google analytic

Nuffnang

Monday, February 28, 2011

Pengorek Telinga Berlampu

Hari sabtu lepas, aku dan Abang Edi saja-saja bawa Zizou dan Zara jalan-jalan ke Amcorp Mall.

Faktor pemilihan Amcorp Mall: tidak ramai orang, senang cari parking, ada junkyard sale.

Kami pegi level bawah sekali dan masuk satu kedai serbaguna ni (lupa nama kedai).

Terjumpa dengan "Flashlight Earpick" atau dalam Bahasa Malaysia nya "Pengorek Telinga Berlampu".



Sebelum ni aku ada masalah untuk menguruskan tinja-tinja telinga si Zizou dan Zara. Mau korek telinga dorang pakai cotton bud pun, I don't think it's helping. Making it worse ada la.. kalau dikorek, taik telinga tu akan makin jauh ke dalam.

Guna ubat telinga pun, sampai ke sudah, tiada pun taik telinga tu keluar.

Tambah-tambah kalau si Zizou, macam kena dera ja kalau kami baru mau tengok telinganya. Menjerit-jerit. (Sama kes kalau kena bagi makan ubat.. bikin malu ja.. mesti jiran aku fikir aku dera si Zizou ni.. sedangkan, anak aku tu yang lebih-lebih dramatik.. )

Hasil dapatan:
  • Amat lah senang. On ja flashlight, boleh nampak lombong telinga dorang ni.
  • Alat tu comes with 3 types of pick - small (sesuai untuk telinga kanak-kanak), big (sesuai untuk telinga orang dewasa) dan jenis kepit (untuk kepit taik telinga yang besar kot).
  • Pick tu guna material plastik.. konpiden la selamat sikit.. tidak tajam (tapi pastikan ja anak tidak bergerak-gerak macam *giuk)

Aku ada try google benda ni dalam Internet. Ada orang jual RM5 dan RM10 satu set. Ada yang jual sampai RM25 pun ada. Huih.. betul bisnes dorang ni. Naik flight sendiri pegi China mungkin.

Aku beli murah ja; RM2.90.

Seronot betul.

*giuk = ulat

Friday, February 25, 2011

Sinful Doughnut French Toast

Hari ni tiada kelas dan tiada group discussion.
So, duk rumah ja, siapkan assignment nan melambak ni.

Tapi, bila duk rumah, godaan  - gila banyakkkkkkkkk..
Rancangan TV, house chores, facebooking, blogging, kelaparan....

Sedang aku sibuk mencari bahan di internet, perutku berbunyi minta diisi. Biar betul? Baru jam 11.30 pagi...

Boleh la.. layan la perut aku ni dulu.. kalau buat kerja sambil lapar pun, mana boleh jalan.. tambah lagi sorang-sorang ni.. boleh jadi pengsan (sebenarnya tidur) karang.

Mau keluar tapau makanan? malas mau drive dan bersiap... mau order pizza delivery? mahai le... untuk makan sorang ja pun...

Tiba-tiba teringat recipe kak Nigella dari rancangan mari masak-masak Nigella Feast. DOUGHNUT FRENCH TOAST!!!!

I've got all the main ingredients... apa lagi... jom masak..


Seriously, aku rasa aku perlu ada DSLR.. ka aku yang tidak pandai ambil gambar ni..

RESIPI DOUGHNUT FRENCH TOAST

Bahan-bahannya ialah: (agak-agak la sukatan tu)

1. Roti (di rumah ada tinggal 4 keping saja, aku goreng 2 keping ja - menjadi kegemaran anak-anak di kala breakfast, cicah dengan calciyum chocoberry)
2. Fresh Milk (memang sentiasa ada dalam peti sejuk, wajibbul ghunnah)
3. Telur ayam (ni pun ada)
4. Vanilla esen (ada juga, macam la aku rajin membaking)
5. Butter (tapi aku ada planta ja.. jadik lah.. kalau tiada pun ok ja)
6. Minyak Masak

Cara membuatnya:

1. Campurkan semua fresh milk, telur dan vanilla esen.
2. Rendamkan roti dalam campuran tu.
3. Panaskan sedikit planta. Masukkan sedikit minyak masak (supaya planta tidak cepat hangus). Sukatan sedikit sahaja - sekadar membasahkan kuali (better use non-stick pan)
4. Goreng la roti yang telah direndam tadi. (Aku suka goreng sampai well-done kerana lebih rangup)... Wahh... naik aroma vanilla esen tu.. betul-betul macam bau donat..


