Lepas solat dan unpack barang-barang, aku keluar sendiri ke Akihabara dengan naik train berbekalkan panduan yang diberikan oleh member opis aku.
Oleh kerana kabel ethernet pun disediakan di bilik, so aku sempat berfacetime dengan Abang Edi di KL dan Mama di Labuan.
Dari JICA ke stesen train terdekat iaitu Hatagaya, aku follow minah Jepun sorang ni.
Oleh kerana time kami keluar tu sedang hujan salji lebat, so aku pun tiada la excited mau ambil gambar segala pasal sejuk gila.
Minah Jepun tu pun kesejukan, inikan pula aku minah Malaysia beriklim tropikal ni.
Dari JICA TIC ke Hatagaya station, jalan kaki about 10 minit.
Minah Jepun tu ajak aku borak dalam bahasa Jepun, aku layankan ja balas dalam basic English.
Dia siap payungkan aku dengan payung dia. Baik sungguh.
Pengalaman pertama naik train, bingung.
Aku mau beli kad Suica (macam kad TouchNGo), tapi orang di station tu tidak membantu.
Tidak pandai berbahasa Inggeris, kerap sebut Pasmo (competitor untuk Suica) dan bercakap di sebalik facemask (mungkin dia sedang selsema).
Jadi, give up punya pasal, aku beli ja tiket train paling murah, 130 Yen.
Sebab kawan aku cakap, lepas sampai di station destinasi, kita boleh bayar selebihnya harga tiket di Fare Adjusting Machine.
All the station names are new for me.
Mau pegi Akihabara tu pun kena tukar station at least sekali ja.
Sekalinya, aku tersalah naik train Express.
Train yang aku naik tu skip station Iwamotocho.
Aku sudah terlajak satu stesyen, maka aku terpaksa patah semula satu stesyen.
Patut perjalanan dalam 30 minit boleh jadi 45 minit sebab aku bingung terlebih.
Alhamdulillah, sampai juga ke station Iwamotocho iaitu stesyen Tokyo Subway yang terdekat dengan Akihabara.
Sudah la sejuk, bingung. Kali ni aku tidak bertanya arah dengan Japanese, aku cari ja mana-mana foreigner, then aku tanya dorang.
Lagi senang speaking.
Sekurang-kurangnya dorang pun bingung sama macam aku.
Tertanya la juga dua orang, orang Pakistan dan Australia.
At last, aku sampai di Yodabashi Akiba iaitu salah satu mall paling besar di Akihabara.
Kunun boleh dapatkan password untuk free wifi di sini.
Just cari kaunter Tax-Free dorang di tingkat 1 atau 3.
Ni la password aku. Bagi ja pasport dan dorang akan buat registration.
But personally speaking, free wifi ni cam harem.
Macam hidup segan mati tidak mau.
Ni la barang yang berabis dan aku sudah lama aim mau beli sebaik sampai ke tanah Tokyo.
Yazawa Travel cooker. 2600 Yen sahaja.
Less than RM100. Kalau di Malaysia, RM250 suda.
Ada heater, periuk timah dan bekas makanan.
Travel cooker ni amat sesuai untuk projek travel oversea aku sebab boleh guna untuk dual voltage.
Kalau mau bawa rice cooker kita dari Malaysia ke Jepun atau USA memang buang tebiat.
Tunggu nasi masak macam mau tunggu orang bersalin pertama kali.
8 jam pun belum tentu masak.
Selain daripada travel cooker ni, aku tiada hati mau beli electronic and electrical item Jepun yang lain untuk bawa ke Malaysia sebab voltage requirement yang tidak sama.
Dorang guna 100-110 V. Kita di Malaysia guna 220-240V.
Melatup la kali kalau guna electrical item Jepun di Malaysia.
Sambil-sambil tu, aku cari toys yang tiada di Malaysia untuk Addin dan Zara.
Mama bagi aku bajet purposely untuk suruh aku cari toys for my kids and Tasha's kids dan souvenir untuk dorang yang lain-lain di Labuan.
Layang-layang untuk Addin.
Swimming float untuk Zara.
Ok. Ini saja la cerita jalan-jalan hari pertama hentam sajalah aku di bumi Jepun.
Sudah la sorang-sorang, sejuk, penat dan lapar lagi tu.
Tidak sabar mau balik untuk berehat dan makan malam.
Dan berfacetime dengan ahli keluarga :)