Setakat ni, aku suda try buat 4 jenis instant puff. Semuanya sedap dan mendapat pujian yang memberangsangkan daripada husbandku yang terchenta, anakku Si Zizou yang terchenta serta beberapa kawan opisku yang dihormati.
Macamana anakku boleh puji instant puff yang aku buat sedap? Well, aku try bagi dia apple puff yang aku buat. And he keeps coming back for more sampai habis satu puff dia makan. For me, it's a good compliment.
Husbandku pula cakap, ble bawa ke tengah, ble berniaga... ini adalah caranya memuji kalau satu2 food yg dia makan tu berkenan...
Kawan2 seopis pula tanya macamana aku buat. Aku dengan bangganya pun cerita la... (bangga kunun, bukan aku buat pun puff tu... inti saja yang aku buat)... hehehe... bila dorang tau aku buat senang gila, ramai la yang berhasrat untuk buat sendiri bagi dijamu kepada suami, isteri dan anak masing2...
sausage puff - pakai cheese sausage (dibahagi 4) , gulung dengan rota pharata instant yang dibahagi 4, disapu dengan kuning telur, bakar 40min 180 celcius
pizza gulung - sapukan pizza sauce pada roti phrata instant generously, letak cheese (aku pakai cheesedale keping saja), lepas tu taburkan sausage yang dihiris. gulung dan potong 4. letak pada paper cup.. (my aluminium foil suda habis). bakar 40min 180 celcius
sardine puff (yg 3 segi) - potong pharata 3 bahagian. bubuh sambal sardin. lipat dan kemaskan dengan garfu di bahagian tepi. sapu kuning telur. bakar.
apple puff - sama juga macam di atas. tapi bubuh inti apple (rebus apple yang dipotong dadu, letak sikit brown sugar, cinnamon sugar dan garam). sapu kuning telur. bakar.
semua sedap. tapi, aku ada peringatan. setakat ni aku guna phrata jenama Kawan dan Springhome. aku prefer guna jenama Kawan pasal hasilnya - lebih gebu, garing, flaky, kembang cantik, wangi. kalau jenama Springhome - tak berapa gebu, tidak garing, takde bau wangi, tak kembang, dan cepat lembek. (apple puff dan pizza tu aku pakai springhome)....
kalau mau bagi cantik lagi, kelar2 dulu puff sebelum sapu telur dan bakar... yang aku buat ni, semua tak cantik.. asal buat saja.. memang tiada seni...
cuba lah... senang dan sedap dan melatop... kalau tade oven, goreng pun sesuai.
projek lepas ni? aku mau buat cinnabon... letak cheese, tabur black raisin, cinnamon sugar dan gula halus sikit... lepas tu gulung... mesti nyaman...