google analytic

Nuffnang

Thursday, March 23, 2017

Kemaskini cerita dalam blog - November 2016



 Kami beli baby carseat untuk Emir sebab lepas ni mau travel cuti-cuti Malaysia kunun.
Biar dia practice awal-awal so biar dia disiplin duduk dalam kereta. 
Sekarang ni kalau duduk dalam carseat dia pasrah ja. Haha.   

11 November 2016. 
Percutian pertama kami lepas aku habis pantang. 
Muka je ada cebek tapi sebenarnya Emir aman dalam carseat.
Sengal tangan mummy kalau pegang lama-lama.
Selamat pun terjamin, InsyaAllah.

Rasa macam lama sudah tidak travel. 
Oleh kerana Emir masih kecil, maka kali ni kami travel dalam negara ja la.
First time ni Abang Edi and the kids pegi Cameron Highlands. 

Kami menginap di Hotel De La Ferns.
Aku book bilik besar yang ada 2 queen bed. 

 Gambar ketika breakfast di kaki lima cafe sambil menghirup udara segar.
Breakfast di hotel ni sedap especially croissantnya.


Sebelah hotel ni ada restoran juga. 
Malam-malam bole makan steamboat.
Parking pun senang. 
Very convenient. 
 
 Datang Cameron Highlands wajib la ada sesi memetik stroberi. 
Abang Edi, Addin dan Zara ja yang buat aktiviti ni.
Aku tunggu di cafe ja dengan Emir sebab untuk ke kebun ni kena naik tangga tinggi dan banyak sangat.
Tak larat mak.

 Mereka dengan hasil tuaian.
Zara tersenyum sumbing sebab Abang Edi malas mau beli aiskrim stroberi.
Orang ramai sangat que mau membeli.

 Dari lokasi memetik stroberi, kami ke Ladang Teh Boh di Sungai Palas. 
Bukan jauh sangat pun tapi jemnya masyaAllah, ana tak tahan la. 
Boleh tahan boring juga berjem dalam kereta.


Dapat juga la kami makan kek dan ambil gambar pemandangan ladang teh yang cantik. 
 
 My post confinement face. 
Ada la kurang sikit bulatnya lepas bersalin tu. Hehe.

November. Bulan last sekolah dan cuti sekolah bermula.
Keputusan exam anak pun diumumkan.
Both Addin and Zara did well in their exam.
Tiada la well sangat sampai naik pentas dapat hadiah di both sekolah kebangsaan and KAFA.
Ada budak lain yang lebih bagus daripada mereka.
Belajar hari tu pun ala kadar ja kan.
Dorang masih stay di kelas elit dan tidak diturunkan ke kelas lain.

 Zara dapat hadiah no. 2 untuk exam dan sijil sebagai penolong ketua kelas. 
Well done Zara!

 Masa kami di Cameron tu, aku punya order Nintendo NES Classic Mini yang aku order since August I guess akhirnya sampai juga. 
My first game console.
Dulu zaman kecik-kecik bapa aku haramkan sebarang unsur game dalam rumah kecuali game Windows wajib dalam pc iaitu solitaire, minesweeper, pinball. 
Sudah tua baru la merasa ada console.
Tapi bukan aku main pun. Aku tengok ja anak-anak aku main game.

Kisah pantang Emir Aslan

1. Thanks to my mama sebab sudi menjaga aku selama 2 minggu. 

2. Aku bagi mama duit untuk beli lauk dan ikut suka mama la dia mau masak apa pun. Tapi pantang kali ni memang best sebab aku tidak dipantangkan dengan makan ayam kampung ja. Mama masakkan aku variety of food. Nyum nyum. 

 Best lauk pantang ever. Fried salmon with green onion. 

Pantang sebelum ni mama tidak bagi aku makan sayur. Kali ni mama sudah lebih flexible.
Dalam gambar ni ada sup sawi dan ayam. 

 Dulu pun tidak boleh makan buah. Sekarang sudah boleh. Hehe.
Selalunya mama bagi aku makan buah blackberry dan raspberry yang sudah dikeluarkan dari peti ais at least 10 minit gitu supaya tidak sejuk. 
Buah naga ni pun bagus untuk melawaskan pembuangan air besar. 

2. Emir sama macam abangnya Addin. Dorang punya kuning lebih tinggi dan lebih lama daripada kuning si Zara. Ada at least 3 kali juga si Emir kena cucuk untuk cek kuning. Tapi alhamdulillah dia ok. 

