal barang hari ni first class. Kalau produk tidak bagus hari tu pun, ada defect, tidak berapa fresh, etc... pun kena bgtau juga pada customer, maka harga mungkin akan kurang daripada hari biasa. Yang penting, jujur.
Kalau kita jujur - orang akan percaya pada kita. Kalau orang percaya, mesti akan ada return customer. Kalau kita tidak jujur, kena sumpah dengan customer - sampai bila mau kaya?
Mana-mana lah.. dalam masa yang sama, aku ‘terserempak dengan 2 link yang sealiran dengan aku’
Ini ialah Money Game di Facebook
Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100
dorang ni lagi bijak dari aku.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment