google analytic

Nuffnang

Friday, October 2, 2015

Musim Bunga di Perth 2015 - Percutian Adik Beradik (Tips, lain-lain dan kesimpulan)

Simcard untuk call dan data di Australia

Aku beli simcard Optus di area arrival di airport Perth. 
Nurul la yang mengajar aku ni.

Si Nurul sudah sedia bawa simcardnya yang dia beli di Melbourne Jun lalu.
Mula-mula dia tidak mau bawa kunun kot-kot simcard tu sudah tidak laku.
Rupanya masih boleh guna. 
So, dia reload AUD10 saja untuk extra credit dan 4 hari penggunaan data. 

Aku pun join juga la.
Beli simcard pada harga AUD2. 

Muka depan pek simcard.


Staff Optus tu tulis nombor telefon aku di tepi kiri pek tu. 

Mau check balance pun senang ja. Just text BAL dan hantar kepada 9999.
My credit expired on 23 Mac 2016.
So maknanya aku kena pegi Australia lagi sebelum tarikh tu.
ETA pun masih lepas lagi. Hehe. 

Kalau mau guna data, reload AUD2 untuk sehari dan boleh dapat 500mb.
So sebab aku ada di sana 4 hari, jadinya aku reload la AUD8.
Bukan aku yang reload pun.
Aku bagi duit ja.
Kerja reload dan tukar simcard tu, semua staff di kedai Optus tu yang buat.

500mb tu banyak tu untuk guna satu hari.
Aku yang pakai Digi Ambassador plan ni pun ada limit 3Gb data ja untuk satu bulan.
Nasib baik di opis dan rumah ada wifi internet kan. 

Ini 500mb satu hari ni babe.
Setakat mau google info, access Facebook, Whatsapp, Instagram, tengok youtube dan guna smartphone untuk guna google maps dan waze tu, memang lepas la.  



Mod komunikasi kami - Facetime.
Budak-budak ni guna ipad call aku. 
Hari-hari tanya mana toys, mana toys.
Aku call Abang Edi pegi Iphonenya.
Pastu kami ada juga Facetime Mama, si Lina dan si Tasha.
Semua pakai Apple products. Senang.
Tidak perlu install 3rd party apps untuk buat video or voice call over data. 

Guna Optus ni lagi lah senang. 
Data coverage memang kuat. 
Takat mau facetime tu memang tiada masalah. 

Aku tidak berapa paham sangat dengan konsep credit untuk buat call kalau guna simcard ni.
Bila masa aku recharge untuk ada credit tu pun aku tidak tau. 
Tapi apa yang aku tau, aku bayar AUD10 tu kan, selain guna data untuk 4 hari, call Malaysia pun bole. 
Selamba ja aku call Abang Edi guna kredit simcard tu.

Jalan-jalan naik bas dan shopping kecil-kecilan di Perth City

Kami naik bas ke Perth City dari apartment kami pada hari kedua terakhir kami di Perth.
Sengaja tidak bawa kereta sebab aku tidak mau bayar parking mahal.
Lagipun kami berdua ja. Sihat walafiat.
Boleh jalan kaki. Senang urus. 
Satu hari kereta sewa kami tidak berjalan. Rugi AUD44 di situ.


Dalam bas free. 
Semua panduan naik bas ni aku dapat dari Google Maps saja. 
Boleh naik bas no. 15 ye. Stop di Roe Street Bus Station.

Banyak gambar si Nurul candid time aku sedang tengok henpon.
Aku bukan bersosial media saja-saja tu.
Aku ni tour guide tidak bertauliah. 
So, kena banyak tengok google maps, waze dan survey info from internet. 

Di Perth Station menghadap  bangunan Forrest Chase.

Tidak banyak gambar kami di bandar Perth ni. 
Time ni aku baru lepas shopping di Perth.
Beli baju gaun Zara AUD12. 
Seluar Addin AUD5.



Botol air Addin dan Zara BPA free AUD1.
Mana mau dapat botol air yang BPA free di Malaysia dengan harga RM1 or RM3 ja?
Tiada.

Bekas makanan Systema.
Harga hanya AUD6 saja.
Susah mau cari ni di KL pun. 
Aku beli ni sebab aku rajin bawa bekal ke opis.

