Sebelum ni memang tiada masalah untuk tidurkan Zizou di sebelah malam. Bagi saja susu sambil mengiring, tidak lama kemudian, Zizou mesti akan terlena. Tapi sejak akhir-akhir ni, agak susah la juga. So, I have new style to breastfeed him.
Selalunya ibu menyusukan anak sambil duduk. Tapi aku pula susukan Zizou dengan cara cradle gunakan tangan aku, sambil aku berbaring. Maknanya Zizou akan landing baik punya atas badan aku. Tapi cara ni memang pasti akan buat Zizou lena. Mungkin dia selesa mendengar degupan jantung aku.
Zizou pula ada habit suka menghisap susu ketika tidur (as a way to comfort himself dan bukan kerana Zizou lapar). Dan kejadian malam semalam memang kelakar. Oleh kerana dia terlampau rapat dengan daddynya (Zizou sleeps between me and my hubby), maka Zizou pun terhisap la tangan daddynya. Rasa kelakar pun ada juga, tapi kerana kesian, aku pun pusingkan Zizou bagi dia hisap susu yang betul.
Pagi tadi tanya daddynya, sedar ke tidak Zizou ada hisap tangan daddynya. My husband bagitau, dia sedar tapi tidak tau macamana mau react ketika tu. Hahaha… kalau aku lambat sket, mesti tangan daddynya sudah merah seperti kena lovebite.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment