Aku mana ada dilema bercinta sekarang.. Alhamdulillah..
Smooth sailing ja bercinta sama Abang Edi.. semoga bahagia hingga akhir hayat :)
Ni tajuk lagu..
New single by Aliff Aziz and Hao Ren..
Hao Ren ni adalah penyanyi Malaysia berbangsa cina yang menang Astro Quest.. sedap dowh suara dia..
Suara si Aliff Aziz pun memang sedap kan.. Banyak juga lagu si Aliff Aziz aku suka dengar... pasal kebanyakan lagu dia banyak yang catchy..
First time aku dengar dan tengok video klip lagu ni last week di Nusantara Hits channel 713 MTV..
Video klip dia ala-ala korean style..
Mula-mula aku ingat lagu korea.. pasal mamat Hao Ren ni nyanyi, siap acting dengan sorang minah chinese yang comel..
Sekali dengar betul-betul, cakap melayu plak..
Pastu ada adik Aliff Aziz ni plak nyanyi.. tegezut aku.. terus terpaku..
Lagunya memang sedap didengar.. catchy juga..
Dengan video klip ala-ala Korean style, lagu pun best, aku boleh predict lagu ni boleh jadi hit..
Tapi, lepas google punya google..
Lagu ni belum ada lagi online..
Hampa...
Bilalah radio di Malaysia mau kasi pasang lagu ni on air? Sigh..
Aku rasa macam mau dengar lagi lagu ni..
Macam budak remaja la pula.. Huhihu... Sedangkan sudah jadi ibu beranak dua..
Jiwa muda.. :)
google analytic
Nuffnang
Tuesday, August 9, 2011
Saturday, August 6, 2011
Ecotouria Resort @ Sungai Congkak
Entry pasal Ecotouria Resort ni patut lama sudah aku post. Tapi malasnya lah aku mau mengarang. Malas bersebab. Cerita selanjutnya boleh dibaca di bawah.
2 kali Sabtu sebelum Ramadhan tahun ni menjelma, aku menerima ajakan kawan sekuliah aku untuk berkelah dan bermalam satu malam di Sungai Congkak bersama research group kawan aku tu. Mula-mula tu macam segan la juga pasal aku kurang familiar dengan group members yang lain. Kisahnya, lecturer dalam research group tu co-supervisor aku. Jadinya, aku ingat bagus juga la kalau aku join supaya dapat merapatkan lagi hubungan sama lecturer tu.
Dalam masa yang sama, aku rasa macam syiok juga kalau dapat bawa si Addin dan si Zara berkelah dan overnite di tepi sungai. It's a new experience for them. Ditambah pula dengan nama Ecotouria Resort tu macam canggih ja kan. Kira orait la tu.
Jadinya, setiap orang yang join perkelahan tu telah ditugaskan untuk bawa makanan untuk acara BBQ sebelah malam. Aku kena bawa nugget dan sausages. Ada yang kena bawa ayam, udang, sotong, salad, nasi, air minum etc. Kami juga kena buat bayaran berdasarkan bilik yang telah diarrange oleh event organizer kepada setiap family. Aku dapat chalet kayu. Bila aku googling, aku tengok gambar pun macam ok ja.
Then the day has come.. Ini la testimonial aku.
Firstly, the good parts:
Now, come the not so good parts:
Aku ada cakap kan betapa aku excited mau overnite sana ni. Ya la.. niat aku baik mau merapatkan silaturrahim kan. Aku memang sudah dimaklumkan yang aku kena chalet kayu bernama Kelah. Tapinya, bila dapat ja kunci chalet, buka pintu chalet - terus selera aku mati. Abang Edi tanpa segan silu terus mengeluarkan cadangan untuk balik dan dan tu juga. Ini adalah kerana keadaan chalet tu yang kurang menyelerakan. Bukan kerana chalet tu daif, tapi lebih kepada keadaan chalet itu tidak dimaintain dengan sebaik-baiknya.