Tidak lengkap makan donat tanpa gula kan... jadi apa yang aku buat, aku just blend gula kasar sampai jadi halus..

Lepas roti siap digoreng, balik-balikkan roti tadi di atas gula halus tersebut.

Mengikut cara kakak Nigella, donat ini amat sedap dimakan bersama sos strawberry. Dua hari lepas, aku ada beli strawberry cameron highlands di Jusco (sebab aku terfikir mau buat resipi ni la.. lepas 2 hari baru masak..huhu)


SOS STRAWBERI

Bahan-bahannya ialah:

Buah strawberry dibuang daunnya dan dibelah dua (more than 5 biji is advised.. buang karan ja kalau buat sikit-sikit)
Sedikit jus lemon (agaknya untuk mengurangkan masam strawberry - i guess.. ni aku dengar budak peserta dalam Junior Masterchef cakap)
Gula kastor (sukatan sesedap rasa. tapi aku tiada gula kastor ni, jadi aku pakai gula kasar biasa ja)

Cara membuatnya - senang gila.... blend sahaja semua....


Cara makan:

Curah la sos strawberry tu di atas roti goreng tadi tu. Lepas tu makan.... wah.... amat sinful.... dan sedap... especially sebab buat sendiri..

Masa menyediakan: Less than 10 minutes (kalau multitasking)
Masa makan: Less than 2 minutes!!!!! (untuk 2 keping roti)
Memblogging untuk post entry ni : 15 minutes (there goes my assignment time)


p/s: Aku rasa amat berdosa lepas makan roti goreng donat ni (I always have this issue whenever i eat sinful-sweet-fattening-comforting-food). Wahahahaha!!

Thursday, February 24, 2011

Tea party with Najib (Part 2)

Baru dapat news update dari Facebook Najib Razak yang gambar daripada Jamuan Petang 1Malaysia hari tu sudah diupload di facebook.




Tanpa berlengah, aku pun tengok la. Tapi ada 8 gambar ja??? Out of that 8 pics, ada dua gambar yang ada muka aku dan muka Abang Edi. Jadik lah.. Aku pun tag la nama kami. Dan download gambar tu.



Nampak ka aku dan abang edi di sebelah atas kanan?
 
Aku di sebelah bawah kanan
Lepas tu aku google, ada pula video yang diupload di video. Di penghujung video tu (di minit 3:09 baru ada), ada nampak aku dan Abang Edi (kecik ja).. Punya semangat aku buat sign 1Malaysia.. huihuihui..

 


p/s: Credit to Facebook NajibRazak

Tuesday, February 22, 2011

Myra in the house!!!

Not in my house exactly.. but in my sister's (Tasha) house..

innocent.. 


gaya Michael Jackson

Myra - anak buah kandung yang ditunggu-tunggu. Setelah perkahwinan si Tasha and her husband, Rizan berusia lebih 2 tahun, barulah dapat si baby Myra ni.

Dan secara rasminya, aku sudah menjadi makcik!!!! Sebelum ni pun aku makcik juga to 2 nephews and 4 nieces - semua anak buah sebelah Abang Edi. Sekarang ni, merasa la juga aku jadi makcik untuk anak adik aku sendiri.

Addin dan Zara pun sudah ada kawan. Kalau tidak, selama ni, anak aku dua orang ni ja la yang menjadi pujaan dan kemanjaan atuk, nenek, makcik dan pakciknya di Labuan.

Myra lahir pada 16 Februari 2011 jam 11.25 malam. Berat 2.4 kg ja.

Bermata sepet, berkulit putih.

