google analytic

Nuffnang

Thursday, November 21, 2013

Addin dan Zara - to date

Sekarang cuti sekolah.

Mama ada sarankan supaya export Addin ke Labuan.
So, boleh belajar Matematik dengan Uncle Akil nya.
Tapi, Abang Edi tidak setuju sebab kesian Zara kalau tinggal keseorangan di rumah.
Mesti Zara akan tercari-cari abangnya.

Addin dan Zara agak rapat.
Jarang bergaduh. Sentiasa bermain bersama.


Dua2 tu suka berebutkan aku. :)
Mau duduk sebelah dengan mummy ketika makan.
Mau tidur sebelah dengan mummy.
Mau pegang tangan mummy ketika berjalan.

Lately, Addin suka express thank you.
"Terima kasih mummy sebab masak ayam goreng. Addin sayang Mummy".

Oleh kerana Addin buat macam tu, Zara pun ikut jugak.
"Terima kasih mummy sebab bagi Zara makan aiskrim".

Dua budak ni memang adorable.
Suka peluk aku. Cium pipi.
Selalu express "Sayang mummy".

Zara pula suka jeles kalau aku balas hug Addin. Atau geletek2 Addin.
Zara akan merajuk "Mummy tu tak sayang Ababy. Sayang Addin je".
Jadi, aku kena peluk Zara juga.

Suka main pondok-pondok.
Zara jadi mama. Addin jadi papa.

Walaupun ada masa mereka dua ni bergaduh, tapi masa berbaik tu lebih banyak daripada masa tidak berbaik.

Addin pun boleh diharap.
Kalau aku dan Abang Edi sedang berehat, dan Zara kelaparan, Addin akan tolong sediakan makanan yang mudah. Contoh cereal, biskut etc.

Ada sekali tu, ketika aku sedang tidur petang, aku terdengar Addin bertanya kepada Zara,
"Zara, nak makan roti aiskrim tak?"
Lepas mendapat persetujuan Zara, mereka dua ni pun berpakat di dapur bersama-sama menyediakan sandwich aiskrim.
Aiskrim adalah suatu treat yang "mahal" di rumah aku. Jarang boleh dapat walaupun sentiasa ada stok di freezer. Jawapan Ya daripada Zara adalah satu anugerah. So, kalau aku marah pun, Addin akan put the blame on Zara dan cakap "Zara yang nak".
Aku sambung ja tidur. Malas mau meroyan.
Layan la sekali-sekala :)

Syukur :) Semoga keharmonian dua beradik ini berkekalan.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...