Sebab, basically, boleh kata kami tiada aktiviti yang major pun pada 2 Disember tu.
Rancangan untuk jalan-jalan melawat Taman Mini Indonesia dan Tanah Abang hancur berkecai sebab aku kena cirit-birit tahap kaw-kaw.
Menyebabkan aku terpaksa stay di rumah dan jadi penunggu toilet.
Nasib baik Abang Edi, Addin dan Zara sihat walafiat.
Dan nasib baik juga lokasi rumah tu amat strategik so Abang Edi boleh bawa budak-budak keluar cari lunch dengan tanpa susah payah.
Restoran Sederhana hanya sekangkang kera dari bangunan Thamrin Mall tu.
Dorang boleh siap pegi supermarket lagi cari roti bun dan air Pocari Sweat.
Swimming pool apartment juga menjadi lokasi wisata utama ketika kami di Jakarta.
Setelah berak-berak saja tanpa henti sepanjang hari, menjelang petang baru la macam ok sikit perut aku.
So, demi menunaikan hasrat Addin sebagai besday boy, kami bawa dia naik bajaj round Thamrin Mall. Rp20,000 sekali putar.
Time ni, aku sudah kurang 2kg sebab kegiatan cirit birit akut.
Besoknya, masih dalam keadaan perut yang still ada angin taufan, aku manage untuk tinjau kawasan sekejap di Thamrin Mall tu cari lace dan telekung.
Rugi la kalau sudah ke Jakarta tapi tidak beli 2 benda alah ni.
Telekung untuk si Tasha yang mengirim, lace pula untuk aku pakai baju raya tahun depan.
Sempat la membeli belah dalam masa sejam dan lepas tu sambung rehat di rumah.
Lunch di restoran De Cost.
Aku baca di review kunun sedap mau mati.
Bila aku sendiri rasa - macam biasa ja.
Mungkin cirit-birit itu sudah mempengaruhi selera makan aku.
Jam 3 petang, kami naik avanza yang sudah kami call malam sebelum untuk ke airport.
Bila sudah lepas imigresen, punya la aku rasa lega sebab dapat kembali ke tanahair tercinta.
Begitu sajalah cerita pasal cuti keluarga kami ke Jakarta, Bandung dan Puncak yang aku boleh bagi verdict sebagai - sedikit syiok + meh.
Boleh la. Bagi menjawab curiosity Abang Edi yang teringin mau tengok macamana rupa Jakarta dan Bandung.
Boleh la bagi menggembirakan hati Addin dan Zara tengok binatang dengan lebih dekat di Taman Safari.
Untuk aku pula, kalau boleh aku tidak mau kembali ke sana, kecuali kalau mau cari lace ke Jakarta dan balik hari. Haha.
Tips dan moral:
1. Jangan makan dari vendor tepi jalan. Perut anda sebagai orang Malaysia mungkin tidak tahan dengan tahap sanitasi di sana. Kecuali kalau anda memang jenis terbiasa dan hidup dalam keadaan yang serba kurang sanitized.
2. Aku memang bosan bila mau beli barang tapi tiada tanda harga. Kurang ketelusan. Dan perkara ini berleluasa sepanjang pemerhatian aku di sana.
3. Jakarta, Bandung dan Bogor amat padat. Boleh kata every inch of space tidak akan lapang. Ada ja la gerai ka, orang berniaga la. Padat dan sesak.
4. Macet. Ini adalah masalah universal di sana. Di mana ada jalan raya, di situ ada macet.
5. Supir kami Pak Amin tu bagi tips, datang ke Bandung dan Bogor pada hari bekerja (weekdays) untuk dapat harga bilik lebih murah dan jalan yang kurang macet. Datang ke Jakarta pada hari minggu (weekend) untuk dapat harga bilik lebih murah dan jalan yang kurang macet.
6. Bawa ubat sakit perut banyak-banyak untuk kesejahteraan bersama.