Si Nurul beli ni glass screen protector.
Dia kata kalau di KL easily dapat pada RM50. 

Pastu kami ada pegi Watertown juga.
Mau juga tengok apa yang hype sangat menjadi kegilaan rakyat Malaysia kalau ke sana ye tak.
Dan memang ramai sangat orang Malaysia di sana.
Ada yang friendly tu kami saling tegur menegur bertukar senyuman.

Ada sekumpulan Malaysian ni, semua bersuit.
Aku suspek dorang ni mesti ada meeting la. Mungkin government servant kot.
Nampak gaya macam tu.
So, one of the rombongan ni tanya kami: belajar di sini ka? Dari mana?
Kami pun cakap la.. Datang makan angin. Dari Sabah.

Encik tu pun excited dan bagitau bos dia "Datok, ni ada orang dari Sabah.."
Aku pikir encik tu cakap macam tu pasal bos dia orang Sabah ke.
Rupanya tidak. 
Orang tua tu tidak langsung menoleh pun ke arah kami, siap buat muka ek pula.
Wah.. walaupun aku masih teringat pasal hal tu tapi time tu aku dan si Nurul apa ada hal. 
Lagi nyampah ada la. 
Kalau rasa hebat sangat, apa kelas pegi outlet mall ja kan. Huhu. 

**Wah.. sebenarnya, ada 3 orang Malaysia juga la tanya aku ni student sana ka. 
Aku rasa macam kembang lubang hidung pun ada sebab kalau orang tanya macam tu, adakah kerana aku kelihatan seperti orang muda? Woohoo..
Nampak macam bujang dan budak-budak la kan pasal aku pegi sana bedua dengan Nurul yang memang sempoi sepanjang masa tu.
Cuba kalau aku pegi sama Abang Edi dan Addin dan Zara.
Terus nampak macam macik-macik. Haha. 

Mau kata best sangat Watertown tu tidak la.
Macam besepah ja.
Murah sangat pun tidak.

Tapi di kedai Quiksilver ni memang best. 
Ada 60% discount.
Aku beli renang top macam ni pada harga AUD20 saja lepas diskaun.
Ngam-ngam Abang Edi pun sedang mencari baru macam ni.


Ni si Nurul punya hasrat pula mau mencari pennyboard.
Yang simple macam ni AUD9.90 ja.

Yang kilat-kilat ni harga AUD20.
Si Nurul beli warna biru tu. 

 Masa untuk pulang ke tanahair

Flight kami jam 4.45 petang.
Lepas kami piknik di Kings Park, beli pie di Danish Patisserie, isi minyak dan parking kereta sewa, terus rilek jap di area arrival di airport.

Aku sempat la solat di bilik untuk beribadat yang disediakan di Perth International Airport tu.
This is what I found.
Dekat tempat ambil air sembahyang tu, ada tisu kering yang disusun rapi.
Tup tap ada tisu kotor diletakkan di tepi macam tu saja.
What the...

Dan ada tisu basah di paip air juga.
Di lantai ada air berkecah-kecah.

What the... Malu la dengan orang Australia yang jadi cleaner bilik meditasi ni.
Tambah malu kalau cleaner tu bukan beragama Islam.
Pasal orang Islam ja yang kalau beribadat mau berwuduk dulu kan.
Pastu biar tidak kemas macam tu ja.
Nasib baik sejadah dan telekung tidak disediakan.
Kalau disediakan pun tidak tau la macamana rupanya. 

Kami hanya check-in beg aku yang kecil tidak sampai 10kg ni dengan pennyboard si Nurul. 

Tidak sabar untuk balik Malaysia. 

Nurul ambil gambar aku ni sebaik kami duduk dalam flight.
Aku rasa mesti aku baru terbaca something funny ni. 
Masuk ja kapal, aku tukar dari shawl ke tudung sarung ni.
Pastu seluar jeans tukar jadi seluar track.

Full flight. 
Lusanya akan raya haji di Malaysia.

Layan perasaan

Setakat ni, aku pernah pegi Gold Coast, Sydney dan sekarang Perth. 

Di Gold Coast, orang localnya baik-baik dan peramah. 
Tapi yang migrant pula belagak. Macam bagus. 
Sedangkan kerja bawa bas ja, tukang masak ja.