Rasa tidak sabar untuk melawat Myra. Tapi sekarang ni, aku ada constraint dari segi usin dan masa (banyak assignment). Kena tunggu lepas exam barulah aku balik Labuan.

p/s: Addin sebenarnya mengharap si Tasha ada baby boy. Konon dia ble ajak main senapang sama-sama. Poor boy. Tunggu la next cousin pula... (Auntie Tasha beranak second one).. Mummy malas mau ada adik baby dalam masa terdekat ni. hehehe..

Tea party with Najib

Hari Ahad lepas, aku dan Abang Edi pergi memenuhi undangan Perdana Menteri Malaysia untuk menghadiri majlis minum petang di Kompleks Seri Perdana.

Aku dapat undangan tu sebab aku ada isi borang untuk menyertai majlis minum petang dalam blog www.1Malaysia.com.my . Aku tau pasal majlis minum petang sebab aku ada follow Facebook Najib. Tidak sangka la pula boleh dapat. Untuk makluman, majlis minum petang yang aku pegi tu adalah majlis kedua yang PM anjurkan untuk mendekatkan beliau dengan rakan-rakan online (termasuklah aku).




Tidak pula sangka boleh dapat. Seingat aku, macam lama suda isi borang tu. Majlis tu sepatutnya diadakan pada last November, tapi terpaksa ditangguhkan sebab PM kena chicken pox (kesian huh.. sudah tua baru kena.. mesti lagi sakit tu.. nasib baik la tidak meninggalkan parut yang tidak hensem..huhuhuh).

Waktu mula-mula dapat email pemberitahuan yang kunun aku terpilih untuk menghadiri majlis tu, macam excited la kunun.. tapi aku tidak hebohkan kepada kawan-kawan aku (adalah juga seorang dua) sebab aku tau ada di kalangan kawan-kawan aku yang bukan pro-kerajaan. Apa-apa pun, aku rasa itu hak masing-masing, mau sokong Kerajaan, teruskan.. tidak mau pun, suka hati la.. gunakanlah hak yang ada dengan mengundi masa pilihanraya nanti.

So, hari Ahad yang ditunggu bersamaan 20 Februari 2011 itu pun tiba. Sebelum tu, aku import si Lina dari UiTM untuk tolong jaga si Addin dan Zara di rumah while we were away. Bukannya lama pun, dari jam 3.15 petang hingga 6.30 petang ja.  Majlis tu dari jam 4 hingga 6 petang.

Hasil dapatan aku

          • Aku tidak pernah pergi ke Kompleks Seri Perdana. Dan selama aku kerja di Putrajaya pun, aku tidak pernah tau pun di mana kediaman PM ni pun. Itu kali pertama aku sampai ke sana (dengan bantuan GPS). Kompleks Seri Perdana amat besar. Dari kediaman PM, boleh nampak pejabat beliau di JPM.
           Baru sampai. Amik gambar sambil berbaris untuk pendaftaran.