Heran juga aku. Konon mau berniaga resort. Tapinya, tidak kan la basic thing iaitu bed and wash macam tu pun tidak dapat disenggara dengan baik. Aku bayar RM70 tu untuk overnite satu malam. Bukan percuma. Mestilah berkira kan. Aku rasa aku bayar RM70 tu macam membazir ja. Ada one of the member cakap, dengan RM70 dorang boleh dapat rumah tumpangan yang kira orait la di tengah KL.
Aku pun heran RM70 tu pergi ke mana. Kalau mau kata untuk kasi cantik sungai pun macam mustahil. Bukan la bersih sangat sungai tu. Ada sampah juga, walaupun tidak banyak. Still, ada juga bah sampahnya. Bukanlah aku cakap besar, tapi frankly speaking, pondok yang dibuat dari buluh di kebun nenek aku pun lagi bagus dan bersih dari chalet ni.
Dan frankly speaking juga, sebelum aku sampai sana, aku sudah set the lowest expectation. Aku memang sudah agak yang chalet tu memang tidak akan menyediakan amenities dan facilities lengkap macam hotel biasa. Sebab aku sudah baca pengalaman dari blog orang lain. Sebelum ke Sungai Congkak tu, aku siap packing 2 beg. Banyak kan untuk 1 malam ja? Aku bawa:
Paling kesian mestilah Abang Edi. Sudah la tiada member, boring lagi tu. Especially pada sebelah petang lepas mandi sungai menunggu acara BBQ di waktu malam. TV pun tiada di kawasan resort tu. Hujan lagi. Jadinya, petang tu, pasal keboringan, aku pun menebarkan bedsheet atas lantai ja supaya Abang Edi dan Zara boleh berehat. Dapat juga dorang nap sekejap. Si Addin sibuk bermain dengan anak-anak member yang lain. Lepas maghrib, Abang Edi terus ke kedai kopi berdekatan tengok Kelayakan Piala Dunia, Malaysia vs Singapura (first leg). Sigh!! Lepas habis bola, baru la Abang Edi datang balik ke resort tu, sempat juga dia main game Serasi Bersama sama aku.
Cadangan penyelesaian
Hari baik bulan baik ni, kritik-kritik ja pun tiada guna kan. Jadi, mestilah ada cadangan penyelesaian.
Kalau kamu teringin mau overnite di Ecotouria Resort juga, aku cadangkan,
Cadangan penambahbaikan
Aku cadangkan juga kepada pengusaha resort (kot-kot terbaca blog aku ni, but I doubt it, Facebook dorang pun dorang tidak update, inikan pula mau blogwalking):
So, at the end of the day, untuk tidak menyinggung perasaan Abang Edi, aku putuskan yang kami balik ja la, tidak payah stay di situ malam tu. Kalau aku sorang ja yang ikut trip tu, mungkin aku akan stay. Pasal kena menjaga hati.
Dan kalau kami dapat chalet yang lebih baik, sure kami stay juga tu. Pasal sudah ada anak kan, mesti la mau selesa. Tapi tidur atas lantai beralaskan bedsheet la. Our biggest concern is si Zara. Kulit si Zara ni high maintenance. Kami tidak mau la usaha kami yang berabis mau protect kulit si Zara ni dirosakkan semata-mata duduk di resort yang ntah hapa-hapa dan tidak layak dipanggil chalet. Layak kena panggil pondok tunggu durian ja tu :)
Namun, oleh kerana aku mau menjaga hati orang yang mengajak dan lecturer tu, kami stay la juga di situ sampai 10.30 malam. Aku pun tidak sure hati aku dijaga atau tidak sebab aku diarrange untuk dapat chalet paling buruk kan. Sedangkan aku sudah bagi tau awal-awal yang aku ada infant. The better chalet kena bagi sama member yang lain. Kalau aku tau macam tu la jadinya, nda payah datang pun ok kan :)
So, pukul 10.30 malam tu, kami pun meredah kegelapan malam balik ke home sweet home.
