google analytic

Nuffnang

Monday, April 30, 2007

Happy Mother’s Day

SELAMAT HARI IBU kepada Mama - Pn. Zabidah Bt. Karamin, Mak (ibu mertua) - Pn. Jariah Bt. Buchin, ibu saudara sebelah mama dan bapa, Kak Long dan Kak Ngah (biras), Kak Ros (babysitter Zizou), dan semua wanita yang bergelar ibu especially kawan-kawan ofis, kawan-kawan seperjuangan yang pernah study sama-sama dulu, ibu kepada kawan-kawan yang aku kenal dan rapat contoh macam mama si Diana di Ampang, mama si Siqim di Labuan, mama si Alen di Labuan juga dan ramai lagi la. Dan tidak dilupakan, kepada aku sendiri.

Sesungguhnya pengalaman menjadi ibu (walau masih setahun jagung – belum sampai setahun pun, baru 4 bulan lebih) mengajar aku menjadi manusia yang lebih sabar, bertimbangrasa, empati, tidak mementingkan diri dan lebih ceria. Ceria kerana aku rasa hidup aku lebih bermakna. Walau setiap hari perlu bangun lebih awal dan tidur lebih lewat untuk menguruskan keluarga, namun aku rasa masa tidur aku tetap cukup.

Setiap kali terjaga dari tidur, azamku nekad hidup kerana Allah, kerana suami yang inginkan aku menjadi isteri yang membahagiakannya, kerana Zizou yang mahukan mummynya sihat untuk melayan karenahnya dan kerana mama dan bapaku di Labuan yang sentiasa mahukan puteri sulung mereka ini menjadi MANUSIA yang lebih baik setiap hari.

Hanya selepas menjadi ibu maka aku sedar pengorbanan yang mama pernah lakukan untuk aku. Setiap pengorbanan mama sure aku tidak akan mampu balas 100%.

Sempena Hari Ibu yang bakal tiba, aku berdoa semoga Tuhan memurahkan rezekiku dan memberi aku kesihatan supaya aku dapat berbakti kepada mama dan bapa dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Zizou dan suamiku. Amin.

Sekarang barulah ku tahu nilai Hari Ibu! Semoga aku menjadi isteri dan ibu yang terbaik! Gambarimas!

Thursday, April 19, 2007

Zizou - 4 bulan!

Hari ni genaplah usia Zizou berumur 4 bulan 2 minggu dan 2 hari. Pada 8 April 2007 yang lepas, Zizou sudah pandai meniarap sendiri. Sebelum tu, Zizou pandai mengiring saja. Punya la excited aku ni bila tengok Zizou sudah pandai meniarap.

Tapi yang musykilnya ni, Zizou pandai meniarap, tapi tidak pandai pusing balik. Oleh kerana aku ni baru ada sorang ja baby, pengalaman belum ada lagi, so aku fikir, maybe next time dia pandai la pusing balik tu.

Risau jugak, kadang-kadang time tengah malam aku terjaga, aku tengok si Zizou ni tengah meniarap sambil tersengih-sengih tengok aku. Dia fikir mummy dia ni buka mata mahu bawa dia bermain la tu. Aku pula memang mahu ajar Zizou bahawa tengah malam adalah time to bed bukan time to play, aku baringkan dia balik, bagi minum susu sambil mengiring.

Oleh sebab Zizou suka buat akrobatik bersendirian di malam hari, daddy dia jadi takut mahu jaga Zizou time aku pegi kursus 3 malam di Port Dickson. Dia risau kalau-kalau Zizou penat meniarap, daddynya pula nyenyak tidur, tidak fasal-fasal Zizou lemas fasal penat mahu angkat kepala dan muka tersembam di tilam. Nauzubillah. Jadinya, daddynya berjaga setiap malam fasal mahu jaga Zizou. Kesian daddy.

Selain daripada tu, Zizou sekarang suka masukkan apa-apa saja dalam mulut. Tangan dia sendiri, patung, almost everything. Kalau bagi puting kosong, pandai pula dia jeluakkan balik. Kalau tangan mummy dan daddy dia, sedapnya la dia hisap bersungguh-sungguh macam ada rasa coklat saja. Pernah sekali tu, Zizou hisap tangan aku (bahagian atas siku) sambil aku mendukung dia, hisap dengan kuat sampai tangan aku berbekas macam kena lovebite.

Lepas tu, ada la pula anasir-anasir yang bersungguh-sungguh kempen aku supaya bagi Zizou makan nestum. Dorang cakap Zizou tu suka hisap tangan fasal dia lapar, tidak kenyang minum susu. Aku cakap saja la baik-baik, nanti Zizou sudah 6 bulan, aku bagi la dia solid food. Insyallah kalau sudah tiba masanya dan aku rajin, aku akan masak sendiri bubur Zizou instead of giving him nestum. Tidak sabarnya mahu masak untuk Zizou!