3. Start since 2015 or 2016 begitu, sudah ada hearing test untuk baby di kawasan Putrajaya. Alhamdulillah Emir melepasi ujian tersebut dengan jayanya.

 Emir sempat berak di pusat hearing test. 

4. Ketika Emir lahir, tahap thyroid Emir tinggi. Risau juga aku, siap google effect symptom tentang thyroid problem in baby ni sambil menangis-nangis. Lepas tu menyalahkan diri kerana mengandung di usia menjelang senja. Buduh. Syukur alhamdulillah hasil ujian ke-2 menunjukkan tahap thyroid Emir normal. 

5. Masa di hospital, nurse bagitau aku ada second degree tear. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, pengalaman berpantang kali ni, luka bersalin sembuh dalam tempoh 2 minggu. Tiada kena duduk senget bagai.

6. Untuk menyenangkan ibu baru bersalin yang banyak bertukar pad dan panties, saya cadangkan guna disposable panties jenama Pureen. Sangat selesa. Jenama guardian tak best. 

7. Dan untuk lebih memberi kelegaan pada jahitan episiotomi aku, aku ada beli New Mama Bottom Spray di Lazada. Just spray di jahitan episiotomi setiap kali selepas tukar pad atau bersuci hadas kecil.

I swear by this New Mama Bottom Spray. Worth buying!
 
7. Walaupun luka bersalin aku tidak mendatangkan stress, tapi kali ni aku kena sakit rengat pula. Especially ketika menyusu. Sakit betul. Dulu masa bersalin Zara rasanya macam tiada. Ke ada tapi aku tidak perasan sebab aku lebih kisahkan tentang sakit luka bersalin aku dulu. 

8. Selain daripada rengat tu, aku juga ada simptom jari aku tidak boleh kena sejuk. Kalau kena sejuk ja, contoh kena air sejuk, or kalau aku mencari makanan dalam fridge or freezer, jari-jari aku rasa kebas sangat macam pegang ais lama-lama. Tapi bila aku bagitau dengan doktor, dorang kata sekejap ja tu. Which is, sekarang memang tiada sudah ni simptom.  

9. Emir is a good baby. Senang mau handle. Dia tidur di mana aku tidur. No special bed. Sebelah siang kalau kami berehat di tingkat bawah pun aku letak dia atas sofa ja. Membazir ja beli katil baby. Bukan guna pun. 

10. Dan selama aku berpantang, Addin dan Zara tidak ke transit. Jimat yuran transit. Dorang mandi, tukar baju dan makan tengahari di rumah ja.  

11. Cukup 2 minggu, mama kembali ke Labuan.

 
 Oleh kerana mama sudah balik, maka aku kena masak sendiri. 
So, terjadilah menu ringkas salmon grill with garlic and lemon.

Aku sudah ada pam Lacte Duet Elite yang Tasha bagi. 
Aku beli pula lagi Haakaa Silicone Breast Pump ni. 
Bagus tu memang bagus tapi frankly speaking pam ni hanya sesuai untuk orang yang mempunyai susu yang banyak especially ketika dalam atau baru habis pantang. 
Best selling point is - senang cuci!

 Pada 6 November 2016, kami celebrate hari terakhir berpantang aku dengan lunch di Chillis Paradigm Mall. 
Sedangkan dalam seminggu sebelum tu pun aku sudah 3 kali makan di luar. 
Cuma tidak ambil gambar cantik-cantik ja.

Wednesday, March 22, 2017

Sedikit maklumat dan pengalaman tentang FPP Hospital Putrajaya

Cerita sikit tentang FPP ya.
Sebab dulu time aku awal-awal mengandung Emir pun, ada juga aku mencari maklumat tentang FPP ni especially di Hospital Putrajaya.
Still ada gap yang boleh diisi dengan maklumat terkini.

1. Seawal usia kandungan 3 bulan, sila jangan bertangguh, mula check up dan buka buku pink di klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA) kerajaan atau swasta. Yang penting, ada buku.

2. Sesudah ada buku checkup dan ada tarikh jangkaan bersalin (EDD), call FPP Hospital Putrajaya untuk booking doktor dan dapatkan tarikh appointment. (Booking appointment dulu pun boleh juga tapi untuk pegi appointment pakar FPP mesti kena ada buku maternity checkup).