Apa yang kami dapat? Kegembiraan si Addin. Dan Alhamdulillah, si Zara tidak meragam pun, seronok ja dia berlari pegang pokok tu, pegang daun ni, mandi sungai, jadi budak baik.
Look at the positive side. Walaupun duit aku untuk bayar bilik dan breakfast burn begitu ja, sekurang-kurangnya, dengan pengalaman aku di sana, aku boleh berikan panduan kepada pembaca blog ni. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.
p/s: Haih.. tadi mula-mula bagitau malas mau menulis. Sekalinya, terpanjang la pula entry :)
2 kali Sabtu sebelum Ramadhan tahun ni menjelma, aku menerima ajakan kawan sekuliah aku untuk berkelah dan bermalam satu malam di Sungai Congkak bersama research group kawan aku tu. Mula-mula tu macam segan la juga pasal aku kurang familiar dengan group members yang lain. Kisahnya, lecturer dalam research group tu co-supervisor aku. Jadinya, aku ingat bagus juga la kalau aku join supaya dapat merapatkan lagi hubungan sama lecturer tu.
Dalam masa yang sama, aku rasa macam syiok juga kalau dapat bawa si Addin dan si Zara berkelah dan overnite di tepi sungai. It's a new experience for them. Ditambah pula dengan nama Ecotouria Resort tu macam canggih ja kan. Kira orait la tu.
Jadinya, setiap orang yang join perkelahan tu telah ditugaskan untuk bawa makanan untuk acara BBQ sebelah malam. Aku kena bawa nugget dan sausages. Ada yang kena bawa ayam, udang, sotong, salad, nasi, air minum etc. Kami juga kena buat bayaran berdasarkan bilik yang telah diarrange oleh event organizer kepada setiap family. Aku dapat chalet kayu. Bila aku googling, aku tengok gambar pun macam ok ja.
Then the day has come.. Ini la testimonial aku.
Firstly, the good parts:
- Kawasan sungai di Ecotouria Resort adalah children-friendly. Tiada air terjun dan tiada kolam untuk berkubang. Sungainya agak cetek dan airnya tidaklah deras sangat, memang sesuai untuk bermandi-manda bersama keluarga especially kalau ada anak kecil. Pada pandangan aku, semua faktor yang disebutkan tu adalah ciri-ciri sungai yang tip-top sebab aku ada dua anak kecil yang memerlukan perhatian yang amatlah terperinci. Untuk sesiapa yang mahu lebih adventure, aku rasa macam kurang sesuai.
- Kawasan parking yang dekat dengan sungai. Tiada kes perlu naik bukit tinggi-tinggi, tidak perlu berjalan jauh untuk berkelah dan penat-penat bawa segala tikar, makanan, etc. Jalan kejap ja sudah sampai.
- Nama pun Ecotouria Resort, jadinya dorang ni menyediakan chalet untuk berehat. Aku ada nampak family yang berkelah di sana (bukan untuk bermalam) sewa satu chalet. Jadi, dorang boleh tukar baju, melepaskan hajat, menunaikan solat, take a nap, berteduh. Convenient la kira-kiranya.
- Event organizer kami sudah mengaturkan lunch dan breakfast (untuk keesokkan harinya) dengan pihak resort. Kalau ikut tekak aku, aku rasa masakan dorang boleh kata agak sedap. Sampai ja kami di Ecotouria Resort tu, kami dihidangkan dengan hidangan - Nasi putih, Ayam goreng, Ayam masak kicap, Ulam raja, timun dan petai serta air sarsi sejuk. Abang Edi sampai menambah-nambah lagi ni. Mungkin juga sedap sebab kami pun kebetulan sedang kelaparan time tu. Atau mungkin juga sebab ada ulam petai (my favorite!). Namun begitu, pandangan aku ni hanya berdasarkan hidangan makanan tengahari ja. Breakfast tu kami tidak merasa la pula.
