Sekarang cuti sekolah.
Mama ada sarankan supaya export Addin ke Labuan.
So, boleh belajar Matematik dengan Uncle Akil nya.
Tapi, Abang Edi tidak setuju sebab kesian Zara kalau tinggal keseorangan di rumah.
Mesti Zara akan tercari-cari abangnya.
Addin dan Zara agak rapat.
Jarang bergaduh. Sentiasa bermain bersama.
Dua2 tu suka berebutkan aku. :)
Mau duduk sebelah dengan mummy ketika makan.
Mau tidur sebelah dengan mummy.
Mau pegang tangan mummy ketika berjalan.
Lately, Addin suka express thank you.
"Terima kasih mummy sebab masak ayam goreng. Addin sayang Mummy".
Oleh kerana Addin buat macam tu, Zara pun ikut jugak.
"Terima kasih mummy sebab bagi Zara makan aiskrim".
Dua budak ni memang adorable.
Suka peluk aku. Cium pipi.
Selalu express "Sayang mummy".
Zara pula suka jeles kalau aku balas hug Addin. Atau geletek2 Addin.
Zara akan merajuk "Mummy tu tak sayang Ababy. Sayang Addin je".
Jadi, aku kena peluk Zara juga.
Suka main pondok-pondok.
Zara jadi mama. Addin jadi papa.
Walaupun ada masa mereka dua ni bergaduh, tapi masa berbaik tu lebih banyak daripada masa tidak berbaik.
Addin pun boleh diharap.
Kalau aku dan Abang Edi sedang berehat, dan Zara kelaparan, Addin akan tolong sediakan makanan yang mudah. Contoh cereal, biskut etc.
Ada sekali tu, ketika aku sedang tidur petang, aku terdengar Addin bertanya kepada Zara,
"Zara, nak makan roti aiskrim tak?"
Lepas mendapat persetujuan Zara, mereka dua ni pun berpakat di dapur bersama-sama menyediakan sandwich aiskrim.
Aiskrim adalah suatu treat yang "mahal" di rumah aku. Jarang boleh dapat walaupun sentiasa ada stok di freezer. Jawapan Ya daripada Zara adalah satu anugerah. So, kalau aku marah pun, Addin akan put the blame on Zara dan cakap "Zara yang nak".
Aku sambung ja tidur. Malas mau meroyan.
Layan la sekali-sekala :)
Syukur :) Semoga keharmonian dua beradik ini berkekalan.
google analytic
Nuffnang
Thursday, November 21, 2013
Tornado dan Hujan Batu
Hujan Batu
Kami berempat, aku, Abang Edi, Addin dan Zara sedang menonton National Geographic.
Ada cerita pasal bencana alam.
Mula-mula, tornado. Lepas tu, hujan batu.
Dalam tv, ditayangkan kereta storm chaser ranap dihentam hujan batu.
Mulutku pula menceceh memberi ulasan. Sakit la, batu besar la, pecah kepala la.. hoho..
Addin: Kenapa ada tornado? Kenapa ada hujan batu?
Abang Edi: Allah yang buat.
Addin: Kenapa Allah bagi tornado? Kan ramai orang mati. Lepas tu kenapa bagi hujan batu? Kan sakit kalau kena.
Aku: Kalau tak nak sakit, duduk rumah diam-diam. Sure tak kena.
Zara: Kalau ada hujan batu, Mummy dengan Daddy duduk kat rumah je ye. Nanti sakit kalau kena.
(Prihatinnya Zara ni... hehe)
Addin masih tidak puas hati.
Addin: Tapi kenapa Allah bagi tornado?
Aku: Supaya manusia boleh belajar. Macamana kuasa tornado dan hujan batu tu terjadi. Nanti Addin belajar la. Kan Addin nak jadi saintis.
Addin: Nanti bila Addin dah besar, Addin pun nak jadi berkuasa juga. Macam Avengers.
(Kesitu pulak..)
Aku: Bukan macam tu. Tornado tu besar. Mesti ada kuasa yang lebih besar buat tornado. Siapa yang buat?
Addin: Allah.
