google analytic

Nuffnang

Thursday, January 22, 2015

Hari Kedua di Tokyo - 22 Jan 2015

Ohayou Gozaimasu!!

Ambil gambar di balkoni bilik.

JICA TIC ni sebelah fire academy.
So, boleh dengar dorang ni tengah buat latihan.

Hari ni kami ada briefing.
Siap kena ajar cara guna train di Tokyo.
Tapi sebab aku sudah learnt the hard way semalam, jadi briefing pasal train ni sudah terasa senang untuk aku. 

Dalam kelas ni, baru la aku tau yang kelas ni ada 11 orang peserta termasuk aku.
Yang selainnya: 2 orang dari Bangladesh, 2 orang dari Myanmar, 2 orang dari Zimbabwe, seorang dari Brazil, seorang dari Cook Islands, seorang dari Niue dan seorang dari Timor Leste.

Lepas tamat kelas, aku teruskan dengan sesi ronda Tokyo.
Hari ni terasa amatlah yakinnya. Ditambah dengan bekalan peta train Tokyo dan ilmu di dada hasil briefing staff JICA.
Mula-mula aku singgah ke Shinjuku dulu untuk temankan kawan baru aku dari Zimbabwe. 
Dorang ada masalah luggage yang tidak sampai so kena cari baju untuk bekalan 1-2 hari. 
Kesian dorang. 

Oleh kerana hari ni yakin terlebih, aku beli Pasmo card 5000 yen sebab aku tau aku memang akan banyak berjalan guna train.
Suica card tidak available di stesyen yang bukan JR line tapi sama ja fungsinya dan boleh diguna di semua train station di Tokyo ni.


Then, aku teruskan journey aku ke Roppongi.

Khas untuk menunaikan pesanan Abang Edi yang mau aku belikan t-shirt HRC.

Bagus betul dorang ni sebab siap balut paper bag tu dengan plastik.
Time aku membeli tu ada hujan renyai-renyai.

Time membayar t-shirt di HRC tu, baru aku perasan yang Pasmo card aku tu sudah hilang. 
Tercicir mana-mana ntah. Aduhhhh... Banyak tu.. 

Sedih punya pasal, aku pun beli Pasmo card baru tapi kali ni dengan harga 3000 yen ja.
So kalau hilang pun tidak la rasa ralat sangat.
Dan instead simpan di poket ja, aku masukkan dalam plastic tag yang ada kad Jica dan meal card aku di lanyard aku.
InsyaAllah tidak hilang sebab akan sentiasa di tengkuk aku asal aku keluar bilik.
Kenapa la aku tidak terfikir awal-awal tadi. Huhu. Tiada rezeki betul.

p/s: Nasib la aku dapat sepasang t-shirt HRC free sebab ada promosi beli 3 percuma satu (daripada koleksi yang rare size). Aku beli 5 pasang. Sepasang tshirt yang free tu saiz XL. Aku minta Abang Edi cari buyer pada harga RM100. Dapat la cover kerugian hilang Pasmo. 

Then, dari Roppongi aku menuju ke Shibuya untuk melihat Shibuya Crossing yang terkenal itu.


Merawat kesedihan hilang Pasmo card dengan tengok Shibuya Crossing ni.
Gambar ni aku ambil dari port terbaik di Starbucks Tsutaya. 
Aku buang masa about 20 minit di sini sambil minum ice blended yang aku pun sudah lupa apa namanya.
First time sebenarnya aku beli Starbucks. 
Semata-mata mau tengok ni Shibuya Crossing. 
Kurang-kurang ada 5 orang tourist tumpang mau ambil gambar di port aku yang paling strategik tu.

Lepas habis ice blended aku tu, aku pun turun.

Aku pun sibuk-sibuk mau juga merasa bersesak-sesak sama dorang crossing sana. 

Sempat beli 2 biji onigiri ni as bekal aku untuk field trip besok.
Kalau ada bekal aku boleh jimat masa, tidak perlu cari makanan di lokasi field trip.
Dan boleh curi masa untuk solat ketika yang lain keluar cari makanan. 

Gambar onigiri ni aku dapat dari kawan aku Muneer yang pernah belajar di Jepun.
Ni adalah senarai onigiri yang berintikan makanan laut. 









No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...