3. Ada 3 orang doktor pakar yang boleh dipilih untuk urusan bersalin di Hospital Putrajaya. 1 orang doktor perempuan iaitu Dr. Hamidah dan 2 orang doktor lelaki. Salah seorang daripadanya Dr. Hazim. Doktor sorang lagi tu aku lupa namanya.

4.  Aku dapat tarikh appointment pertama pada 16 Julai 2016 iaitu lebih kurang bulan ke-7 usia kandungan. Sebelum tarikh appointment, sila buat monthly check-up di KKIA atau klinik swasta pilihan hati.

5. Pada hari check up, sebelum lapor diri di klinik pakar, sila bayar fee di Unit Hasil dulu. Kali pertama checkup kena bayar RM160. Check-up seterusnya kena bayar RM60 dan tunggakan check up sebelumnya, contohnya caj scanning, dalam RM50 gitu.

6. Lepas tu, timbang berat, bacaan tekanan darah, test urine, dan tunggu doktor. Sambil tunggu ni, boleh la layan makan breakfast.

7. Kalau hari sabtu, masa menunggu adalah kurang daripada 2 jam begitu. Kalau hari kerja, kena tunggu dalam anggaran 2 hingga ke 3 jam begitu. Tapi kena faham la, orang yang kita nak jumpa tu doktor pakar, bukan doktor biasa. So, bayangkanlah kesibukan doktor tu. Mana mau pegi tengok patient di wad lagi, jumpa patient di klinik lagi. Time kita sedang jumpa doktor pakar ni pun, maybe akan ada doktor lain yang bertanya doktor ni, kira macam murid tanya cikgu atau referal point le gitu.

8. Kena ada check-up dengan doktor pakar ni sekurang-kurangnya 4 kali: pada bulan ke-7 or 28 weeks, bulan ke 8, bulan ke 9 dan 6 minggu selepas bersalin.

9. Walaupun kita sudah pilih doktor pakar ketika mula-mula buat FPP tu, pihak Hospital Putrajaya telah beri disclaimer lebih awal, bahawa ketika bersalin tu, mungkin akan diuruskan oleh doktor FPP yang lain. Macam aku, bersalin disambut oleh Dr. Hazim. Dr. Hamidah tak sempat datang kot. Tapi ketika check-up untuk discaj keluar wad tu, Dr. Hamidah yang check aku.

10. Sebelum masuk ke labour room (ke sesudah bersalin? I terforgot), nurse akan suruh encik suami buat pembayaran deposit RM3000 di Unit Hasil. Kalau ada GL dengan panel, PMCare contohnya, kita kena isi borang dan pihak Unit Hasil akan fax ke PMCare, PMCare akan reply dengan GL, maka kita tidak perlu bayar sebarang kos bersalin. Tapi sebab husband saya masih mamai lagi di pagi buta itu, dia pun swipe ja guna kad kredit.




11. Pesakit FPP juga akan dapat keistimewaan stay di wad eksekutif. Itu pun kalau tidak penuh la. Kalau wad eksekutif penuh, kena la stay di wad biasa. Cumanya, wad biasa di Hospital Putrajaya tetap kategori kelas pertama.

Aku prefer letak Emir di bed dengan aku. 
Senang daripada letak dia di bassinetnya sendiri.

12. Beza wad eksekutif dengan wad biasa:

 Bersalin pagi isnin. 
Malam isnin tu layan tengok cerita Ibu Mertuaku di RTM2. 
  • Wad eksekutif ada tv untuk setiap katil. Ada juga remote tv. Boleh la setiap patient tu tengok channel kegemaran masing-masing. 
  • Katil di wad eksekutif lebih rendah lebih rendah daripada katil di wad biasa. Sebab kalau di wad biasa, aku mau turun pun kena menjengket. Di wad eksekutif aku boleh turun tanpa perlu sebarang kesukaran. Aku kan tidak berapa tinggi so I know my tahap of kerendahan. Hehe.
  • Di wad eksekutif boleh adjust katil guna remote. Nak recline habis ka, recline sikit ka, mau tinggikan kepala ka, guna remote ja. Di wad biasa kena buat manually.
  • Di wad eksekutif pesakit tidak seramai di wad biasa jadi bilangan pelawat pun lebih terhad.
  • Di wad eksekutif juga toilet setting pun macam lebih cantik. 
  • Untuk pesakit FPP, suami dibenarkan untuk menemani ibu sepanjang masa walaupun di luar waktu melawat. Abang Edi teman aku siap bawa tikar, toto dan bantal. Not helping much pun sebab dia tidur ja malam aku stay di wad tu. But I feel more content when he's around. 
 Waktu melawat pesakit di Wad Eksekutif, Hospital Putrajaya.