Aku: Allah nak tunjuk yang Allah tu Maha Berkuasa. Kalau tempat tu boleh musnah kerana tornado dan hujan batu, bayangkan apa yang Allah boleh buat kalau hari akhirat nanti. Lagi teruk.
Addin: Senang je. Nanti Allah bagi tornado satu kali. Semua orang mati. Lepas tu hidup balik.
Iye la.

Thursday, November 14, 2013
Hari Bahagia
Hari ni adalah hari yang berbahagia untuk sesetengah ibubapa especially yang ada anak darjah 6.
Ada pengumuman keputusan UPSR.
Mama aku pun berdebar-debar sebab dia guru besar. Tidak sabar mau tau sama ada sekolah dia doing well ka, ada peningkatan, penurunan - itu kan KPI dorang.
Ada sebilangan kengkawan di FB post tentang result UPSR anak mereka. Ada yang gembira sebab anak mereka yang dapat full As. Ada juga yang berlapang dada sebab tidak dapat full As.
Tahniah kepada kawan-kawan yang ada anak UPSR. 5A atau tidak, mereka telah berusaha. Perjalanan masih jauh.
As for me, hari bahagia aku adalah semalam. Sebab ada hari penyampaian hadiah di sekolah Addin.
Addin dapat no 3 dalam kelas. Penggal sebelum ni dapat no. 1. Dan no. 1 tu kongsi dengan seorang kawan Addin.
Walaupun ranking menurun, tapi purata markah Addin dapat lebih baik daripada penggal pertama. Dulu 94.0, penggal ni dapat 96.4.
Dalam kata lain, ada 2 orang kawan Addin yang improved lebih hebat dan dapat no. 1 dan 2.
Hati ku berbunga-bunga time ni
Congrats my son!
Mama sorang ja masuk dewan istiadat.
Kami yang lain-lain tunggu di luar ja.
What a day yesterday. Penat tapi fulfilling :)

p/s: Everytime Addin balik rumah bawa kertas jawapan peperiksaan, dia mesti cakap "Terima kasih mummy sebab ajar Addin".. terharunya aku..
Selain tu, Addin juga dapat nombor ke-10 terbaik daripada keseluruhan tahun 1.
Tahun 1 di sekolah Addin ada 10 kelas. Dan dalam satu kelas ada lebih kurang 40++ orang pelajar.
Dulu time mula2 daftarkan Addin darjah 1, aku risau.
Dapat ka si Addin ni bersaing dengan ramai murid?
Boleh ka cikgu dia bagi perhatian untuk si Addin?
Macam menyesal pun ada sebab daftarkan Addin ke sekolah yang kebanjiran murid ni.
Tapi redha ja la, sebab niat tidak mau susahkan anak travel jauh dari rumah ke sekolah.
The nearer the school, the better.
Lepas tau result Addin ni, aku pun jadi sedap hati. He's doing OK. Aku ja yang saiko.
Untuk tahun 2, Addin kena masuk kelas yang paling atas. Di mana semua yang top masuk sana.
Jadi persaingannya lebih kuat.
Aku pula jadi tensen. Hoho..
Alhamdulillah.
We are proud of him.
Kami harap Addin berada dalam haluan yang betul. Umur 7 tahun baru permulaan.
Kena jadi manusia.
Jadi saham kami ke syurga. Amin.
Oh.. tidak dilupa. Semalam juga hari konvo si Lina.
So, aku sebagai supir bertauliah, bawa la rombongan Labuan ke UiTM Shah Alam.
Mama bagitau, target mama dan bapa adalah supaya anak dorang semua mesti graduate.
Cumanya, dari aku ke Nurul, semua hari konvo kami dihadiri oleh mama dan bapa.
Time si Lina ni ja la teda rezekinya diraikan oleh bapa.
So utk konvo Lina, mama harap supaya kami semua ada, untuk menggantikan kehilangan bapa.
Tapi Tasha tidak dapat datang sebab ada si Hana dan Eryna yang masih kecil untuk dijaga.
Susah kan mau bawa budak2 di tengah panas konvo ni.
Mama sorang ja masuk dewan istiadat.
Kami yang lain-lain tunggu di luar ja.
Grad suda!
What a day yesterday. Penat tapi fulfilling :)
Subscribe to:
Posts (Atom)