Di Sydney, orang localnya pun baik-baik tapi tidaklah peramah. 
Masing-masing busy. 
Migrant yang mata sepet pula belagak. 
Macam haram. 
Yang dari middle east ni pula baik-baik. 
Terasa brotherhood dan sisterhood di situ.

Di Perth ni pula, semua orangnya baik-baik dan peramah. 
Tidak kisah la yang local mat salleh ka, yang migrant ka, PR ka.. Mata sepet ka, muka arab ka. Semua baik. Even orang Malaysia yang melancong ke Perth pun kebanyakannya lebih friendly daripada orang Malaysia yang aku jumpa di tempat lain samada di Australia dan di Europe.
Mungkin di Perth ni ada aura sopan santun agaknya.
Terasa keharmonian di situ.

Sumber rujukan sebelum ke Perth

Aku banyak refer info daripada group Tips Cuti-Cuti Perth di Facebook.
The admins and members are helpful.

Pastu aku suka follow ig @salamduabenua.
Apa yang dia beli dan makan di Perth tu, semua pun aku rasa macam mau beli dan makan juga.
Cheese la, instant pudding la.
Jadi aku rajin la masuk Coles, Woolworth, Supa Iga semua.
Sampai si Nurul boleh cakap "Apa lagi yang salamduabenua tu suruh kau beli?"
Hoho..

Ok la..
Sudah banyak mengarut aku ni.

Till we meet again, mate!
I hope I can go there again. Next time I will bring my troops down there. :)

Araluen Botanic Park
Fremantle
Crawley Edge or Blue Boat Shed & King's Park and Botanic Garden
Malibu Apartment - Hotel Review 
Kereta sewa dan pengalaman memandu di Perth
Cerita pasal makan di Perth

Musim Bunga di Perth 2015 - Percutian Adik Beradik (Kereta sewa dan pengalaman memandu di Perth)

Kereta sewa

2 minggu sebelum ke Perth, aku book kereta dengan Thrifty melalui laman web dorang.
Ketika ni, Thrifty punya rate la yang paling murah untuk kategori small car dengan kendalian automatik di antara car rental yang lain contoh seperti Avis dan Budget.

*Kalau booking dengan Avis, bole dapat MAS Enrich point. Kalau booking dengan Budget, bole dapat Airasia BIG point. Booking dengan Thrifty, tiada point. 

Kereta cumil Mitsubishi Mirage.
Kami sewa pada rate AUD178.02 dengan standard damage cover untuk 4 hari.

Standard damage cover comes free with the rental rate.
Tapi kalau ada apa-apa jadi pada kereta tu, tak kisah la aku yang salah ka, orang lain yang salah ka, aku kena bayar gantirugi sehingga kadar maksimum AUD4000.

Kalau mau kasi up lagi tu damage cover, boleh tambah pakej Premium Protection pada kadar AUD27 sehari. Maknanya AUD108 atau lebih kurang RM350 untuk 4 hari.  
Kadar gantirugi akan diturunkan daripada AUD4000 hingga ke AUD500. 
Dan kadar tersebut tidak cover kerosakan pada tingkap dan tayar kereta.

Kalau mau up lagi, boleh la ambil pakej Ultimate Protection pada kadar AUD33 sehari. Maknanya AUD132 atau lebih kurang RM400 untuk 4 hari.  
Pilih pakej perlindungan yang ultimate ni untuk total peace of mind. 

Aku boleh kata agak menyesal juga sewa kereta tu, sebab, mahal.
Kami dua orang sihat gagah perkasa patutnya boleh ja ke mana-mana naik public transport jalan kaki kan. 
Isunya di hari pertama tu ialah luggage. 

Flight kami landed di Perth jam 5.30 pagi.
Check in apartment jam 2.00 petang. 
Tapi apartment kami jenis tiada receptionist dan tiada kemudahan simpan luggage.
Takkan la mau mengusung luggage naik bas jalan kaki ke hulu hilir , ye dak.
Aku pula bawa beg yang kena tarik bagai. Silap di situ. 
Akhirnya, sewa saja la kereta tu walau mahal pun. 

**Kalau mau travel di Perth naik public transport dan jalan kaki saja, sila cari accomodation yang ada kemudahan simpan beg di sekitar Perth city. Senang urusan. 

