google analytic

Nuffnang

Monday, November 24, 2014

Reunion SMSL PMR '95/SPM '97 (Dinner di rumah Alen)

Sepatutnya, rancangan awal ialah BBQ dan stay 1 malam di Kundasang.
Tapi, sebab ramai yang tidak dapat hadir, cuaca pun selalu kurang baik sampai banyak kes tanah runtuh di antara KK dan Kundasang, maka kata akhir ialah just buat di kawasan swimming pool di kondo si Alen.
Then, petang tu pun hujan, jadi sekali lagi acara diubah tempatnya ke rumah Alen ja.

Ada roasted chicken, mihun goreng, sate, potato gratin, salad, tidbits macam sausage puff, smoked salmon sandwich, tuna sandwich dan stuffed egg.


Gambar awal majlis.

Jono try test power potong ayam.

Lepas tu aku lagi try test. Then give up.
Akhirnya, husband si Alen yang tolong potong. Tapi tidak digambar. Hehe.

Muka aku tengah senget pun kena amik gambar.

Lepas tu kami ada acara bertukar hadiah.
Setiap orang kena sediakan hadiah bernilai tidak kurang daripada RM50. 
Oleh kerana hadiah yang aku sudah siap beli di KL tertinggal, so aku beli lagi di KK lepas sesi piknik tadi.

Aku dapat hadiah daripada si Diana.

Vistoria Secrets set of body mists + shower + lotion.
I like!!! Thx Diana!

Dan Jono dapat hadiah aku.
Last time kami buat macam ni tukar-tukar hadiah pun Jono juga yang dapat. Hehe.

Kalau dah dapat hadiah, kena buka time tu juga. 
Aku siap tolong Jono buka hadiah.
Diana dan Alen pula yang terlebih excited di tepi tu. 
Haha.

Baking ware - casseroles and pie dish untuk orang yang suka baking.
Dan Jono pun memang suka baking.
Ngam le tu. Hehe.

Lepas tu, kami dapat hadiah face towel. 
Sumbangan ikhlas oleh si Jono.
Dan disampaikan oleh tuan rumah.
Muka aku tu pelik mesti sebab si Asraf (tukang amik gambar) buat kelakar.

Tuan rumah bagi lagi soft toys kepada kanak-kanak yang datang.
Untuk kanak-kanak yang tidak datang pun ada juga.
So, aku dapat 2 untuk Addin dan Zara.
Tapi satu tu aku bagi sama si Arin, anak si Nang. 

At last, gambar kami beramai-ramai berserta anak masing-masing (jika ada). 
Aku feeling macam gadis sunti pula sebab datang sorang tiada pakej. 
Hehe.

Malam tu, orang KL semua overnite di rumah si Alen ja.
Termasuklah si Jono dan anaknya sebab kebetulan di rumahnya tiada orang.
Jadi kami pun berjaga la sampai jam 2 pagi berborak macam zaman muda remaja. 

Kalau on vacation, aku suka bangun pagi.
Ambil gambar matahari terbit kunun.
View dari kondo si Alen ni memang terbaik!

Tu gambar Gunung Kinabalu yang nampak 3/4 ja. 

Ni gambar jam 9 pagi.
Ada Star Cruise baru masuk parking.

Next day - Breakfast at the balcony. 

Petang tu juga aku kembali ke Labuan dan jumpa dengan anak-anak yang dirindui.
Baru 2 hari 1 malam tidak jumpa kan. 
Tapi petang tu bila sampai ja aku rasa macma flat gila.
Makan dan tidur. 

Daaa.. selesai kisah mengimbas kembali memori lama zaman sekolah menengah :)

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...