google analytic

Nuffnang

Friday, May 2, 2014

Tambah gambar baru untuk pasport anak di Pejabat Pasport, Menara Ikhlas, Presint 3, Putrajaya

Hello olz..
Last time, aku merakamkan ucapan tahniah aku di atas kecekapan Pejabat Pasport di Menara Ikhlas Putrajaya kan. Itu untuk kes renew pasport.
Which tidak perlu isi borang, tidak perlu buat gambar pasport di kedai, just bring your ic dan pasport lama.

Post yang ni untuk update bagaimana cara untuk tambah gambar baru untuk pasport anak.
Hal yang ini sesuai untuk kes pasport anak

  • gambar asal di pasport adalah gambar ketika masih baby
  • baki tempoh boleh guna masih lama (lama lagi mau expired)

So, kisahnya, memula aku dan Abang Edi bawa dorang ni pegi ambil gambar pasport dulu di hari Sabtu.
Kononnya, kami bercadang ke Imigresen hari Ahad.

info: 
Pejabat Pasport Imigresen di Putrajaya juga dibuka pada hari Sabtu dan Ahad dari 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Nombor giliran yang diberi sehingga nombor 200 sahaja. Terhad. 

Kami sampai jam 8.40 pagi. Alamak ai... ramainya manusia.
Memang meriah la.
Dan kami dapat no 1114. Gilaks.

Dan kami juga dimaklumkan, untuk urusan pasport budak-budak ni, kena bawa gambar pasport sendiri, kena ada salinan surat beranak anak, dan salinan MyKad ibu atau bapa. Pasport asal jangan dilupa. 
Oh.. kena isi borang manual juga. Boleh download dari laman web imigresen.

Tahan juga la kami menunggu 1 jam macam tu.
Termasuk dengan masa aku dan Addin jalan kaki ke kedai runcit TopMart dekat bangunan Jabatan Pendaftaran Negara untuk buat copy surat beranak dan Mykad. 
Lepas kembali ke Pejabat Pasport, malas mau menunggu punya pasal, kami bagi no tu pada orang lain dan kami balik rumah ja. 
Datang hari Isnin ja la. 

Hari Isnin, aku pontengkan si Zara.
Seawal jam 7.30 aku sudah punch card di opis.
Jam 8.00 kami sampai di Pejabat Pasport. 

 Ok la kan. Aku orang ke no. 19

 10 minit lepas tu, no. giliran kami sudah dipanggil ke kaunter. So, kena submit borang, gambar pasport, salinan surat beranak Zara, salinan mykad aku dan pasport Zara.


Untuk makluman. 
Dokumen yang diperlukan untuk urusan permohonan pasport kali pertama, pembaharuan pasport atau gantian pasport.

 While waiting for her pasport. Boring la tu.

 Hasil kerjatangan Zara sebab boring. Dia ambil gambar kamera pasport. 
Yang ni ja yang clear. Gambar lain semua shaky.

Tempoh masa keseluruhan: 1 jam setengah la camtu. Kul 9.30, aku sudah kembali ke opis.
Dan kami dapat pasport Zara yang sudah ada gambar baru. Bayaran? Percuma. 

Kesimpulannya:

Kalau tidak suka menunggu, boleh datang on weekdays. Sebab orang tidak ramai.
Jam 9.15 aku blah tu pun, nombor giliran yang terkini baru 1070 camtu.
Cepat pun cepat sebab lebih banyak kaunter dibuka. 

Kalau tidak boleh datang on weekdays, datang la Sabtu dan Ahad.
Tapi datang awal la. Cam kul 7.30 camtu. 
Kalau berhasrat untuk datang lepas jam 9.00 pagi, might as well tidak datang langsung. 
Sebab no. giliran boleh jadi sudah habis. 
Orang memang ramai. Kawan aku datang jam 8.00 pun terpaksa que untuk ambil nombor giliran. 


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...