google analytic

Nuffnang

Tuesday, April 1, 2014

Legoland Hotel JB, kami datang! (2nd day)

Bangun pagi.
Aku masih agak penat. Sebab Zara tidur meragam. Datang pula selsema dia. Penangan makan aiskrim Baskin Robbin semalam mengkali.

Pagi ni, kita breakfast dulu.
Breakfast adalah included dalam harga bilik untuk semua 4 orang.

Lepas breakfast, Addin dan Zara buat kunjungan rasmi lagi ke lobi untuk main lego.
Sambil tu, aku pegi tanya kaunter kalau-kalau boleh buat early check-in for second night.
Walaupun aku tau, check-in hanya start pukul 4 pm. Dan bilik malam semalam tu pula kena check-out by 11 am.

Alhamdulillah, seawal jam 9.00 pagi tu, kami sudah boleh check-in untuk malam seterusnya. Yeay!!
So, aku dan Abang Edi naik bilik dulu untuk pack barang-barang kami dan pindahkan ke bilik baru di tingkat 2.


Addin dan Zara kami suruh lepak dulu di lobi. Main lego. Dan pesan jangan ikut orang lain. Main ja.
Lepas siap pindahkan barang segala, aku jemput Addin dan Zara ke bilik.
Kena bersiap untuk ke water park pula :)

Sebaik aku bgtau ja Addin dan Zara yang kami sedang berada dalam our room for second night, gembira la budak-budak ni. Sebab masih stay di Legoland Hotel.
Thanks to Abang Edi juga sebab sudi kasi extend nite di sini. Aku pun rasa macam malas ja mau tukar hotel :)


  Sebelum check out, aku sempat ambil gambar view dari bilik lama dulu.
Hanya menghadap kawasan kering dengan pemandangan beberapa buah teksi.

Pemandangan dari bilik baru kami.
Pukul 9 lebih. Orang sudah berbaris dan bersiap sedia untuk masuk Legoland.
Pemandangan dari bilik semalam kosong ja nampak padang pasir padang tekukur. 




 Bilik premium ni lebih sarat dengan wallpaper.
Kalau cam bilik standard semalam tu, dekat parents area, kosong ja dindingnya.
Saiz premium dan bilik themed biasa, sama.
Yang buat premium themed room ni mahai sket sebab, wallpaper yang lebih meriah dan view menghadap Legoland Park. Tu je :)
 
Lebih generous dengan barangan mandi

 Tanpa berlengah masa, kami teruskan niat berjimba ke waterpark yang tertangguh semalam.
Siap-siap dengan pakaian mandi dari bilik lagi.
Lupa pula bawa towel. Kalau mau sewa towel, kena bayar RM10 sehelai.
Di water park ni, kami siap sewa locker RM20 untuk simpan pakaian ganti.
Aku ada nampak family lain yang selamba naik lif ke bilik hotel basah-basah.
Tapi macam tidak civilised pula aku rasa macam tu. Huhu. 
Biar la lengkap berganti pakaian sebelum naik bilik.


 Gambar di luar waterpark ja la yang ada. 

Malangnya, tiada gambar dalam waterpark sebab henpon pun kami masukkan dalam beg simpan dalam locker.
Ada 3 kelemahan di sini, kami tiada kamera yang tahan air. So, tiada gambar kenangan di sana.
Dan aku lupa bawa sunblock. So, lepas mandi tu, muka ku terasa pedih sebab sunburnt. Muka Addin pun merah macam sotong bakar. 
Dan ada beberapa ride yang Zara tidak boleh main sebab tidak cukup inci. Kesian Zara. 

p/s: Better bring your sunblock!! Gila panas. (Syukur Alhamdulillah tidak hujan. Boleh juga sempat round Legoland Hotel dalam keadaan kering). Muka aku bertukar kaler jadi kelabu asap. Dalam satu minggu lepas Legoland trip, muka aku, Addin dan Zara mengelupas. Kalau pakai bedak muka, lagi la ketara pengelupasan tu.

Oleh kerana hari semakin terik. Addin dan Zara pun sudah bising haus dan lapar.
So, pukul 12.30 tengahari camtu, kami balik ke bilik. 
Makan otak-otak yang kami tapau semalam. 
Dan tidur :)

Pukul 4 petang, barulah keluar semula. 
Perut lapar mau lunch.



Lunch hari ni kami cari di Thai Tribune di Mall of Medini.
  
My favorite green curry.

Abang Edi suka chicken with basil leaves.

Ayam goreng thai untuk budak yang fussy eater.
Masih mamai tidak cukup tidur dan kepenatan.




Hari ni baru ada peluang bergambar dengan pintu masuk Legoland :)






Our first ride today, naik boat dulu.




Lepas tu, round miniland.

Bole nampak Legoland Hotel



 Buat kereta lumba kunun.


 Main keretapi.


Layan 4D Chima.


Hari ni pun round Legoland sampai tutup kedai pukul 8. 
Kena main puas-puas.
Sebab besok tidak dapat masuk sini lagi. 

Untuk dinner, sekali lagi kami ke Tepian Tebrau.
Tapi semua pun macam tiada mood mau makan banyak sebab kepenatan.
 Aku sempat tapau otak-otak.

Cakoi+tauhu bakar pun ada. RM8.
Sedap!!!

Malam ni ada gloomy sikit.

Satu, sebab Addin mau main XBox Kinetic di lobi tu tapi ditolak-tolak oleh sekumpulan budak kiasu yang tidak pandai mau sharing macam benda alah tu dorang punya pula.
Ibu dorang yang melihat pun macam tiada apa. Seolah merelakan anak dorang ni jadi selfish.
Geramnya la aku. Aku siap sound with the mothers to talk to their kids supaya Addin boleh main sama.
Last-last, Addin pula tanak main sekali. And prefer to take a rest. Dia pun sudah penat.
Duh. Somehow, aku pun paham, tidak semua budak pandai fight for themselves. 
Dan tidak semua budak suka gaduh-gaduh.
Kena pula dengan si Addin yang banyak diplomasi ni. 
Semoga anak aku ni strong la nanti. Tidak membuli orang. Dan tidak pula dibuli.

Dua, jam 10 malam ni la yang DSN umum MH370 berhenti di Lautan Hindi.
Satu Malaysia bersedih. Satu dunia meratapinya.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...