google analytic

Nuffnang

Wednesday, November 28, 2018

Trip New Zealand 2018 - Aktiviti dan tempat menarik di Queenstown - Skyline Luge Queenstown

Queenstown adalah base ketiga untuk kami bermalam di South Island.
Kami bermalam di Queenstown selama 3 malam - 2 malam di airbnb dan 1 malam di holiday park. 

Skyline Luge Queenstown

Kami try luge ni pada petang hari pertama kami tiba di Queenstown. 
Perjalanan dari Dunedin, singgah sekejap di Alexandra dan Cromwell, petang jam 3 baru sampai Queenstown - memenatkan. 
So, macam biasa la kami yang kalau cuti macam balik kampung bersenang lenang ni. 
Check in masuk airbnb, afternoon nap dulu. 

Zara tidak habis-habis bising mau main luge.
So, dalam jam 5 petang lebih begitu, kami pegi ke bandar Queenstown, kira-kira 20 minit dari airbnb kami yang berlokasi di kawasan Kelvin Heights. 

Kami sampai di kaunter tiket Skyline Queenstown ngam-ngam pada pukul 6.17 pm.
Rupanya pukul 6.15 pm adalah minit terakhir untuk beli tiket luge, sebab luge operation last sampai jam 7 petang sahaja.
Walaupun begitu, orang di kaunter tu bagi juga kami beli tiket, tapi kena beli yang pakej 2 luge ride sahaja. 
Aku sudah target naik 3 luge ride. Bukan banyak sangat pun beza harganya.
Tapi tidak apa la.
Dah si Zara pun tidak menyempat, kalau tiada aktiviti nanti muncung pula.
Layan ja la. 
Harga tiket untuk family of 4 - 2 adult and 2 children - gondola and 2 luge ride - ialah NZD 173.00.
Beza harga dengan yg 3 luge ride ialah NZD 6 sahaja. Huhu.
Aku beli tiket guna credit card. No additional charge. 

Inilah rupa tiket naik luge Skyline. 

Kena naik gondola dulu ye. 

Then turun bukit. 

Lepas naik gondola dan turun bukit, kena naik satu lagi gondola untuk pegi ke luge track punya starting point. 

Oleh sebab kami berlima, maka kena bahagi dua gondola.
So aku naik dengan Addin.
Abang Edi bawa Emir dan Zara.

Zara sudah excited. 
Emir pun excited juga. Untuk baby pun ada helmet juga. 

Addin dan Zara gerak dulu.
Gambar menunjukkan instructor mengajar first timer luger.
Kalau sudah second time and so on, dorang tidak ajar sudah ni cara main luge. 

Second luge ride, Emir naik dengan daddy. 

Zara sampai ke garisan penamat. 

Habis dah. Emir tu request mau main luge lagi.

Kami luge rider yang paling last menutup luge track hari tu.
Mau kena daki balik naik gondola untuk turun ke Skyline terminal. 

Pemandangan Lake Wakatipu pukul 7 petang dari Skyline. 

Bucketlist main luge - checked! 

Nota kaki:
Main luge ni best! Sesuai la untuk kami yang tidak berapa adventurous tapi mau juga ada suntikan adrenalin ni. 
Tapi, sejuk yang amat! Dalam gambar nampak macam gagah ja kunun kan, tapi sebenarnya kami kesejukan. 

First ride tu aku bawa Emir. Jadi, tidak la boleh ride laju-laju. 
Tangan terasa beku dan kebas. Hidung pula berair.
Luge pula rasa macam laju sangat (sedangkan ikut standard, aku ni kira paling perlahan la tu).
Mau bagi pelahan, kena tarik handle kuat-kuat untuk meningkatkan daya geseran. 
Tangan tidak boleh menyeka air hidung sebab kalau aku angkat satu tangan nanti Emir tercicir pula.
Dalam masa yang sama, aku rasa lenguh sangat sebab luge ride aku lama (kan aku bawa pelahan). 

Jadi bila aku sudah habis first round tu, aku cakap sama Abang Edi, second round biar dia pula yang bawa Emir. 
Aku mau carefree kunun. 
Addin dan Zara rasa tidak cukup main 2 luge ja. 
Tapi sori la aku mau pegi lagi.
Mahal kot.
Lepas dapat bil kad kredit, luge tiket kami tu after convert kena RM480.21. 

Moralnya di sini, kalau mau main luge, datang awal pagi, beli la yang luge ride sampai 5 ka 6 ka. 
Baru puas hati main. 
Lagi satu, kalau ada action camera macam GoPro ka, guna la camera tu.
Boleh ambil video masa main luge.
Macam best ja. 

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...