SELAMAT HARI IBU kepada Mama - Pn. Zabidah Bt. Karamin, Mak (ibu mertua) - Pn. Jariah Bt. Buchin, ibu saudara sebelah mama dan bapa, Kak Long dan Kak Ngah (biras), Kak Ros (babysitter Zizou), dan semua wanita yang bergelar ibu especially kawan-kawan ofis, kawan-kawan seperjuangan yang pernah study sama-sama dulu, ibu kepada kawan-kawan yang aku kenal dan rapat contoh macam mama si Diana di Ampang, mama si Siqim di Labuan, mama si Alen di Labuan juga dan ramai lagi la. Dan tidak dilupakan, kepada aku sendiri.
Sesungguhnya pengalaman menjadi ibu (walau masih setahun jagung – belum sampai setahun pun, baru 4 bulan lebih) mengajar aku menjadi manusia yang lebih sabar, bertimbangrasa, empati, tidak mementingkan diri dan lebih ceria. Ceria kerana aku rasa hidup aku lebih bermakna. Walau setiap hari perlu bangun lebih awal dan tidur lebih lewat untuk menguruskan keluarga, namun aku rasa masa tidur aku tetap cukup.
Setiap kali terjaga dari tidur, azamku nekad hidup kerana Allah, kerana suami yang inginkan aku menjadi isteri yang membahagiakannya, kerana Zizou yang mahukan mummynya sihat untuk melayan karenahnya dan kerana mama dan bapaku di Labuan yang sentiasa mahukan puteri sulung mereka ini menjadi MANUSIA yang lebih baik setiap hari.
Hanya selepas menjadi ibu maka aku sedar pengorbanan yang mama pernah lakukan untuk aku. Setiap pengorbanan mama sure aku tidak akan mampu balas 100%.
Sempena Hari Ibu yang bakal tiba, aku berdoa semoga Tuhan memurahkan rezekiku dan memberi aku kesihatan supaya aku dapat berbakti kepada mama dan bapa dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Zizou dan suamiku. Amin.
Sekarang barulah ku tahu nilai Hari Ibu! Semoga aku menjadi isteri dan ibu yang terbaik! Gambarimas!
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment