google analytic

Nuffnang

Tuesday, June 9, 2015

Pulau Tioman (Hari Ketiga dan Keempat - 4 dan 5 Jun 2015)

Yeay! Inilah hari yang ditunggu-tunggu.

Detail snorkeling trip yang ditawarkan oleh tour agent di Berjaya Tioman Resort adalah seperti dalam gambar ini.
Sila telengkan kepala anda.

Picture perfect.

Perjalanan ke lobi.

Trip kami start jam 9 pagi.
Sila jalan kaki ke jeti Berjaya Tioman.
Addin dan Zara pacik tour bawa naik motor.
Lucky them.

Tinggallah kami berdua berjalan berdua-duaan.
Peserta trip lain sudah sampai di bot.
Kami kelambatan sikit pasal Abang Edi terpaksa melakukan kunjungan ke Kampung Tekek untuk mengeluarkan duit di BSN. 

Moral: Sila bawa cash yang banyak di sini.
Terutama sekali kalau mau makan di luar dan bayar pakej snorkeling.
Mereka tidak terima kad kredit.
Kalau mau makan di hotel ja, maka boleh gores dan menang.

Jeti dari kejauhan.

Love this picture.
Cantik betul langit.

Ok, ready to go.

Sampai di lokasi pertama, pantai Pulau Tulai. 

Macam sesi warming up sebab kami kena bawa ke pantai ja.
Airnya jernih tapi ikan tidak banyak.

Alamak, langit mendung.

Benda macam baby lipan putih ni suka gigit aku.

Zara sudah mula boring.
Main pasir ja.

Hujan sekejap.
Nasib baik hujan ni lalu ja. 
Kalau tidak rosak program.

Next stop, Tulai Island tapi spot dalam sikit.
Banyak coral.
Yezza!

Meriah betul ikan di sini.

Coralnya pun cantik-cantik.

Lepas tu kami ke Shark Point berdekatan Kampung Salang.
Orang bot tu cakap kalau kami bertuah, boleh jumpa shark yang takut sama orang.
Aku tidak mau jumpa shark.
Tapi aku happy sebab Addin dan Zara makin konfiden bersnorkel. 

Makan tengahari di Salang Sayang.
Makan boleh tahan. Harga ja tak bole tahan.

Aku rasa cam nasib baik tidak stay di area ni.
Sebab aku rasa macam boring.
Berjaya Tioman tu memang syiok.

Kalau mau naik teksi dari Salang boleh la ambil servis dorang ni.

Seterusnya, ke Taman Laut Tioman.

Sini tiada coral. Ikan ja banyak. Besar-besar pula tu.
Aku nampak ikan putih, aku terbayang masak kari ja ikan tu.

Dua sekawan yang suka hati terjun bot naik platform pelampung tanpa memperdulikan kami.

Last stop, Pulau Renggis.
Sini pun ada shark juga.
Abang Edi dan Addin bertuah nampak shark.
Aku dan Zara tidak bertuah.
Tapi aku happy pasal tidak nampak tu shark.

Budak dua orang ni memang konpiden suda turun naik bot mau snorkeling.

Selesai sesi snorkeling jam 3.30 petang, budak dua orang ni sambung sesi swimming pool pula.
Aku dan Abang Edi bagi dorang can sebab hari ni last dorang ble mandi manda sini.
Besok mau balik KL suda.

Sampai tertidur-tidur Abang Edi tunggu Addin dan Zara.

Aku turun ke pantai depan Berjaya Tioman ni rasanya 2 kali ja.
Satu mandi kejap sorang-sorang lagi satu yang kami strolling on the beach satu family.



Senja. 
No obvious sunset view here. 
Well, I'm okay with that.

Malam tu kami makan di Restoran Delima pula.
Order siakap tiga rasa.
Mabeles.

Hari last kami di Berjaya Tioman Resort.
Addin dan Zara bising sebab kami sudah mau kena balik KL hari ni.
Dorang mau lama-lama di sini kunun.
Next time le ye anak-anak.


On the way ke Restoran Sri Nelayan untuk breakfast, terserempak dengan encik katak yang ingin melarikan diri.

Panorama shot while breakfast.
Restoran ni besar.
Makanan pun sentiasa kena refill.

Gambar last di sini.
Kami mesti sedia di lobi pada jam 9 pagi untuk check-out dan naik bas yang disediakan. 
By 9.30 kena sudah ada di jeti untuk boarding naik feri.
Feri ke Tioman jam 10 pagi.

Last picture of the pool site.

Gambar depan chalet kami.

Selesai urusan checkout, sementara menunggu bas, Zara sempat menelaah kolam depan lobi untuk tengok anak ikan berenang-renang.