Tuesday, April 17, 2007

Jangan marah mummy


Zizou
Jangan marah mummy
Mummy kena pergi
Terpaksa tinggalkan zizou
Sabarlah zizou


Zizou
Jangan merajuk dengan mummy
Walaupun mummy maklum Zizou memang suka merajuk
Pasal orang tua-tua cakap
Ada urat bersilang di mata Zizou
Tapi biasalah Zizou kan anak seorang
Mestilah manja dengan mummy


Zizou si alai buah hati
Mummy tinggalkan Zizou kerana tuntutan kerja
Mummy cari duit untuk kita
Supaya dapat bantu daddy
Untuk beli makanan kita sekeluarga
Untuk beli pampers dan baju Zizou
Untuk beli segala yang terbaik bagi Zizou


Zizou alaiku sayang
Mummy tinggalkan Zizou dengan daddy
Waktu malam Zizou tidur dengan daddy
Daddy akan letak baju mummy sebelah Zizou
Sebagai pengubat rindu Zizou


Zizou anak mummy
Buah hati mummy dan daddy
Kami tahu Zizou baby yang baik
Walaupun mummy jauh terpaksa outstation
Mummy sentiasa doakan Zizou
berada dalam keadaan yang menggembirakan


Jadi Zizou
Bila mummy kembali semula berjumpa dengan Zizou
Mummy lega Zizou sihat
Zizou lega dapat bersama dengan mummy
Dan mummy tidak kisah
Walau berapa lama Zizou mahu berpeluk dan bergayut
Kerana itu hak Zizou
Dan kerana mummy sayangkan Zizou


Bak lirik Dewi nyanyian Dewa 19
Zizou
Kaulah hidupku
Aku cinta padamu sampai mati

Monday, April 2, 2007

Papa Jahat?

Mula-mulanya. aku macam heran kenapa ramai orang cukup tidak setuju dengan lagu ni diperdengarkan di radio. Rata-rata ramai yang menyokong supaya lagu ni digam dan menyatakan amatlah tidak patut lagu sebegini dicipta di environment Malaysia yang majoritinya orang Melayu dan beragama Islam.

Sebenarnya, aku pun bukan faham lagu ni cerita pasal apa. Cukup tidak faham. Yang aku tau, lagu ni amat la upbeat sampai everytime aku dengar di radio mesti aku rasa macam mau menari.

Aku pernah tanya adik aku kenapa orang kecoh-kecoh tidak setuju dengan lagu ni. Adik aku bagitau lagu ni cerita pasal sumbang mahram. Ohh.. ya ka… oleh kerana aku terlalu curious, aku sendiri surf di Internet. Dan ternyata, lepas aku baca liriknya pun, still aku tidak faham apa kaitan sumbang mahram dengan lagu ni.

Correct me if I’m wrong, aku rasa lagu ni pasal seorang isteri yang cukup bengang dengan suaminya kerana menyangka suaminya main kayu tiga. And the husband pula boleh mengomen pasal isterinya kurang memberi layanan? I guess so.

Sesungguhnya, aku bukan orang seni. Buat lagu ka, main muzik ka, melukis ka, semua serba aku tidak pandai langsung dan aku boleh kategorikan myself as bengap in art. Yang aku tau, aku pandai menyanyi dan suara aku sedap..hehehe... puji diri sendiri kerana orang pun ramai puji aku. Jangan marah...

Well, maybe the lyric is not the big issue here. The issue is maybe mainly at the title and the chorus part of the song itself. Papa Jahat? Apa punya tajuk la macam tu. Macam tiada tajuk lain saja yang boleh difikirkan. Lepas tu buat chorus Papa Jahat, Papa Jahat berulang-ulang. Best la pula rentak korus tu.

Kalau aku punya concern la, adalah pada lagu tu yang mempunyai beat yang amatlah rancak dan catchy di telinga orang-orang muda (termasuklah kanak-kanak), berserta dengan phrase Papa Jahat yang amatlah senang disebut. Lagu-lagu macam ni memang senang dijadikan ikutan di kalangan kanak-kanak (walaupun yang baru pandai bercakap) dan remaja.

Sekiranya pencipta lagu ni seorang Papa then dia akan faham kenapa ramai orang menyampah dengan lagu ni. Bayangkan if Cat Farish ada anak umur 1-2 tahun yang baru pandai sebut perkataan Papa dan Mama. Lepas tu anak dia boleh menyanyi lagu Papa Jahat, Papa Jahat sambil buat breakdance berguling-guling atas lantai (konon mau tunjuk dia pandai menyanyi le tu) without understanding what the real meaning behind the phrase is. Habis rosak pemikiran anak-anak tu.

Atau pun, anak dia faham, lepas tu menjadikan lagu ni sebagai alat memberontak kepada Papanya. Kan ke kes naya tu. Kalau perkara ni terjadi lepada batang hidung mereka sendiri, time tu baru la orang yang bertanggungjawab mencipta dan menyanyikan lagu ni, rasakan pembalasan si pitung! Hahahaha..

Jadi moralnya, lagu ni sebenarnya membuatkan kanak-kanak disrespect kepada papa-papa mereka. Kesian kepada bapa-bapa yang digelar Papa dan bukan Abah, Ayah, Bapa, Daddy, Abi dan sebagainya la yang berkaitan.

Jadi, lagu ni memang sepatutnya digam. Or just change the lyrics to make it a better and well-mannered song. That’s all.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...