Hujan Batu
Kami berempat, aku, Abang Edi, Addin dan Zara sedang menonton National Geographic.
Ada cerita pasal bencana alam.
Mula-mula, tornado. Lepas tu, hujan batu.
Dalam tv, ditayangkan kereta storm chaser ranap dihentam hujan batu.
Mulutku pula menceceh memberi ulasan. Sakit la, batu besar la, pecah kepala la.. hoho..
Addin: Kenapa ada tornado? Kenapa ada hujan batu?
Abang Edi: Allah yang buat.
Addin: Kenapa Allah bagi tornado? Kan ramai orang mati. Lepas tu kenapa bagi hujan batu? Kan sakit kalau kena.
Aku: Kalau tak nak sakit, duduk rumah diam-diam. Sure tak kena.
Zara: Kalau ada hujan batu, Mummy dengan Daddy duduk kat rumah je ye. Nanti sakit kalau kena.
(Prihatinnya Zara ni... hehe)
Addin masih tidak puas hati.
Addin: Tapi kenapa Allah bagi tornado?
Aku: Supaya manusia boleh belajar. Macamana kuasa tornado dan hujan batu tu terjadi. Nanti Addin belajar la. Kan Addin nak jadi saintis.
Addin: Nanti bila Addin dah besar, Addin pun nak jadi berkuasa juga. Macam Avengers.
(Kesitu pulak..)
Aku: Bukan macam tu. Tornado tu besar. Mesti ada kuasa yang lebih besar buat tornado. Siapa yang buat?
Addin: Allah.
Aku: Allah nak tunjuk yang Allah tu Maha Berkuasa. Kalau tempat tu boleh musnah kerana tornado dan hujan batu, bayangkan apa yang Allah boleh buat kalau hari akhirat nanti. Lagi teruk.
Addin: Senang je. Nanti Allah bagi tornado satu kali. Semua orang mati. Lepas tu hidup balik.
Iye la.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment