google analytic

Nuffnang

Monday, July 14, 2008

Pakcik kedukut…

Café kat opis aku ni memang cekik darah.. panggilan manja aku kepada owner café tu "pakcik kedukut" (tapi dia tatau la aku panggil dia macam tu…naya la aku kalau dia tau)..

Boleh? Last time aku beli breakfast. Aku ambil nasi lemak satu bungkus yang aku tau berharga RM1.50 dan sebijik bergedil yang aku tidak tau berapa harganya.. pastu pakcik tu ble kira: RM2.00. So, bermula la quest cepu emas aku ni… Aku bagi soalan baek punya..

Aku:            Pakcik, harga nasi lemak ni berapa? (aku tidak tanya la pula harga bergedil tu berapa pasal aku mau tau harga nasi lemak ja… mana la tau if nasi lemak tu sudah naik harga kan…)

Pakcik kedukut:     Semua sekali RM2.00

Aku:            Iya? Nasi lemak ni berapa?

Pakcik kedukut:    Nasi lemak RM1.50, bergedil RM0.40.. RM1.90 je semua… (dengan muka yang tidak bersalah..bangangnya pakcik ni.. mesti selalu makan benda haram..)

Aik…. Pakcik ni… sepuluh sen pun mau try? Kalau ada sepuluh orang yang jadi macam aku ni.. maknanya pakcik ni sudah untung RM1.00 buta-buta… rupanya, bergedil tu harga 40 sen?? Aku ingat 30 sen ja.. ye la… bergedil comel gila lagi sama saiz macam syiling 20 sen tapi gemuk sikit…

Aku harap pakcik kedukut ni bertaubat la… apa plak nak caj kepada something yang tak perlu dicaj… apa ke jadah makanan yang sepatutnya RM1.90 jadi RM2.00 pula??? Orang-orang yang sebelah2 aku pun tergezut mendengar pengakuan pakcik kedukut ni…

Sebagai balasan pakcik ni pasal selalu caj orang gila-gila… aku selalu ambil tisu lebih2… ada orang lelaki cakap, aku ni typical lady… well, kau apa kisah? Aku typical lady ke.. tissue lady ke… pakcik tu tak bising pun, dia caj orang macam orang main saham ada la… tau la harga minyak naik, tapi takkan la kau rugi kan pakcik…

Aku ni pun sama juga… tak puas hati pun.. still keep coming to that cafe untuk beli makanan.. padan muka aku… dah café tu je yang paling dekat…

Tapi ada juga peniaga yang masih maintain harga, kuantiti dan kualiti di zaman harga barnag melambung ni.. dekat rumah aku tu ada kakak meniaga nasi lemak.. dan ada makcik meniaga nasi berlauk… murah dan sedap.. semoga kamu dimurahkan rezeki… amin…

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...