          • Jemputan adalah seramai 600 orang. Maknanya, ada lebih kurang 300 orang rakan online yang dijemput. Setiap tetamu boleh membawa seorang tetamu. Aku bawa Abang Edi. Tapi ada juga yang datang sorang-sorang.
          • Mengikut kata PM melalui ucapannya, pemilihan jemputan adalah secara random. Pemilihan juga dipilih secara cross-sectional. Maknanya, semua yang datang adalah dari pelbagai bangsa di Malaysia – Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak. Jumlah permohonan yang diterima tidak diberitahu. Tapi aku rasa mesti ramai yang minta. Dan personally, aku rasa aku ni terpilih sebab aku dari golongan bumiputera Sabah.
          • Ada yang sanggup datang dari jauh – tidak semata-mata dari kawasan Lembah Klang sahaja. Yang fly dari Sabah dan Sarawak pun ada (guna perbelanjaan sendiri). Sanggup betul dorang ni. Kagum aku.
          • Majlis diadakan di tepi tasik. PM bagitau banquet hall di rumah beliau hanya mampu memuatkan 300 orang dalam satu masa. (Last time, majlis minum petang yang pertama diadakan di dewan tersebut). Nasib baik tidak hujan lebat.
          • Setiap jemputan diberikan doorgift yang berupa mug 1Malaysia, fridge magnet JPM, mousepad JPM, buku komik yang menceritakan pasal perjalanan politik Najib dan buku kecil tentang 1Malaysia (semua diletakkan dalam paperbag JPM).
          • Aku ditempatkan di meja bernombor 20. Setiap meja ada 10 orang tetamu. Tetamu dari setiap meja telah ditetapkan – mesti ada Melayu, Cina dan India. Tujuan disusun begitu untuk menggalakkan perpaduan di antara jemputan. Semua tetamu di meja aku boleh berkomunikasi dengan gembira. Good job table 20! Ada 8 orang jemputan yang terpilih untuk duduk semeja dengan PM juga.
           Meja 20
          • Sebelum majlis makan, ada sesi bersoal jawab di antara jemputan dan PM. Ada satu soalan yang paling menarik ialah berkenaan taste PM dalam music. PM cakap dia suka muzik era 70s dan 80s. (Hehe.. old school man…). Dan aku baru tau, PM bagitau semua twitter adalah dijawab secara personally oleh beliau. And I made a conclusion, that maybe, he prefers to twitting than facebooking.
          • Makanan yang dihidangkan ada – rojak, mee rebus, putu piring dan putu bambu, buah-buahan tempatan, nasi ayam, kambing golek, kuey tiaw dan mee goreng, apam balik, kuih-muih, cendol, sate ayam, tauhu bakar dan sotong bakar. Macam acara buka puasa pun ada aku rasa. Budak-budak banquet adalah budak-budak UiTM yang buat part-time. Rajin betul dorang. Katering disediakan oleh Kuzie Katering. 
          • Ketika sedang makan, ada beberapa orang media berlegaran untuk temuramah jemputan. Aku sempat diinterview oleh RTM dan Bernama. Tapi dua-dua stesyen tv pun tidak kasi keluar muka aku dalam berita dorang.. cheh… abang edi pun “bagus” sebab tidak ambil gambar aku ketika diinterview… huhuhuh..
          • Ada tetamu berbangsa cina di meja aku, sempat bergambar berdua, berbual-bual dan meminta autograph PM. Memang dia sungguh bersemangat. Dia bagitau, ini adalah jemputan yang kedua dia dapat. Last time punya majlis, dia terpaksa turn down pasal time tu adalah musim raya cina. Memang sporting. Bukan sahaja yang muda, yang agak veteran pun sporting juga. (Ramai jemputan yang muda-muda, mungkin sebab dorang lebih banyak akses dengan internet). 
           Bergambar sekali dengan salah seorang tetamu dari meja 20.
          • Sebenarnya, semua jemputan pun sporting. Kebanyakkan tetamu jemputan mengambil kesempatan bergambar dan meminta autograph PM (pada buku komik yang diberikan). Aku tidak terkecuali. Aku berpeluang bercakap sepatah dua kata dengan PM.(Kira macam komunikasi dua hala la tu kan… hehehehe.. Datin Seri Rosmah time tu ada interview recording dirumahnya, kalau sempat habis kunun dia datang.. tapi nampaknya, tidak sempat la tu)..   

            Aku : Terima kasih Dato’ Seri. Sampaikan salam kepada Datin Seri ye…
            PM: Sama-sama.. Datin Seri ada recording sekarang, dia tak dapat datang..

            • Aku dan Abang Edi tidak dapat bergambar berdua dengan PM. Tapi kami ada bergambar dengan orang famous yang lain.. hehehe.. tapi aku ada dapat autograph PM. 
             Dengan Datuk Seri Farid, CEO Media Prima

             Dengan Datuk Seri Shahidan Kassim

              After the tea party:

              • Perasaan selepas majlis: Agak puas hati tetapi menyampah dengan bodyguard PM yang macam ntah hapa-hapa.
              • Perasaan sebelum tengok berita jam 8: Agak excited sebab mau tengok muka aku keluar tv. 
              • Perasaan lepas berita jam 8: Hampa kecewa. Kenapakah? Adakah kerana jawapan aku tidak cukup bernas? Huhuhuh… tapi ada gembira sikit-sikit sebab nampak aku dan abang edi ketika sesi bergambar beramai-ramai. Thanks to my strategy – terpaksa berdiri jauh sedikit dari orang ramai supaya kami boleh stand out (ini adalah kerana aku dan abang edi adalah dari golongan yang comel). 
              • Dan keesokkan harinya: Muka Abang Edi keluar di Berita Harian. Dan muka aku terlindung… Apakah???  sumber berita
               Abang Edi dalam bulatan merah. Aku dalam bulatan kuning.

