google analytic

Nuffnang

Friday, January 2, 2015

Bollywood fever

Minat kepada Bollywood bermula lepas demam Kuch Kuch Hota Hai pada tahun 1998.
Tahun 1998 tu aku Asasi Sains UM-Ikip Pahang.
Satu bilik dengan kawan aku orang Kelantan yang minat Shahrukh Khan tahap the max.
Nama timang-timangannya si Ita.

Lepas KKHH masuk baru la orang Malaysia minat sama si SRK dan tahu filem SRK yang lain kan.
Tapi si Ita punya tahap minat tu sampai dia boleh hafal lagu filem SRK yang lain even before KKHH belum masuk pasaran Malaysia lagi.
Jangankan setakat lagu hindustan, bahasa hindi tu pun dia boleh faham tanpa tengok subtitle.
So, bole cakap aku terjebak suka si SRK sebab pengaruh kawan aku ni la.

Aku tengok wayang KKHH 3 kali di cinema.
Almaklumlah, tiket tengok wayang GSC guna kad student di Kuantan masa tahun 1998 tu murah ja. RM5 ja rasanya.

Since then, semua cerita SRK aku tengok.
Demam bollywood terjangkit ke adik aku, Tasha dan Nurul.
Hari-hari pasang vcd lagu si SRK. Sampai bapa aku jadi pening sebab hari-hari dengar lagu hindustan.

Walaupun aku minat SRK, tapi aku tidak minat semua cerita hindustan secara general.
Aku hanya akan minat cerita hindustan yang ada pelakon yang suka ja.
Mula-mula aku minat si SRK.

Peminat SRK mesti akan suka Dilwale Dulhania Le Jayenge.
Cerita ni menjadi fenomena dalam industri Bollywood sebab sampai sekarang dorang masih ulang tayang. 
Aku suka Kajol kalau dia berlakon dengan SRK ja.


Lepas tu aku suka Sonali Bendre sebab aku nampak dia ni cantik sangat dalam cerita Duplicate sama si SRK.
So, semua vcd (time tu ada vcd ja, tiada dvd) filem hindustan yang ada Sonali Bendre pun aku beli.
Aku selalu beli vcd cerita hindustan di kedai vcd di Masjid India.
Oleh kerana dalam cerita Hum Saath Saath Hain tu ada Tabu, maka dengan sukacitanya pun aku jadi terminat si Tabu.

Terus terbeli vcd tamil tajuk "Kondukondain Kondukondain" tanpa subtitle english.
Aku dan adik-adik aku layan saja movie ni buat-buat faham tamil. 
Aku, si Tasha dan si Nurul memang suka filem tamil juga.
Tapi terhad kepada filem-filem yang ada pelakon pujaan ja. 

Then, aku terjebak suka si Aishwarya Rai pula. 
Banyak-banyak cerita si Aishwarya Rai, cerita yang ni paling manang.
But I don't like Salman Khan. Terlalu sador for my taste. 

Banyak-banyak cerita Hindustan, movie ni la yang paling menjadi pujaan sampai sekarang.
Berapa kali tengok pun mesti aku termenangis.
Teringat time tengok filem ni dalam flight MAS dari LHR ke KUL, aku tengok cerita ni jam 1 pagi macam tu.
Dalam kabin gelap ja, dan kebanyakan passenger sedang tidur.
Tiba-tiba aku menangis sorang-sorang.
Ada bunyi hingus-hingus lagi tu. Bodo. Haha. 

Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001) adalah cerita hindustan paling last aku tengok.
Then, aku tidak peduli sudah perkembangan Bollywood.
Kecuali si Tasha dan Nurul.
Dorang masih follow SRK.
Dorang punya tahap minat hindustan ni sampai boleh buat party hindi dance dalam rumah.
Tiru gaya SRK tempang macam dalam cerita Kabhi Alvida Naa Kehna la.
Menari mcm si SRK dalam Jab Tak Hai Jaan la.

Aku buat dek ja.
Tengok tv pun aku tiada masa, inikan pula tengok cerita hindustan 3 jam.


Until recently. Si Addin yang beria mau tengok.
Sebab cerita ni adalah cerita superhero.
So aku subscribe cerita ni di Astro First. 
Tergezut aku filem hindustan sekarang sudah semakin seksi meksi.

Keterjebakan aku dalam filem hindustan tahun ini adalah didorong oleh minat travel aku yang agak menjadi-jadi.
Ceritanya, tempoh flight kami ke London dari KL tu kan lama 12 jam lebih.
Aku malas mau tengok cerita orang putih sebab tiada subtitle.
Kalau mau harap telinga aku ja untuk faham jalan cerita macam susah sebab suasana dalam kabin bukan la senyap sangat.
Jadi, aku sengaja pilih cerita yang ada subtitle.
The best bet is - hindi film. 

Aku tengok cerita ni dalam flight dari KL ke London.
Syiok la pula.
Patut la si Nurul beria-ia ajak aku tengok cerita ni. 
Terus aku tersuka dengan si Deepika Padukone ni.

Movie ni pula aku layan dalam flight dari KL ke Labuan.
Si Deepika sama Ranveer Singh.
Ini pun mantap.
Adaptasi Romeo and Juliet konon.

Movie ni sudah agak lama tapi aku baru berpeluang tengok dalam flight dari KL ke JB.
Oleh kerana flight tu kejap ja, so first half tengok dalam flight dari KL ke JB.
Second half dalam flight dari JB ke KL.
Sri Devi masih berbisa. 

Walaupun aku suka tengok filem hindustan, tapi tidak la sampai aku subscribe Astro Bollyone HD.
Mahal bah. (Mahal ka? Bukan RM5 ja ka sebulan.. Alasan.. haha)

Nasib baik aku ada HyppTV.
Dengan HyppTV ni kami subscribe Mega Pack sebab si Addin dan Zara mau tengok Nick Jr. dan Discovery Kids yang tidak ditawarkan kalau ambil pakej biasa ja.
Dalam Mega Pack ni, ada la pula channel hindustan Sony Max yang banyak tunjuk cerita hindustan baru sealiran dengan market di US dan UK.
Every weekend akan ada cerita terkini hiburan sensasi.
So ok la, anak aku ble tengok Diccovery Kids, Mummynya tengok hindustan. 
Ngam banar. 

Semalam, aku termelekat tengok cerita ni di Sony Max.
Aku tengok cerita ni pasal ada si Deepika tu.
Boleh tahan kelakar juga si Ranbir Kapoor dalam cerita ni. 
Rabir Kapoor ni anak si Rishi Kapoor.
Pada pendapat aku yang daif ni, he is a natural born actor. 

Kesimpulan:
Filem hindustan sekarang lebih colorful dan berani daripada filem hindustan time aku muda remaja dulu.
Sekarang suda ada kissing scene selamba-selamba.
Pelakon perempuan dan lelaki sudah pandai jaga badan.
Mana ada yang buncit-buncit semata-mata harap talent ja.

Tiada motif aku buat post.
Saja mau lepas tension sebab buat report yang bikin pening kepala. 

Akhir kalam, silakan tengok dance video clip Madhuri Dixit dan Prabhu Deva yang meletup sambil miming lagu tajuk Kay Sera Sera dari filem Pukar.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...