Dan oleh kerana aku tidak ambil damage cover yang lebih mahal (if not kami akan belanja almost RM1000 only for kereta sewa yang digunakan oleh 2 orang passenger saja), boleh dikatakan, aku memang tidak tenang bawa kereta di sana.
Sudah la ada orang post di Facebook ada kejadian pecah kereta di King's Park, lagilah bikin aku cuak. 
Nasib la tiada kejadian yang buruk berlaku ke atas kami.
Kalau tidak, bayar ja la tu gantirugi. *Nangis. 

Oh.. tidak perlu sewa GPS dari car rental. 
Guna ja google maps atau waze sedia ada.
Google maps tu, guna untuk naik public transport pun ngam. 
Bagitau ja kita dari mana nak ke mana, google maps akan bagi option perjalanan yang sesuai.
Siap bagi lokasi bus stop terdekat dan nombor bas yang perlu kita naiki untuk sampai ke destinasi. 

Just use your existing GPS apps.

Pengalaman memandu di Perth

Sepanjang setakat 4 hari 3 malam aku berada di sana, aku perhatikan signage tunjuk arah jalan di Perth ni memang cukup jelas. 

Lepas tu, dorang implement had kelajuan yang tidak laju untuk orang Malaysia contoh macam aku ni.
Jalan dalam kawasan perumahan, 40 km/j.
Jalan besar sikit dalam kawasan kampung, 60 km/j.
Jalan besar lagi yang ada lebih daripada satu lane, 80 km/j.
Di highway, 100 km/j sahaja. 

Ada logik sebenarnya hadlaju di Perth di dilimitkan kepada angka-angka seperti di atas.
Ya la.. dibuatnya ada kangaroo melompat melintas di tengah jalan, kuranglah damage nya kan.. 
Kangaroo, kereta dan driver semua selamat. InsyaAllah. 

Halaju yang sebegitu membuatkan aku sedikit tenang. 
Kalau aku terhegeh-hegeh memandu ikut halaju yang ditetapkan, contoh pada 60 km/j, tiada siapa yang akan hon dan menjeling aku. 
That's the rule, so just follow the rule.
Kan elok bawa pelan-pelan, maka kereta sewa aku yang ada standard protection tu hanya terdedah kepada risiko kemalangan yang sedikit. 
Syukur. 

So, senang cerita, siapa yang ada masalah keyakinan diri mau memandu tu, memang ngam la memandu di Perth ni.
Amat membantu meningkatkan jatidiri sebagai pemandu.
Bila aku balik Malaysia pun, sekarang ni, aku try to keep to the speed limit.
Harap-harap tabiat baik ni diteruskan. 
(Baru satu minggu kan. Hehe.. Bad habit die hard).

But, I was a bit puzzled, di saat aku mengikut peraturan, kenapa kereta di kiri dan kanan aku macam lebih laju daripada halaju yang ditetapkan ja?
Heran. 
Was I the only driver yang skema ketika itu? Haha.
Tidak kisah la skema, yang penting aku tidak kena saman dan usin ku tidak melayang.

Dan bila pelan ja driving tu kan, more than often, mesti aku dan Nurul akan mengantuk.
Driver atau yang jadi co-driver pegang smartphone tengok google map, dua-dua pun mengantuk.
Pasal driving slow sangat. 
Jarak 7 km pun boleh sampai dalam tempoh 15 minit. 
Kalau di Malaysia, jarak 7 km boleh sampai dalam 10 minit.
Itupun sudah termasuk tempoh cari parking.

Lagu di radio pun boring. Kebanyakan song dari Australia.
Tidak banyak lagu mainstream dari US or UK yang macam kita selalu dengar.  
Patutnya bawa cd or usb yang ada favorite songlist dari Malaysia siap-siap.
Meriah la sikit suasana pemanduan.  

Parking di Perth

As for the parking, yeah.. parking adalah satu kekangan utama untuk traveler budget macam kami ni.
Kalau pegi kawasan perumahan dan lokasi menarik macam King's Park, Araluen dan Margaret Chocolate Park tu ok, parking percuma. 

Kalau pegi kawasan pekan (Fremantle) dan bandar (Perth City), kadar parkingnya memang akan buat kita menangis.

Rate parking di tepi jalan yang femes di Perth City adalah dalam AUD2.20 untuk setengah jam. Itu untuk setengah jam hokey! (Nyesal tidak ambil gambar).