 Tiada selera. Addin ja yang habiskan makanan aku ni. 
Dia suka pula makanan hospital. Maybe dia rasa macam piknik.

13. Makanan tu aku rasa macam sama ja. Ke ada beza? Aku pun lupa suda. Aku bukan makan sangat. Tiada selera. Tapi aku suka dorang punya minuman koko dan susu skim dalam peket. Sedap!!

14. Layanan? Wad eksekutif ka wad biasa ka pun sama juga. Cumanya wad eksekutif lebih selesa sebab tiada ramai pelawat yang ke hulu-hilir buat aku rasa sangsi ketika menyusukan anak.

 Abang Addin's first moment with adik Emir.

15. Sebelum discaj, kena pegi ke Unit Hasil sekali lagi untuk end bil (macam makan sushi gitu). Segala bil labour room, bil wad dan bil farmasi akan dikira dan dibayar oleh pesakit FPP sendiri. Bil bersalin yang kami kena bayar ialah lebih kurang RM1400 begitu. Tiada subsidi. Bukti resit aku sudah submit ke PMCare.

16. Kesimpulannya, aku berpuas hati dengan layanan yang terima sebagai pesakit FPP di Hospital Putrajaya.

Kemaskini cerita dalam blog - Oktober 2016

Bulan ni tidak banyak aktiviti sebab aku masih dalam tempoh berpantang lepas bersalin Emir.
Tapi wajar untuk diingati sebab ada dua tarikh penting dalam keluarga kami yang berlaku dalam bulan ni: birthday aku dan birthday Zara.

 Sempena birthday aku, my bestfriends since sekolah menengah: dari kiri, Liean, Faiz dan Diana, datang ke rumah dengan tujuan untuk melawat aku yang baru bersalin sambil bawa kek untuk sambut besday aku. 
Terharu mak. 
Semoga mereka semua dilindungi dan dirahmati Allah hendaknya. Amin. 

Dalam bulan 10 ni juga, musim peperiksaan semester akhir berlaku.
Oleh kerana aku masih dalam keadaan pantang, jadi aku tidak la boleh mau garang sangat macam cikgu disiplin.
Ajar Addin dan Zara pun lebih kurang saja. Kalau lebih-lebih, jadi meroyan pula aku. 
Syukur juga. Not doing very good but not doing bad either. 
Masih kekal dalam kelas yang sama means tiada penurunan. 
Ada peningkatan pada Zara. 

Birthday Zara yang ke-7.
Sebenarnya Zara request mau sambut birthday di sekolah.
Tapi sebab keadaan yang tidak sesuai aku pujuk Zara untuk buat di rumah saja.
Beli cupcake 7 biji, pacak lilin 7 batang, nyanyi di rumah ja la. 
Be a good girl, kakak Zara!

 Sebagai hadiah birthday, Abang Edi bawa Zara pilih dan beli mainan di ToysRus.

 Addin yang belum birthday pun tumpang sekaki dapat hadiah juga.

 Pastu Addin dan Zara kena bawa main ice skating di Sunway Pyramid.
Mummy stay di rumah ja la dengan Emir.
Bulan 10 ni pun kind of menderita sikit juga. 
Sebab ada beberapa kali putus air di kawasan Selangor berpunca daripada pencemaran bau di Sungai Semenyih.
Mau berpantang pun tidak aman. Haih. 
Kesian Syabas asyik kena sumpah seranah ja. Huhu.
Tragedi Oktober untuk rakyat Selangor yang mengalaminya.
Semoga kejadian ini tidak berulang lagi di masa akan datang. 


Kemaskini cerita dalam blog - September 2016

#latepost #throwbackpost

Antara 12 bulan dalam tahun 2017, mestilah bulan ni yang aku paling ingat seumur hidup aku sebab Emir Aslan lahir dalam bulan ni.
Tapi ada cerita lain juga yang worth remembering dan worth to be documented in my blog supaya aku ingat sampai bila-bila.

 My last outing with my friends sebelum aku meletup.
First pregnant pic with Emir of mine yang aku upload masuk dalam social media.
Lepas aku upload gambar ni baru la ramai kawan-kawan FB dan IG aku tau yang aku pregnant. 
(Sebelum tu pun ada sudah yang tau sebab Abang Edi ada post gambar kami scan di klinik di FBnya).  