- Pada sebelah malamnya, kami buat BBQ pula. Oleh kerana hujan dari petang lagi, jadinya kami terpaksa buat BBQ di bawah bumbung (same place di mana kami lunch tadi). Syok juga la sebab time ni la kami boleh mingle ramai-ramai. Boleh kenal isteri lecturer dan research group member yang lain. Borak-borak. Makan-makan. Siap ada game untuk pasangan suami isteri (game macam Serasi Bersama), game untuk anak-anak, etc.
- All in all, aku paling suka sebab aku rasa si Addin mengalami kegembiraan to the max. Dapat mandi sungai. Ditambah pula kegembiraan pasal dapat bermain dengan kawan-kawan baru. Aku memang kagum dengan kebolehan kanak-kanak yang senang dapat kawan. Langsung tiada diskriminasi dan prejudis. Si Addin punya la suka bermain sampai dia tidak tidur langsung dari tengahari kami sampai sampai la ke malam. On the way kami balik rumah malam tu, baru la dia tertidur dalam kereta. (Aik balik malam? Bukannya mau overnite ka? Sambung baca dulu :))
Now, come the not so good parts:
Aku ada cakap kan betapa aku excited mau overnite sana ni. Ya la.. niat aku baik mau merapatkan silaturrahim kan. Aku memang sudah dimaklumkan yang aku kena chalet kayu bernama Kelah. Tapinya, bila dapat ja kunci chalet, buka pintu chalet - terus selera aku mati. Abang Edi tanpa segan silu terus mengeluarkan cadangan untuk balik dan dan tu juga. Ini adalah kerana keadaan chalet tu yang kurang menyelerakan. Bukan kerana chalet tu daif, tapi lebih kepada keadaan chalet itu tidak dimaintain dengan sebaik-baiknya.
- Ada bilik yang lengkap dengan katil dan queen bed size. Siap kena sediakan tilam spare lagi. (Tilam biasa-biasa ja yang boleh dapat murah-murah). The downside is, cadar tilam seakan tidak ditukar. Boleh tau bah cadar tu kena tukar ka tidak. Cadar yang kena tukar dan belum diguna mesti tegang kan. Ni berkedut seribu.
- Tilam-tilam tu pun macam sudah berapa puluh tahun sudah kena guna. Buruk semacam. Entah berapa banyak pijat la bersarang di sana agaknya. Kalau tilam tebal jenama mahal pun tapi tidak bermaintain nda juga aku teruja tu. Masalahnya, tu tilam yang digunakan oleh pelbagai jenis orang. Bukan tilam family. Jadi, tilam-tilam tu wajib la bertukar kan, kurang-kurang pun 3 tahun sekali? (Depending on the type of mattress, resort occupancy and use). Aku rasa hotel-hotel memang ada polisi untuk mattress change.
- Keadaan toilet yang tidak bersih. Air bertakung. (Abang Edi gerakkan baldi ja terus beribu ekor nyamuk berterbangan). Botol mineral kosong berselerakan. Tiada tiles. Tidak la pula aku berani mau buka tutup mangkuk tandas. I mean, kalau pihak resort tu tidak ada effort untuk buang botol mineral yang terbiar tu, dorang mau ka cuci mangkuk toilet? I don't think so.
- Tiada kipas. Still aku rasa ok sebab rumah kayu kan sejuk. Tambahan pula time kami datang tu hujan. Sejuk ja rasanya.
- Keadaan lantai chalet yang berpasir.
Kiri: rumah batu. Kanan: rumah kayu.
Kiri: Keadaan tilam. Kanan: Chalet nama Kelah.
Abang Edi dan si Addin yang menjenguk ke luar dari dalam chalet. Boleh lagi Abang Edi dan si Zara take afternoon nap.
