google analytic

Nuffnang

Thursday, April 17, 2014

Renew pasport di Pejabat Pasport, Menara Ikhlas, Presint 3, Putrajaya

Panjangnya tajuk.
Hoho.

Sebelum membuat kunjungan ke sana, aku ada baca blog orang tentang pengalaman dorang renew pasport di Presint Diplomatik.
Kena datang awal, mesti sebelum 7.30 pagi sebab ramai orang.
Senang cakap - proses yang boring.

Aku pun, dengan harapan yang berkobar-kobar, pengalaman pertama renew pasport di Lembah Klang (sebelum ni berpengalaman renew pasport di Labuan sahaja), datang la awal kunun.
Jam 7.15 aku sempat punch di opis.
7.30 pagi aku sudah sampai di Aras 3, Menara Ikhlas, Presint 3, Putrajaya.
Landmark - sebelah Istana Kehakiman.
Boleh parking di padang parking awam belakang bangunan.

Dengan berbekalkan gambar pasport yang aku buat di Alamanda (4 keping untuk RM15), pasport yang hampir luput dan kad pengenalan, aku melangkah dengan yakin, dan terkejut.
Alamak ai. Sikitnya manusia.

Not more than 10 minutes, no giliran aku dipanggil ke kaunter 9.
Bagi buku lama. Bagitau mau renew untuk 5 tahun.
Scan ic dan ibu jari kanan.
Kena ambil gambar dengan kamera sedia ada.
Sebelum tu kena pakai tudung waqaf berwarna hitam sebab tudung aku warna cerah.
Siap. Itu ja. Sekali lagi, proses itu tidak lebih dari 10 minit.
Awesome!

Tiada borang.

 Agak lengang di situ. Mungkin atas faktor - pejabat baru, orang ramai belum tahu.

Lepas tu, tunggu lagi dalam 10 minit macam tu untuk bayar RM300.
Dan diarah untuk tunggu dalam 1 jam bagi serahan buku baru.

Oleh kerana aku tidak tau mau buat apa dalam masa sejam tu, Digi aku pun setakat dapat signal Edge ja di sana, aku sempat la pegi isi minyak di Presint 8 dan beli breakfast di Presint 9.
Kembali ke Pejabat Pasport semula pada jam 9, tau-tau buku aku sudah siap pun.
Less than 1 hour!
Super awesome!

I've learnt my lessons.
Kalau mau renew pasport, sila bawa
- Tuan punya badan lengkap dengan muka dan cap ibu jari
- Pakai pakaian gelap (dari hujung kepala ke hujung kaki)
- Bawa ic
- Bawa pasport lama
- Bawa duit (RM100 untuk 2 tahun, RM300 untuk 5 tahun)
- Tidak perlu bawa gambar pasport


Next time, aku boleh datang ke Pejabat Pasport di Putrajaya dengan hati yang riang ria.
Memang akan ada next time sebab aku plan mau bawa Addin dan Zara untuk urusan tambah gambar di pasport dorang.
Dulu muka baby, sekarang sudah muka bujang/anak dara.
Hanya perlu bawa gambar pasport terkini, surat beranak asal, kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, pasport sedia ada dan tuan punya badan.
Tiada bayaran dikenakan.
Sweet :)

Syabas Jabatan Imigresen Malaysia!

Review lanjut tentang urusan tambah gambar pasport anak dicover di sini.

2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Hoho... tu sbb baru buka... dan mungkin office hour...
    dtg hari sabtu tgk...
    mmg kna Q dari jam 7 pagi...
    seriously...

    ReplyDelete
  2. Wsalam nhhas.

    Haah. Kalau datang hari sabtu memang kena sabar lebih banyak. Lambat sikit sure dapat nombor beratus.
    Pengalaman terpaksa menunggu lama di Imigresen Putrajaya saya ada cover dalam post http://jijuzera.blogspot.com/2014/05/tambah-gambar-baru-untuk-pasport-anak.html

    Datang ofis hour senang. After lunch. :)

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...