 Kami punya outing tu kind of adhoc sebab tiba-tiba ja aku ajak keluar sebab aku mengidam mau makan dimsum.
Hehehe. Nasib baik ada kawan-kawan mau melayan permintaan. 
Kami menjamu dimsum ni di Dolly Dimsum, NU Sentral. 

 Bulan 9 tu adalah musim tarap. Nasib baik dekat area rumah ada Pasar Borneo.
Berabis la aku bangun pagi on Saturday sebab mengidam tarap ni.

 Selamat hari raya Aidiladha!
Mukaku bak bulan penuh!

 Kelupis diimport khas dari Labuan.
Rendang ayam aku masak sendiri. 
Dan tahun ni juga aku ada buat korban sebahagian lembu.
Semoga urusan aku beranak nanti dipermudahkan. 


   Bergambar dengan my husband and my in-laws depan rumah mentua.
Kebetulan semua ada di KL. Jadi dapatlah kami raya haji bersama-sama.
Bulatnya aku di situ. 

Dan pada 26 September 2016, saat yang dinanti-nantikan telah tiba. 
Kami dianugerahkan hadiah dari syurga. 
Emir Aslan diberi nama :)

Kisah bersalin Emir Aslan :)

Late post. Throwback post.
Emir Aslan sudah mau masuk 6 bulan.
Baru lah aku terasa mau menaip cerita pasal pengalaman bersalin ni.
So, most probably, the story will be simple.
Sebab emosi dan pengalaman ketika bersalin dan semasa pantang tu macam mau lupa-lupa sudah.
Faktor umur katakan. :p
...................................................................................................
It happened on Monday, September 26th, early morning at 3 am.
I was at my 38th weeks already.
 
Jumaat sebelum weekend tu, aku suda cakap sama bos dan my anak buah, aku mau cuti beranak seminggu awal kunun.
Sudah malas ke opis membawa perut yang besar. 
Orang start bagi aku remarks perut aku besar macam mau meletup since pregnancy aku 6 months.
Bayangkan, aku ballooning macam tak hengat since the last 3 months and everybody likes keep asking bila aku mau beranak. 
Kind of sweet bila orang concern pasal keadaan pregnancy aku tapi aku pun bosan sambil merasa amat gemuk macam penguin bunting. 

Jadi, aku plan mau kerja seminggu lagi, siapkan apa yang patut, dan bercuti di rumah di aman sambil menunggu my 40th week. 
Siap order koci bersantan lagi, my favorite malay kueh. 
I love any kueh with kepala parut gula melaka - koci, badak berendam, ketayap, hah hape lagi. Semua2 tu la. 

Patah balik cerita aku suda rasa mau beranak jam 3 pagi tu.
So macam biasa la. Sudah masuk trimester ketiga, lawatan ke toilet menjadi semakin kerap.
Tidur pun tidak rasa macam tidur sebab akan selalu terjaga pegi kencing.
Jam 3 pagi tu pegi kencing lagi.
And then, lepas kencing tidur balik.

Tapi tidak dapat tidur semula sebab aku rasa perut sudah memulas-mulas dan sakit belakang.
Aku tunggu sampai jam 3.30 pagi, and I thought "kompem aku sudah rasa mau beranak ni", sebab sakit tu makin kerap dan contraction ni semakin seragam.
Rasa macam basah semacam maka aku masuk toilet sekali lagi untuk check.
Rupanya sudah keluar lendir berdarah.
I was like, my baby is finally coming. Tak sabarnya jumpa baby baru!!

Aku kejutkan Abang Edi. Dia ble tekejut macam tak pecaya kunun siap cakap "Hari ni?" sebab dia sudah set appointment dengan client. Haish.
Sebelum besiap, aku sempat berak kejap dengan berhati-hati sebab takut terkeluar baby sambil meneran.
Abang Edi pun sempat mandi dan berak juga. Apsal semua orang mau berak.

While Abang Edi mandi, aku pakai bedak, pakai lipstik (teringat Che Ta), minum susu dan makan kurma yang aku jumpa dalam fridge. Siap pack lagi kurma tu.
Dan sempat juga tanggalkan semua emas dan simpan di tempat selamat.
Nurse memang sudah pesan awal-awal untuk tanggalkan emas sebelum ke hospital.
Amatlah serene nya. Tenang sungguh.