              • Abang Edi buat lawak yang hampes. Dan kedua-dua lawak beliau yang langsung tidak kelakar itu disambut dengan cubitan “mesra” di paha. Take your medicine.

              Ada ke cara, mungkin guna photoshop ke, untuk hilangkan tangan mamat yang kat depan you ni supaya ble nampak muka you?

              Tak sia-sia you cuci dan blow rambut kat saloon. Nampak gak rambut you ni..
              • Aku saja mau test betul ka PM ni balas twitter orang. So aku pun try twitt dia. Then, he really is.. bagus la..


              Overall

              It was quite an experience. I feel more patriotic. Dan terasa untuk berkunjung ke rumah mantan PM, Tun Dr. Mahathir pula pada hari raya yang akan datang nanti. :) Peace!

              Monday, February 21, 2011

              Addin dan Sambutan Maulidur Rasul 2011M/1432H

              Acara: Sekolah Addin buat sambutan Maulidur Rasul. Ada sesi bercerita kisah Nabi Muhammad, berarak di taman permainan dekat sekolah, makan-makan
              Tarikh: 18 Feb 2011
              Objektif: Untuk membimbing anak-anak menghayati kisah Rasullah S.A.W
              Persediaan: Semua student sudah diajar berselawat. Pakai baju melayu dan baju kurung. Parents bawa makanan.
              Komen: Good job teachers!

              Sesi bercerita kisah Nabi Muhammad

               Addin yang duduk diam-diam dalam barisan sambil mendengar

              Peace! 

               Bersemangat berarak sambil berselawat

              Wah.. ada budak yang sudah terlepas.. hahaha..

               Acara ambil gambar

               Sumbangan kami yang tidak seberapa - Aku gorengkan nugget ayam ja

              Tuesday, February 8, 2011

              After the mid sem break blues

              Cuti sudah habis. Last week adalah mid-sem break. Sepatutnya, lepas mid semester break itu, ada exam untuk subject Project Management.

              Apakah? Bilakah? Susahkah? (Masa sebenar dan format tidak dimaklumkan)

              Lecturer yang ajar ialah seorang Profesor. Aku gelarkan beliau sebagai Prof Tengku. Sebab nama ic beliau memang ada gelaran Tengku tu. Best betul sebut nama prof tu. Prof Dr. Tengku.. huish... berderet title.

              Aku harap, prof sorang ni adalah seorang yang lenient. Tapi dalam kelas, Prof Tengku tu nampak cam ok ja.

              Satu lagi subjek yang aku ambil, DSS (Decision Support System) tiada mid term exam pula. Tapi ada projek mega. Yang tu pun Prof yang ajar merangkap Dekan fakulti. Projek yang kena suruh buat pun bukan alang-alang. Setakat ni, beliau bagi assignment pun bukan cikai-cikai. Gila panjang report kena karang. Lepas tu, suka hati ja main pilih siapa yang dia mau suruh present (tiada powerpoint wutsoever, tetiba ja panggil nama). Salah sorang yang bertuah kena suruh present tu, aku la tu.. huhuhuhuhuh..

              Huh... bukan alang-alang yang mengajar aku semester ni.

              Belajar dengan dorang ni aku jadi inspired. Jauh di sudut hati aku pun mau la juga jadi PhD holder kunun. Kalau tiada title Prof (aku bukan academician), jadi Dr. Nadia pun best juga.

              Angan-angan... huhuhuhuhu..

              Yang penting, kena excel dulu mid-term exam tu. Kalau mid-term exam pun cam hampes, kirim salam la sama Dr. Nadia tu.