Parking di parking area yang disediakan oleh CPP (boleh download apps untuk smartphone), pun boleh tahan mahal juga kalau di tengah bandar. 
Contoh macam di His Majesty, Murray Street - rate adalah AUD3.90 untuk setiap jam. 
Ada certain CPP, boleh parking pada harga yang lebih murah untuk kadar malam dan hari minggu. 
Kalau parking di area yang disediakan oleh Wilson pula lebih mahal kononnya (ini aku baca dari internet). 

Parking di Fremantle pula ada murah sikit daripada di Perth city.

Ni aku parking di area Fishing Boat Harbour Car Park, dekat Mews Road dan Esplanade, Fremantle.
Hajat di hati mau makan tengahari di Cicerello's. 
Kadar bayaran ialah AUD5 untuk 3 jam 20 minit.
Purata dalam AUD1.50 untuk 1 jam.

Kalau parking tepi jalan lebih mahal. Ada yang by 1/2 hour, 1 hour dan 2 hours. 

Ni aku parking di E-Shed Market, Fremantle.
Kadar bayaran ialah AUD2 untuk 1 jam.
Mahal sket daripada yang tadi.

Jangan tidak bayar parking. Mesti bayar.
Kalau tidak bayar, kena penalti. 
Tatau penalti berapa, pasal saya budak baik.
So, jadilah budak baik macam saya. 

Penggunaan petrol


Selama 4 hari 3 malam kami memandu di sana (minus 1 hari 1 malam tidak memandu sebab kami naik bas ja ke bandar Perth dari apartment - mau jimat belanja parking kunun), kami hanya guna half tank petrol.
AUD16.80. Wah.. Ini sudah murah kalau mau dibandingkan dengan pendapatan orang local di Aussie sendiri la kan. 
Jangan la diconvert pigi duit kita pula.
Kalau aku di Malaysia, gaji nda la seberapa sangat. 
Half tank suda RM30. Huhu.
Sabar saja la. 

Inilah pengalaman travel yang mengajar manusia. 


Araluen Botanic Park
Fremantle
Crawley Edge or Blue Boat Shed & King's Park and Botanic Garden
Malibu Apartment - Hotel Review 
Cerita pasal makan di Perth
Tips, lain-lain dan kesimpulan 

Musim Bunga di Perth 2015 - Percutian Adik Beradik (Cerita pasal makan)

Sebelum pegi Perth ni, aku punya la plan mau berjimat tidak mau makan luar kunun.
Mau masak sendiri ja. Siap bawa beras dan makanan tin segala dari Malaysia.

Tapi dalam seminggu sebelum terbang tu, aku ubah fikiran.
Pasal aku tengok banyak sangat orang post makanan sedap-sedap di Perth ni.
Terus nafsu dan tamak haloba aku pun datang.

Aku buat cadangan kepada adik-adik aku, kita tidak perlu masak.
Bawa maggi dan sos cili ja dari Malaysia.
Beli roti, susu segar dan telur di supermarket di Perth.
Lunch dan dinner kita makan di luar.

Yeah right.
Sebab kami di Perth pun 4 hari 3 malam ja.
Malas la aku mau bawa beras 1 kg dengan makanan tin memberatkan beg.
Mau berjimat sangat pun kami bukannya ramai sangat.
Nanti beras tu tidak habis pula.
Kalau pergi bersegerombolan ye la kena masak-masak banyal-banyak ye tak.

Danish Patisserie, 5 Dyer Road, Bassendean, Perth, Western Australia 6054
(10 minit dari airport)

First location yang kami pegi sebaik dapat kereta sewa.
Perut pun ngam sudah berkeroncong minta diisi sarapan pagi.
Kami beli 2 papan croissant (4 biji sepapan - AUD2).
Aku beli sausage roll (tidak kena dengan selera aku) dan chicken stroganoff pie (sedap).
Nurul beli steak,bacon and cheese pie. Nama ja panjang, pie nya sebiji ja. Yang ni pun sedap.
Minta maaf, lupa pula ambil gambar.

Bakery ni memang femes di kalangan pelancong Malaysia yang berkunjung ke Perth.
Sebab bakery ni halal. Dan terkenal dengan kelazatan pie nya. 