That's it.That is the only basic thing yang aku nilai. Aku tidak kisah pasal chalet tu dibuat dari kayu. Aku tidak kisah pun kawasan tu bernyamuk. (What do you expect? Dalam hutan bah tu). Aku tidak kisah pun with the fact yang sumber pencahayaan hanya dari mentol lampu kuning yang disediakan di ruang tamu kecil, ruang balkoni dan toilet (dalam bilik tiada). Itupun mentol lampu yang di balkoni sudah rosak.Heran juga aku. Konon mau berniaga resort. Tapinya, tidak kan la basic thing iaitu bed and wash macam tu pun tidak dapat disenggara dengan baik. Aku bayar RM70 tu untuk overnite satu malam. Bukan percuma. Mestilah berkira kan. Aku rasa aku bayar RM70 tu macam membazir ja. Ada one of the member cakap, dengan RM70 dorang boleh dapat rumah tumpangan yang kira orait la di tengah KL.
Aku pun heran RM70 tu pergi ke mana. Kalau mau kata untuk kasi cantik sungai pun macam mustahil. Bukan la bersih sangat sungai tu. Ada sampah juga, walaupun tidak banyak. Still, ada juga bah sampahnya. Bukanlah aku cakap besar, tapi frankly speaking, pondok yang dibuat dari buluh di kebun nenek aku pun lagi bagus dan bersih dari chalet ni.
Dan frankly speaking juga, sebelum aku sampai sana, aku sudah set the lowest expectation. Aku memang sudah agak yang chalet tu memang tidak akan menyediakan amenities dan facilities lengkap macam hotel biasa. Sebab aku sudah baca pengalaman dari blog orang lain. Sebelum ke Sungai Congkak tu, aku siap packing 2 beg. Banyak kan untuk 1 malam ja? Aku bawa:
- 4 towels (each for everyone of us) - mimpi la kena sediakan towel. kalau ada pun, nda juga aku mau guna.
- 2 single bed sheets dan 1 queen size bed sheet - pasal aku tidak tau apa jenis katil yang kena sediakan. kalau tilam queen size, so aku boleh pasang queen size bed sheet tu dan 2 single bed sheets tu boleh jadi selimut, vise versa. aku memang sudah expect bedsheetnya tidak akan bersih sangat. Tapi ini melampau sudah tidak bersihnya.
- 2 biji bantal.
- Insect patch. Oleh kerana kulit si Zara sensitive, jadi aku tidak berani beli insect repellent dalam bentuk losyen. Rugi ja nanti kalau tidak berpakai. Insect patch ni boleh lekat di baju, di kerusi, dan di mana-mana ja untuk menghalau nyamuk.
- Ridsects, insect repellent dalam bentuk wax jenama AntiMos, dan penghalau nyamuk elektrik.
- Complete toiletries.
- Selipar. Tidak payah la mau berkasut-kasut.
- Minyak angin, ubat gamat.
- Bottled drinking water.
- Biskut Jacob.
Paling kesian mestilah Abang Edi. Sudah la tiada member, boring lagi tu. Especially pada sebelah petang lepas mandi sungai menunggu acara BBQ di waktu malam. TV pun tiada di kawasan resort tu. Hujan lagi. Jadinya, petang tu, pasal keboringan, aku pun menebarkan bedsheet atas lantai ja supaya Abang Edi dan Zara boleh berehat. Dapat juga dorang nap sekejap. Si Addin sibuk bermain dengan anak-anak member yang lain. Lepas maghrib, Abang Edi terus ke kedai kopi berdekatan tengok Kelayakan Piala Dunia, Malaysia vs Singapura (first leg). Sigh!! Lepas habis bola, baru la Abang Edi datang balik ke resort tu, sempat juga dia main game Serasi Bersama sama aku.