              Kuikui..

              Monday, February 7, 2011

              Berebut

              Tadi dengar HotFM, dorang bincang pasal topik rakyat Malaysia yang tersangkut dalam traffic jam yang melampau sebab semua orang yang balik kampung balik ke KL lepas long weekend untuk chinese new year baru-baru ni. Ada orang yang gerak dari kampung start 6 petang, tapi pukul 6 pagi pun belum sampai KL lagi...

              Huhhhhh.... Kalau aku la, memang tidak boleh tolerate sudah tu jam lama-lama.. tu pasal la aku dan family sanggup menghabiskan masa cuti lama baru-baru ni di rumah ja.. tidak dapat aku membayangkan terperap dalam kereta more than 2 hours.. tambahan pula, si Zara pun jenis rimas kalau masuk dalam kereta.. macam giuk (ulat bulu).. mau bergerak ja...

              Aku dan abang edi never a fan of berebut-rebut.. boleh kata, kami sudah serik dengan pengalaman yang kami ada.. kami memang tidak akan pegi hari sales gila-gila (contoh cam JCard day dan warehouse sale), malas mau ke Midvalley pasal susah gila cari parking (bagus pigi KLCC ja), tidak mau berbaris panjang kalau mau departure naik kapal terbang (kenapa mau berebut macam ayam berebut makanan kalau sudah ada seat kena tetapkan, bukan ada orang lain boleh duduk di seat kita pun kan), kami sanggup drive masuk highway bayar mahal tapi less traffic daripada masuk highway yang lebih murah tapi banyak kereta, dan definitely, tidak akan bercuti kalau musim cuti sekolah (pasal semuanya pun akan jadi mahal gilak)..

              Tapi nanti, kalau si Addin sudah masuk sekolah, mesti aku akan terpaksa plan vacation time cuti sekolah juga kan... huhuh.. nasib nasib... maknanya, kena la plan pegi vacation yang bukan jadi favorite orang ramai.. contohnya, pegi Europe ka... kihkihkih...

              macam banyak usin kunun....

              Wednesday, February 2, 2011

              After the 1st month appointment

              Ni cerita hari Isnin hari tu. Appointment jam 3.

              Dua tiga hari sebelum ni, aku perasan ada wire terlebih di belakang geraham rahang bawah aku. Doktor cakap, tu pasal gigi aku sudah bergerak, tu yang jadi terbelakang tu.. Ooo ok..

              Doktor tunjuk lagi perkembangan terbaru gigi aku.. susunan gigi di sebelah bawah semakin meng'align' dengan berjayanya..

              Doktor buat scaling sikit-sikit. Then, dia sangkutkan rubber band di bracket gigi taring sebelah atas dengan gigi geraham kecil di rahang bawah. Tujuannya adalah untuk menarik rahang atas ke dalam aku supaya align dengan rahang bawah. (or the opposite... I guess)

              Kena pakai 24 hours.. hanya bukak apabila makan. Means.. aku akan jadi bertambah malas untuk makan kalau setakat hanya makan sikit-sikit.. lepas ni, kalau aku mau makan, kena makan alang-alang sampai kenyang..  Kena buka getah, makan, berus gigi, dan pakai balik. Setiap pagi, kena tukar rubber band yang baru.

              Doktor cakap, kalau after 4 weeks, tiada perubahan yang memberangsangkan, dia akan cabut dua batang gigi aku (satu atas, satu bawah di sebelah kanan)... ohohohohohohoh.. Harap-harap la jadi treatment ni. Nda mau la kena cabut gigi.. sayang ooo..Tapi next month, sah kena tukar wire yang lebih tebal.. ohohohohohoh..

              Rasa macam boring pula pakai rubber band ni.. susah mau bercakap pasal kena buka mulut kecil-kecil ja.. sungguh la inconvenience untuk aku yang suka bercakap ni..

              Kadang-kadang, aku lupa mau buka getah.. bila sudah start mengunyah, baru perasan rubber band masih ada di gigi aku..


              See the rubber band?

              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...