Sebelum kami balik Malaysia, kami sempat tapau frozen pie dan croissant.
Aku beli 4 biji chicken stroganoff pie dan 3 biji pecan pie.
Nurul beli 4 biji steak,bacon and cheese pie.

Pecan pie tu beli satu AUD9. Beli dua AUD15. Beli 3, percuma untuk yang ketiga.
Aku pun apa lagi, borong la 3 biji pecan pie.
1 biji bagi dorang Mama di Labuan.
1 biji bawa pegi rumah mentua ketika raya haji.
Setengah biji bagi jiran sebelah.
Dan setengah biji lagi bawa ke opis.

Memang berat hand luggage aku pasal bawa frozen pie ni semua.
Tapi apa salahnya.
Aku malas beli souvenir keychain koala kanggaru ni.
Bagi ole-ole makanan all the way from Perth saja la jawabnya.  

Minta mahap, tiada gambar juga. Huhu.
Semua sudah selamat masuk perut. 

Margaret River Chocolate Factory

Tempat ni pun femes di kalangan pelancong Malaysia.

Kita boleh merasa sample coklat - milk choc, white choc and dark choc.  
Aku tidak beli pun coklat dari sini.

Hot chocolate.
Sedap tu sedap. Tapi manis sangat.
Not my cup of tea. Eh. Hot choc.
Senang ja buat rasanya.
Warm milk campur dengan milk chocolate yang kecik2 macam gambar di atas tu.


Sambil minum hot choc, sambil kira perbelanjaan.

Singgah kejap di ladang anggur di belakang kilang coklat Margaret River ni.  

Cicerello's Fremantle

Kami ke sini untuk lunch ketika berkunjung ke Fremantle.
Si Nurul yang order.
Dia kata ramai orang Malaysia di restoran tu time dia que mau order makanan.

Aku memang sudah plan mau makan sini.
So aku bawa sos cili siap-siap.

Kami berdua share yang ni ja.
Seafood tray. Harga AUD21.75.
Mau kata portion yang kami order ni besar, tidak la besar sangat.
Tapi susah juga la kami mau habiskan.
Rasa fish and chip biasa.
Mau kata sedap sangat tu tidak la.
Ok la. Normal.

Traditional menu.

Grill menu.

Seagull gila sedang rebut sisa makanan.
Ada tourist saja ja biarkan dorang punya leftover di meja.
Lepas tu ambil gambar tu burung-burung berebut makanan sambil ketawa-ketawa.
Uncivilized. 

San Churro Chocolateria

Di malam terakhir kami di Perth, aku saja ajak Nurul ke pekan Leederville.
Ni la pekan yang berdekatan dengan apartment kami.
Jalan kaki 1km 15 minit saja.
Kalau bawa kereta kena bayar parking lagi. 

Kedai ini berbau coklat yang menenangkan.

Muka depan menu.

Salah satu muka surat menu yang diselak.

Aku order churros for two with strawberry and milk chocolate and spanish caramel sauce.
Hot chocolate pula aku pilih yang milk chocolate. 
Hot chocolate terbaek yang aku rasa setakat ini.
Air kosong free flow.

Gila babes sedap.

Charcoal Chicken Express Dianella
Cnr Alexander Drive & Grand Promenade, Dianella, WA

Kami berkunjung ke sini lepas kunjungan kami ke Fremantle.
Aku memang sudah lama mengidam ni makanan dorang.
Tengok gambar pun bikin geram.

Buka hari-hari ye. Jangan risau.

Senarai harga.

Time kami datang tu, seat semua penuh.
Que pun panjang.
Aku ambil gambar ni ketika menunggu order takeaway kami.
Que sudah pendek sikit.

Pasal aku dan si Nurul dalam kelaparan yang amat dan bernafsu haloba, kami order:
1 rack lamb rib, half Portuguese chicken, 1 jumbo briyani rice and 1 large greek salad.
Harganya: AUD47.
Portion semua makanan yang kami order tu, sesuai dishare kalau ada Abang Edi, Addin, Zara, Mama, Jakir, Lina, Tasha dan keluarganya.
That big!!