Nasib baik, weeks before aku due, aku sudah pack beg untuk pegi hospital.
Abang Edi pun sedia sweater untuk persediaan ke hospital sebab last time beranak Zara dia amatlah tidak prepare dan pakai baju keje (the only long sleeve baju he found dari almari) komot tak gosok then pakai double atas tshirt sebab sejuk sangat kat hospital cam ntah hapa-hapa. Hahaha..

So, apabila aku sudah cukup rasa aku macam cantik, Abang Edi pun dah perasan hensem pakai sweater, Nurul dan Lina sudah sampai rumah untuk teman Addin dan Zara yang masih terbongkang, then kami pun ke Hospital Putrajaya at around jam 4.15 pagi macam tu.

Mula-mula register.
Masuk bilik yang yang paling depan tu untuk tukar ke hospital gown, timbang berat, pasang CTG di perut.
Berat aku sebelum bersalin ialah 60.2 kg. Ya ampun.. beratnya mak.
Sakit contraction ni kembali menghantui diri.
Aku ingat nasihat adik aku Tasha, baca ayat Nabi Yunus, breath dan ingat segala yang indah-indah ja, jangan fikir sangat pasal sakit tu.
It helped but somehow the contraction was more gila until aku rasa macam mau meneran sangat-sangat.
Sepanjang aku dipakaikan ctg tu, kejap-kejap aku kena suruh mengiring kiri la, kanan la, sebab nurse cakap baby tidur. 

At 5 am mcm tu, rupanya bukaan aku sudah 8cm. Wah.. aku ingat baru 3cm manja-manja.
Sudah terlambat la aku mau request epidural ni. Huhu.
Lepas tu, doctor on duty pun cakap Dr. Hamidah belum sampai.
So, Dr. Hazim yang akan cover.
Kebetulan pula lagi, hari ni ramai FPP yang beranak. Rezeki betul.

Aku dibawa ke labour room. Abang Edi tiada di depan, nurse bagitau. Aku suruh dorang call.
3 kali aku tanya pasal Abang Edi pun dia masih belum muncul.
Rupanya dia di tandas memerut. Oh no..
Macamana la aku mau bersalin Abang Edi tiada ni.
Dr. Hazim masuk sudah.

Ngam-ngam lepas Dr. Hazim bagitau yang heartbeat baby makin lemah, Abang Edi masuk.
Then Dr. Hazim suruh teran.
Aku pun teran. Dan Dr. Hazim cakap aku pandai teran.
Bagus kan. Dulu time aku beranak Zara I was clueless pasal hal teran meneran ni.

Dr. Hazim cakap aku teran dengan betul tapi kepala baby senget sikit tak masuk pintu tu pasal tak keluar.
Dia suruh aku teran sekali lagi dan he said this "Saya tolong sikit ye Puan Nadia".
And there, after one push, Emir Aslan keluar ke dunia berserta dengan uri pula tu.
Jam 5.50 pagi. Dalam masa kurang 3 jam dari aku start rasa sakit. 

Lepas tu, Dr. Hazim jahit dengan sempoinya dan bagitau yang aku ada koyak sikit sebab rupanya aku kena vakum.
Hoho.. rupanya pertolongan di atas tadi ialah vakum.
Aku kena jahit pun ada la rasa sakit sikit sambil sedut gas entonox dan diberikan pitocin.
Overall, aku rasa pengalaman bersalin aku kali ni amat menyenangkan.
Mungkin faktor usia yang buat aku semakin matang or faktor Dr. Hazim yang sempoi or faktor proses kelahiran yang pantas.

Lpeas dijahit, aku kena bagi minum milo dan nurse hantar baby untuk aku susukan.
Abang Edi pun rasa macam tidak sangka sebab aku bersalin kali ni nampak lebih senang daripada aku bersalin Zara dulu.
Sempat muntah lagi 2 kali ketika menyusu tu, mungkin kesan entonox.
Lepas sejam begitu, Doktor lain pula datang untuk check jahitan aku.

All is well, lepas tu aku kena bawa ke Wad 2A sebab wad eksekutif untuk patient FPP sudah full.
Begitu la pengalaman aku bersalin Emir Aslan.

Next, aku akan sambung dengan cerita aku di wad FPP (cerita sikit ja la, bukan banyak sangat mau cerita pasal aku warded pun satu malam ja).
Dan sedikit cerita semasa aku berpantang. Tu ja la.

Daaa...

Muka saya terpaksa ditepekkan sticker sebab tiada kederat mau touch up macam Che Ta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...