Cadangan penyelesaian
Hari baik bulan baik ni, kritik-kritik ja pun tiada guna kan. Jadi, mestilah ada cadangan penyelesaian.
Kalau kamu teringin mau overnite di Ecotouria Resort juga, aku cadangkan,
- Tempah resort yang dibuat dari simen. Rumah batu. Better than rumah kayu. (Still, lecturer dan kawan-kawan aku yang dapat rumah batu pun kurang puas hati pasal masalah tilam dan toilet. Sekurang-kurangnya, toilet di rumah batu ada tiles. Dan rumahnya ada kipas. The price range between RM150 (untuk rumah yang lengkap dengan dapur) to RM80 (single chalet).
- Kalau rumah batu sudah habis ditempah, tinggal chalet kayu ja, maka tempahlah chalet nama Leemasai. Sama juga harga RM70 macam chalet kayu yang aku dapat nama Kelah. Tapi Leemasai lebih besar dari Kelah dan toiletnya ada tiles. Tilam buruk tu adalah kes universal yang tidak dapat dielakkan di Ecotouria Resort.
- Chalet yang lain? Kirim salam. Orang resort tu cakap chalet kayu yang aku dapat tu kira antara yang sehabis baik suda tu. Chalet kayu lain tidak boleh harap.
- Jangan lupa bawa mattress pad dan bed sheet sendiri (ni kes kalau mau guna juga tilam dorang). Kalau tidak mau guna tilam dorang, bolehlah bawa sleeping bag atau tikar atau toto sendiri. Bantal tu aku rasa wajib bawa. Selimut pun jangan lupa. Nda payahlah guna tilam dorang tanpa ada extra protection. Kecualilah kamu ada kulit yang terer dan kebal macam Superman.
- Kalau rajin lagi, bawa la pencuci toilet dan penyapu sendiri. Wakakakaka.. Pasal kawan aku cerita dia ada request for penyapu, tapi penyapu yang diberikan sudah hampir botak. Kalau rajin tahap maksimum, bawa la kipas sendiri. Tapi di hutan tu kan, sure sejuk. Jadi tujuan kipas tu untuk halau nyamuk ja.
- Lagi bagus kalau bawa ja camp sendiri. Senang cerita.
- Tapi paling bagus kalau tidak payah pun mau tidur sana. Balik hari lagi ada faedah. Mandi sungai ja la.
Cadangan penambahbaikan
Aku cadangkan juga kepada pengusaha resort (kot-kot terbaca blog aku ni, but I doubt it, Facebook dorang pun dorang tidak update, inikan pula mau blogwalking):
- Apa kata kamu pasang tiang lampu di kawasan resort tu supaya lorong-lorong di resort kamu tu cerah sikit waktu malam. Bukannya expect pengunjung resort kamu untuk berjalan dengan mengharap cahaya dari sinar bulan ja.
- And the very important, tolong la maintain resort kamu tu especially the bed and toilet. Kalau susah sangat mau maintain tilam-tilam tu, baik lah tidak payah ada tilam langsung. Ada tikar ja pun lagi bagus. Tapi toilet tu jangan lupa maintain.
- Kalau kamu charge RM50 ja sekali pun (lebih murah dari rate sekarang), tapi kalau service dan hospitality tip-top, mesti cerita yang baik akan tersebar. Eventually, orang akan lebih ramai datang, dan modal kamu pun akan terbayar siap untung lebih lagi. Payback lebih cepat. Kalau kuantiti lebih banyak, margin pun boleh turun rendah kan. Return of Investment akan jadi lebih tinggi. Aih, jadi cikgu finance pula aku ni.
- Hindarkan lah sikap berniaga asal ada tu. It's the customer satisfaction that matters not the high unreasonable price. Customer satisfaction akan membawa publisiti positif dan negatif yang meluas. Especially bila ada orang rajin berblog macam aku ni :)
So, at the end of the day, untuk tidak menyinggung perasaan Abang Edi, aku putuskan yang kami balik ja la, tidak payah stay di situ malam tu. Kalau aku sorang ja yang ikut trip tu, mungkin aku akan stay. Pasal kena menjaga hati.