Tiada gambar di jeti.
Patut feri jam 10 pagi, tertangguh pula jadi 10.45 pagi.
Sudah la kami yang paling awal sampai dan menunggu di sana.
Nasib la. Yang penting dapat naik feri.

Selama dua jam tu, Abang Edi tidur ja untuk bekalan tenaga drive ke KL.
Zara tengok kartun Big Hero dalam ipad.
Addin tengok movie The Cobbler guna Macbook.
Aku main game Candy Crush Soda guna iphone.
Sekejap ja 2 jam tu rasanya.
Syukur Alhamdulillah.

Kami sampai di Jeti Tanjung Gemok around jam 12.45 petang macam tu.
Tepat jam 1.15 petang kami menuju balik ke KL dengan ikut jalan Muadzam Shah-Bahau.
Singgah makan di Kuala Pilah.

Kesimpulan:

Low expectation aku membuahkan hasil.
Aku rasa percutian ini amat berjaya.

Perjalanan menggunakan feri dari Tanjung Gemok ke Tioman tidaklah macam neraka sebagaimana review tourist yang lain. 
Walaupun aku pegi ketika cuti, tetapi masih manageable.
Tiada unsur perebutan.
Cumanya, memang perlu penambahbaikan.
Oh dan kalau dorang letak movie Upin Ipin dalam feri tu pun lagi siok rasanya daripada pasang karaoke Abang Awie. 

Berjaya Tioman Resort pun amat kena dengan citarasa kami sekeluarga. 
Makan sedap.
Bilik besar, bersih dan selesa.
Servis pun ok.
View dari bilik kami cantik. Dekat pula tu dengan pool dan restaurant.
Breakfast pun sedap. Hari-hari tukar menu utama. Jadi tidaklah boring.
Aku punya favorite: Fettucine with creamed spinach, roti canai, cold muesli dan bubur nasi.
Kalau rasa mau makan di luar, boleh try Restoran Delima yang menyediakan makanan yang sedap juga dan servis yang bagus.  
Free wifi disediakan di lobi.
Di Restoran Sri Nelayan dan di bilik tv pun ada juga wifi tapi macam tiada. Haha.

Digi aku pula amatlah cemerlang di Tioman ni. Setakat dapat Edge ja. Tapi tiada internet. 
Maxis Abang Edi pula dapat 3G. So, aku selalu minta ehsan hotspot atau pinjam ja iphone Abang Edi.
Kalau tiada data pun apa salahnya.. barulah nama bercuti dan berhubung dengan alam semulajadi.
Kan.. 

Satu ja aku rasa kureng dengan Berjaya Tioman ni.
Pasir dia macam kureng cantek sikit. 
Lepas tu ada amaran sandflies. Tapi aku tidak nampak pun dimana tu sandflies.
Amaran tu bikin aku fobia.


Jadinya, pasir yang kureng cantek dan hal sandflies ni menyebabkan aku kurang berminat mau menjengah ke kawasan pantai Berjaya Tioman.
But don't get me wrong. Pantainya bersih sebab mungkin dimaintain oleh staff Berjaya Tioman.
And I don't mind. Aku bukan gila main pasir pun.
Dan dalam masa yang sama, banyak ja family lain yang melepak di pantai.
Buat istana pasir, mandi laut. So, maybe, pantai di sini adalah ok. 


Lepas tu, pengalaman snorkeling kami dengan pakej Coral Island memang mengagumkan.
Setakat ni kami pernah Snorkeling di Perhentian, Mabul dan Kapalai, Krabi dan terkini, Tioman.
Kapalai memang top. Tioman ada kalah sikit.
Tapi kalau mau banding Tioman dengan Krabi, senang ja Krabi kena tapau. 
Sudah la pengunjung yang datang snorkeling di kawasan Tioman ni pun manageable ja. 
Tidak ramai dan sesak sangat macam Krabi tu.
So, memang just nice.  
Moralnya, sokonglah pelancongan dalam Malaysia sendiri. 

Aku berterima kasih kepada Abang Edi yang meyakinkan aku untuk menjejakkan kaki ke Tioman. 
Aku tidak akan teragak-agak untuk repeat ke Tioman - provided aku ada mood untuk perjalanan darat selama 4 jam dan feri 2 jam.

Daa Tioman.
Semoga jumpa lagi. 

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. abang wan nak bagi tahu kepada tuan / puan bahawa abang berninaga tiket feri ke pulau tioman. boleh lawati link tersebut Tioman Ferry Ticket Reservations

    ReplyDelete
  2. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

    Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays
    www.kitaholidays.cf

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...