google analytic

Nuffnang

Friday, January 7, 2011

Zara yang berambut hitam keperang-perangan...

Dulu, rambut si Zara berserabut... siap tutup mata lagi... sasak mata aku melihat...

This pic was taken on 2010 National Day. Tengoklah betapa panjangnya rambut si Zara sampai menutup mata.

Oleh kerana kepayahan untuk mengurus rambut si Zara, cikgu si Zara selalu tocangkan rambut si Zara... Abang edi pun selalu tocangkan rambut Zara..



Memang comel kalau ditocang kerana kurang serabut.. hohoh

Time raya hari tu, aku siap beli reben kepala untuk rapikan rambut si Zara. Warna rambutnya amat hitam.. Rambutnya lurus, tidak ikal macam rambut si Addin time dia baby dulu.



Satu kali tu, berapa hari lagi mau raya haji, aku perasan yang kepala si Zara mungkin ada kudis... Aku amatlah menggelabah... terus aku dan Abang Edi bawa Zara pegi Klinik Qistina (owner klinik ni ialah dermatologist).

Rupanya, Zara ada seborrhoeic dermatitis (dan boleh refer yang ini juga untuk infants). Penyakit ni lebih kurang macam cradle cap. Doktor bagitau yang Zara mungkin ada alahan. Selain tu, doktor pun kesan yang kulit di pergelangan kaki dan celah-celah belakang siku, belakang lutut dan leher Zara tu kering. Doktor pun bagi ubat sapu untuk kulit kepala si Zara. Lepas tu, doktor advise untuk elakkan makanan laut (including ikan bilis), telur dan kekacang, dan jangan pakai sabun dan syampu yang harsh.

Huhuhu... Kesiannya anak aku ni.. aku pun nda heran juga. Aku perasan yang kulit si Zara ni memang tidak berapa smooth dan mudah ruam sejak dia lahir lagi. Time si Zara umur baru sebulan pun, si Zara sudah kena consume antibiotik pasal cradle cap dan kulit area telinga si Zara bernanah... huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu lagi...

Lepas tu, semakin Zara membesar, boleh kata yang kulit si Zara jarang smooth... pipi si Zara selalu kena ruam.. jarang la dia comel.. hohoho.. kalau tiada ruam tu, memang la comel betul... si Zara pantang berpanas.. kalau berpeluh sikit, terus naik ruam.. masalahnya kalau bersejuk-sejukan, senang kena selsema pula...

Akibat kena penyakit kulit di kepala tu, aku dan Abang Edi ambil keputusan untuk pendekkan rambut Zara. Abang Edi menggunakan bakat yang ada, dan menggunting rambut si Zara sampai nipis gila..

Lepas digunting.. adik aku si Tasha cakap, si Zara macam orang sakit ja..

Selesai menggunting, aku dan Abang Edi tidak dapat menahan ketawa pasal si Zara looks like a little baby boy.. hohohoh... Addin pun cakap "Adik baby botak"..

Dalam masa yang sama, aku kesian pasal ke'gegirl'an adik Baby sudah tidak terserlah lagi.. Sekarang ni, strangers suka tanya aku "Baby boy ke?" walaupun Zara tu terang-terang pakai baju berbunga-bunga...



Tapi, yang best sekarang, rambut Zara berwarna hitam keperang-perangan.. mungkin sebab rambut dia halus.. tambah lagi dengan kulitnya yang putih..

Macam blonde sikit-sikit pun ada.. huhuh..

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...