Punya la buduh aku rasa lepas tengok portion besar macam tu.
Nasib baik kami order to go.
Bukan makan sana. Kalau makan sana, bukankah kami akan kelihatan seperti dua perempuan Malaysia yang berbadan tidaklah besar sangat tapi macam ada naga dalam perut.  

Makanan yang kami order tu pun kami tidak terfikir mau ambil gambar. 
Sebab bukan cantik pun makanan yang ditapau kan.
Tapi makanan yang kami pesan tu, kami makan 3 kali round. Haha.

Yang penting, the lamb rib: terbaek thumbs up dan toes up!!!

Sebab tiada gambar sendiri punya pasal, aku copy url dari Facebook dorang ni.

Inilah lamb ribs yang digembar-gemburkan.
Memang tidak menyesal order.
Sadap!!!

Lain-lain makanan yang mau menyebok dalam post ni

Hari pertama di Perth, aku lunch makan mi segera Mamee perisa sayuran with a dash of BonCabe chili flakes. 
This BonCabe aku puposely minta kawan aku order dari Jakarta.

This is one fine awesome gozleme.
Roti berinti daging kebab bersama sayur hijau (aku pun tidak pasti, lettuce ka bayam tu?) dan keju feta.
Memang terbaek.
You can find this gozleme at any turkish and kebab restaurant yang belambak merata di sekitar Perth.
Contoh cam di Fremantle Market dan Watertown. 
Selalunya harga satu gozleme ni dalam lingkungan AUD10 ke AUD12. 

Kami jumpa promosi Nutella besar gajah dengan harga AUD6.50 saja di sebuah pasaraya Woolworth.
Aku pun tidak sure mana satu woolies yang kami pegi ni tapi on the way dari fremantle ke Charcoal Chicken Espress tu. 

Toblerone panjang yang boleh dijadikan pedang.
Kami jumpa di Target di bandar Perth.

Makanan di AirasiaX pun aku mau review jugak lah ken..
Dalam flight dari KUL ke PER kami tidur ja sebab flight tengah malam.
Tiada beli makanan dalam flight. 
Aku tapau bun dari The Loaf ja.


Tapi dari PER ke KUL tu flight jam 4.30 petang.
Jadinya, aku order siap-siap, set nasi dagang comes with 3 pieces of dodol dan sebotol air mineral.
Aku tidak makan tu dodol. Nurul ja makan. Dia kata sedap.
I was like, tidak kena langsung dodol makan dengan nasi dagang ni. 

My nasi dagang with chicken curry and acar.
Aku saja order nasi dagang ni sebab kononnya menu ni only for limited time ja di AirAsiaX.

The verdict: mengecewakan.
Nasi dagang tu rupa cantik macam nasi dagang.
Tapi tiada aroma nasi dagang.
Tiada rasa halia dan halba.
Tiada lemak santan.
Chicken curry tu biasa-biasa saja.

Kecewa-kecewa pun habis juga la nasi tu.
Membazir la kalau tidak habis.
Tapi rasa macam rugi. I fed myself some high calorie food tapi tidak sedap.
Not worth the calorie. So not worth it.


Ni Nurul punya food.
Roasted stuffed chicken with cranberry sauce.
Dia kata sedap.


Ni second meal yang Nurul order.
Entah naga apa yang masuk perut dia.
Nasi dengan rendang ayam.
Nurul cakap sedap.
Tapi bila aku rasa tu rendang: Hmm.. mengecewakan sekali lagi.
Pada aku, memang tiada rasa rendang. 
It was supposed to have rich taste with manis bawang, aroma serai dan lengkuas, rasa rempah ketumbar dan segala jintan mak nenek and what not, lemak santan dan kerisik. 
Tapi, apa yang aku makan, it was just a bland gulai ayam. 
Oh my.. Kosong pula tu tiada sayur.
Bila aku cakap rendang tu tidak sedap, baru lah si Nurul pun perasan kekurangan menu tu.
Then, dia pun tidak habis.
Sedih.

So, next time if you want to have AirAsia meal on flight, choose wisely.
Better stick with Nasi Lemak Pak Nasser dan Green Curry Chicken with rice. 

Araluen Botanic Park
Fremantle
Crawley Edge or Blue Boat Shed & King's Park and Botanic Garden
Malibu Apartment - Hotel Review 
Kereta sewa dan pengalaman memandu di Perth
Tips, lain-lain dan kesimpulan 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...