Dan kalau kami dapat chalet yang lebih baik, sure kami stay juga tu. Pasal sudah ada anak kan, mesti la mau selesa. Tapi tidur atas lantai beralaskan bedsheet la. Our biggest concern is si Zara. Kulit si Zara ni high maintenance. Kami tidak mau la usaha kami yang berabis mau protect kulit si Zara ni dirosakkan semata-mata duduk di resort yang ntah hapa-hapa dan tidak layak dipanggil chalet. Layak kena panggil pondok tunggu durian ja tu :)
Namun, oleh kerana aku mau menjaga hati orang yang mengajak dan lecturer tu, kami stay la juga di situ sampai 10.30 malam. Aku pun tidak sure hati aku dijaga atau tidak sebab aku diarrange untuk dapat chalet paling buruk kan. Sedangkan aku sudah bagi tau awal-awal yang aku ada infant. The better chalet kena bagi sama member yang lain. Kalau aku tau macam tu la jadinya, nda payah datang pun ok kan :)
So, pukul 10.30 malam tu, kami pun meredah kegelapan malam balik ke home sweet home.
Apa yang kami dapat? Kegembiraan si Addin. Dan Alhamdulillah, si Zara tidak meragam pun, seronok ja dia berlari pegang pokok tu, pegang daun ni, mandi sungai, jadi budak baik.
Look at the positive side. Walaupun duit aku untuk bayar bilik dan breakfast burn begitu ja, sekurang-kurangnya, dengan pengalaman aku di sana, aku boleh berikan panduan kepada pembaca blog ni. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.
p/s: Haih.. tadi mula-mula bagitau malas mau menulis. Sekalinya, terpanjang la pula entry :)
Monday, August 1, 2011
Azam Ramadhan tahun ini..
My all time favorite "Asma Allah" by Sami Yusof - Lagu tema Jejak Rasul
Ahlan wa sahlan ya shahru ramadhan..
Barakallahulana...
Rahmat Allah kepada hambaNya yang menantikan kedatangan Ramadhan..
Semoga prestasi aku dalam Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun-tahun yang lepas..
Aku harap aku akan lebih rajin memasak sendiri daripada membeli di bazaar ramadhan..
Bak kata si Tasha, kalau pegi menapau pun, apa kata bawa bekas makanan sendiri - tupperware hatta tipuware untuk mengurangkan penggunaan plastik..
Aku harap aku dapat merasa pegi Masjid Besi tahun ni untuk menunaikan tarawikh.. lepas dapat anak ni, belum lagi aku menjejakkan kaki ke mana-mana masjid dan surau untuk bertarawikh sebab kena menjaga anak di rumah.. Astaghfirullah..
Semoga si Addin dan si Zara boleh behave time dan tidak mengacau jemaah yang lain time solat sunat tarawikh..
Semoga umur aku panjang untuk menempuh ramadhan penuh sebulan..
Semoga aku bersedih bila ramadhan meninggalkan kita..
Banyaknya azam aku untuk ramadhan kali ni..
Semoga semuanya tercapai... InsyaAllah..
Semoga Allah memelihara suamiku, anak-anakku, kedua ibubapa dan ibubapa mertuaku, adik-adikku beserta keluarga, ipar-iparku beserta keluarga, guru-guruku, rakan-rakanku, semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia dalam lindungan kasih sayangNya..
Semoga kami semua diberikan petunjuk dan kekuatan untuk mengikis sikap berlengah-lengah dan sikap malas dalam menunaikan ibadah dan urusan dunia..
Semoga kami semua lebih berusaha untuk tidak terpengaruh dengan keseronokan dunia..
Subscribe to:
Posts (Atom)