google analytic

Nuffnang

Thursday, July 10, 2008

Labuan dan Sabah

(dipetik dari Utusan Malaysia 10 Julai 2008)

Hormati status Labuan sebagai Wilayah Persekutuan

SAYA tertarik untuk memberi komen mengenai kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang sejak akhir-akhir ini kerap mendesak agar Labuan dikembalikan kepada Sabah.

Selaku anak jati Labuan, saya merasakan kenyataan tersebut sebagai penghinaan kepada penduduk Labuan yang sememangnya menyokong penuh taraf Wilayah Persekutuan yang dinikmati sejak 24 tahun yang lalu.

Pada saya Teck Lee tidak berhak berkata sedemikian kerana beliau bukanlah penduduk Labuan. Kenyataan tersebut seolah- olah menggambarkan Labuan seperti buah catur yang boleh dialih-alihkan mengikut kehendak pemain. Labuan adalah pulau yang berpenghuni dan kehendak rakyat di pulau tersebut harus dihormati.

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas maka Teck Lee bolehlah datang sendiri ke Labuan dan bertanyakan pendapat penduduk asalnya mengenai perkara ini.

Tidaklah sukar bagi beliau untuk datang ke Labuan kerana kerajaan Persekutuan telah membina lapangan terbang dan terminal feri yang bertaraf antarabangsa di pulau tersebut. Tentunya lebih elok kiranya Teck Lee turut meluangkan masa meninjau pembangunan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan di Labuan.

Saya kira beliau sedar bahawasanya kemajuan Labuan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan juga membawa kebaikan bukan hanya kepada penduduk Labuan bahkan juga penduduk Sabah.

Semenjak Perjanjian Labuan 1984 ditandatangani, tiada rakyat Sabah mahupun Labuan yang sengsara kerana taraf Wilayah Persekutuan ini. Tiada rakyat Sabah yang dihalang daripada memasuki pulau tersebut. Tiada rakyat Sabah yang didiskriminasi oleh Kerajaan Persekutuan di Labuan. Sesungguhnya kerajaan Persekutuan tidaklah pernah bersikap kenegerian. Semua rakyat Malaysia di Labuan dilayan dengan sama rata tanpa mengira negeri asal mereka . Bahkan banyak peluang pekerjaan dan jawatan tinggi baik dalam sektor awam mahupun swasta yang diisi oleh rakyat Sabah.

Tambahan pula, penyerahan Labuan kepada Kerajaan Persekutuan adalah atas kerelaan dan persetujuan kerajaan Negeri Sabah sendiri.

Tidak keterlaluan jika saya sifatkan kenyataan dan tuntutan Teck Lee sebagai perbuatan mengeruhkan air yang jernih kerana hubungan antara Sabah dan Labuan adalah terjalin akrab selama ini.

Saya berharap beliau dan mana-mana pihak jua pun berhentilah daripada mengungkit perkara yang boleh melukakan hati penduduk Labuan. Negeri Sabah amat luas maka janganlah pulau Labuan yang kecil ini direbutkan. Banyak perkara lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat negeri ini yang boleh dilakukan.

Sesungguhnya saya amat bersyukur dengan status Wilayah Persekutuan yang telah membawa banyak kemajuan kepada pulau ini. Saya percaya puluhan ribu rakyat Labuan dan rakyat Malaysia lainnya juga merasa begitu. Maka status Labuan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan seperti yang tercatat dalam Fasal 4 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan itu haruslah dihormati oleh semua pihak.

ANAK JATI LABUAN

Kampung Nagalang, Labuan

Aku sebagai anak jati Labuan (lahir dan dibesarkan di Labuan) menyokong kenyataan Anak Jati Labuan dari Kampung Nagalang, Labuan ni.. aku nda tau orang lain.. tapi aku rasa macam bahagia ja pun tinggal di Labuan especially lepas Labuan diisytiharkan sebagai WP pada 1984. Banyak juga bah kemajuan yang kami dapat. Kenyataan puas hati ni aku pandang dari sudut pandangan seorang penduduk. Bukan seorang yang berkepentingan politik.

Ramai bah orang Sabah yang tinggal di Labuan tu.. dorang nda puas hati ka? Heran juga kan…macam syiok ja dorang tu…. Jangan la pula pasal syiok mau minta Labuan ni balik pula.. ramai orang yang bukan local pun (orang Malaya, sarawakian, pilaks, oms dsb) macam suka ja tinggal sana. Lepas tu siapa2 mau datang dari KK ka, Menumbok ka, Limbang, Lawas, Brunei… bah mana2 laa… Labuan terima ja siapa2 yang mau datang pun.. nda pasal2 kalau Labuan masuk Sabah balik, nanti dorang kena pakai passport pula.. (kalau dari Brunei, mesti la guna passport)…

Ada orang kata Labuan ni pekan mati.. well, nama pun pulau kecil.. mau happening macamana lagi..terlebih happening nanti tenggelam pula.. bagus la bah tu rilek2 ja…ini pun macam happening juga pasal ada UMS, KML.. terminal feri dan airport yang canggih nya orang…pekan mati tidak bermakna tidak maju..

Setau aku kadang2 politik sabah ni ja yang diskriminasi orang Labuan ni. Kalau dorang anggap kami ni a part of them, kenapa biasiswa Yayasan Sabah tu tidak diberikan kepada bumiputera Labuan?

Apa-apapun, selalu kalau orang tanya aku orang mana, aku cakap ja aku orang Sabah. (Tapi orang di sini selalu teka aku ni Sarawakian..bah mana2 la..borneo juga).. sebab kalau aku bagitau aku dari Labuan.. kebanyakan orang mesti jawab

  • “Ooo.. Labuan, selalu ke balik Sabah?”(apa ke bengap, aku baru cakap aku dari Labuan)
  • “Labuan ngan Sabah sama la”(ye ke sama? bole la… ada bau-bau durian)
  • ”Labuan tu kat mana yer?”(ni remarks yang aku selalu dapat dari orang bodo2 yang tak belajar geografi, tatau pengetahuan am)..

orang yang sepatutnya berpengatahuan pun, contoh Berita Harian, Utusan dan Pejabat kerajaan ble tersalah buat nama tempat - Labuan, Sabah. Tak yah kecoh2 la Yong Teck Lee kan.. ko tak minta Labuan ni balik pun ramai orang fikir Labuan ni Sabah..ni la mau guna skrip P. Ramlee dalam Madu Tiga tu “Dah tua pun bodoh..”

p/s: sama macam kerajaan Filipina kecoh2 minta Sabah balik.. Filipina tu takde mata ke apa ke buat2 bodo yang ramai rakyat dia berkampung kat Sabah tu buat macam negeri sendiri.. Negara sendiri tak terjaga ada hati nak minta negeri orang yg dah elok2 maju..

2 comments:

  1. Thanx ah coz support hujah ku di di paper atu.. andang mbari sakit hati jua bah ndangar tuntutan yg camatu tu.. mun kita ada apa nda puas hati (maybe pasal labuan) antar tah saja ke paper... tanggungjawab kita semua tu untuk membela nama baik pulau kita ni

    ReplyDelete
  2. ooo..kau ka yg bagi tu?.. support la bah... mana nda support.. tuntutan palui2 miatu buat menyusahkan orang ja.. orang sudah bagus2 kan dikacau lagi... atu tah politik..

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...