google analytic

Nuffnang

Tuesday, June 9, 2015

Pulau Tioman (Hari Kedua - 3 Jun 2015)

Rise and shine.
Aku bangun seawal subuh untuk solat subuh dan niat untuk mencari pemandangan matahari terbit.

Hanya boleh nampak rona merah sedikit di hujung lereng bukit.
Maknanya, Berjaya Tioman Resort bukanlah lokasi yang sesuai untuk melihat matahari terbit.

Tapi pemandangan ini tetap cantik.

Ada sepasang manusia yang bangun awal sedang bermain di pantai.

Motif ambil gambar kaki ayam?

Pasirnya kasar di sini

Jom pegi makan sarapan.
Bilik yang aku booking ni comes with breakfast for 2 adults.
Aku pi lobi semalam tanya breakfast untuk budak-budak.
Dorang cakap RM18 untuk sorang budak.
Tapi receptionist tu bagi aku special rate RM15 untuk sorang budak.
Aku setuju dan dia pun bagi kupon breakfast untuk budak bagi 3 hari.
Tiada tempat lain untuk breakfast pun di area sini (kecuali keluar jauh lagi hingga ke Kampung Tekek) sebab Restoran Delima di luar tu hanya beroperasi dari lunch hingga dinner ja.

Hasil syot si Addin.

Budak ni pandai makan.
Tidak banyak songeh.

Aku suka betul menu ni.
Fettucine with creamed spinach.

Budak ni makan cereal ja.
Berabis la aku suruh dia makan banyak supaya kasi berbaloi tu bayaran RM15.

Pagi-pagi tidak ramai sangat orang. 
Sebab ramai yang pegi trip snorkeling.

Ada 2 jenis slide, slide panjang sket dan slide pendek sket.
Aku rasa ada lebih 100 kali budak-budak ni main di slide tu.
Very the popular activity. 

Bibir ja merah.

Dorang bole buat kawan lagi.
Hari-hari ada kawan baru.

Aku penah try sekali ja slide di sini.
Sebab aku terpengaruh dengan seorang mak dari Korea Selatan yang selamba main slide dengan anak dia.
Sepatutnya, slide tu hanya boleh digunakan oleh budak yang tidak lebih 30 kg atau berumur bawah 15 tahun.
But she really is look like teenager. Hebat.

Budak baju putih tu ialah anak orang Korea tu.
Anak aku mungkin tengah memanggil budak Korea tu.

Pemandangan chalet kami dari atas slide.
Very the near.

Kolamnya pelbagai.
Kalau satu hari mandi kolam ja pun sudah cukup puas hati untuk anak-anak aku.
Dan dorang cukup suka sebab kolam dewasa tu ada bahagian dengan depth sedalam 1 meter saja.

Zara yang masih perlu disokong dengan pelampung. 

Lepas habis sesi swimming dari jam 9 pagi sampai 12 tengahari, balik bilik 207 dulu untuk bersiap pegi lunch pula.

Dari bilik ke luar resort kami lalu ikut jalan padang ni.

 
Zara yang mengambil syot.

Pengangkutan popular di sini.
Senang bawa barang.

Restoran Delima hanya beberapa langkah daripada pintu besar ni.

We are here.
Makan sedap.
Free wifi.
Terbaik.

Ketika balik menuju ke resort, ternampak la bapa biawak besar ni.

Berposing di pantai dulu kunun.

Zara memutik kulit siput.

Lepas makan tengahari, kami semua berehat petang.
Housekeeping datang mau kemas bilik pun aku cakap terima kasih ja.
Hanya tukar tuala bersih dan replenish bahan minuman panas dan toiletries.  
Zara pula main jual-jual sorang-sorang.
Tahan betul mata dia.

Lepas afternoon nap dan Addin dan Zara sambung acara bermain di swimming pool lagi.
Aku join sekejap ja.
Yang best di Berjaya Tioman ni, kalau balik bilik waktu petang ja, mesti ada disediakan 3 keping biskut free di atas meja. 
Sedap tu tidaklah sangat. Kalau sudah lapar tu, apa pun bedal saja la.
Tapi tiada gambar biskut. Minta mahap.

Malam ni kami dinner di Restoran Sri Nelayan ja.
Malas mau berjalan jauh ke Restoran Dilema.
Kami ambil ala cart saja.
Kalau mau ambil bbq buffet mahal betul.
RM80 untuk dewasa, RM40 untuk kanak-kanak.

Bagi la budak-budak ni makan aiskrim sekali sekala.

Kami order nasi goreng ayam, kids meal nugget set dan mushroom soup.
Nugget tu tidak habis.
Membajir. So tapau bawa bilik.

Lepas dinner, kami ke lobi untuk book bagi snorkeling trip ke Coral Island.
Abang kaunter tu siap bagi diskaun RM10 seorang.
Harap-harap cuaca bagus besok sebab kalau tidak bagus, kami tiada masa sudah mau bersnorkel di Tioman. 
Lusa sudah mau balik.
Rugi la.  

The rest of the night dihabiskan dengan menonton filem Pitch Perfect 2 yang aku download siap-siap dari KL.
Sambung dari Macbook Air ke TV hotel guna kabel HDMI yang dibawa khas dari rumah.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...