google analytic

Nuffnang

Thursday, August 14, 2008

Resipi IKAN DORI BERPES TOMYAM


Ni belum masuk oven lagi... ikan dori dibawah timbunan tomato dan bendi..

Aku ada resipi paling kacang dalam dunia. (bukan kacang goreng)..

Ni resipi yang aku akan masak kalau aku amatlah malas memasak tapi dalam masa yang sama tidak mau makan luar, malas mau tapau dan teringin makan masakan rumah. Tambah pula, husband aku dan si Zizou pun suka lauk ni.


Ni le cara2nya

  1. Mula2 nyahbekukan dory fillet atau sutchi fillet. (Dory dan sutchi fillet ni ble didapati di market contoh cam Carrefour, jusco, giant, tesco, cold storage… di pasar ikan biasa tade kot, nda sure la.. try la cari kat pasar borong serdang)..

    Personally, aku lebih suka sutchi fillet dari dori.. lebih sedap… pastu guna ikan bangsa ni senang.. tak yah nak siang2.. takde tulang.. senang sangat… masak senang, makan pun senang..

  2. Pastu bentangkan aluminium foil untuk dibaringkan ikan dori tu.. panjang aluminium foil tu agak2 la supaya boleh bungkus ikan tu nanti..
  3. Pastu dalam mangkuk kecil, campurkan sesudu pes tomyam (aku guna pes tomyam cosway) dengan sesudu sos tiram (jenama apa pun tak kisah.. terpulang pada citarasa masing2..mine is Lee Kum Kee)..
  4. Sapukan ikan dori tu dengan sos tadi..
  5. Lepas tu perahkan sedikit jus lemon (optional.. takde pun tape..pasal pes tomyam dah masam)..
  6. Lepas tu letak la sayur apa yang disukai.. aku letak tomato dan bendi..
  7. Pastu, bungkus.. masuk dalam oven.. setkan time macam 20-30 minit.. 200 darjah celcius..
  8. Tak perlu campurkan sos dengan air.. sebab masakan ni akan berkuah kerana air ikan akan keluar ketika proses pembakaran.. garam, gula pun tak perlu..
  9. Siap resipi makanan yang sihat…

Kalau aku masak benda alah ni (ble direfer as memasak ka? Hehehe…).. aku buat telur dadar.. makan dengan nasi panas… tu ja.. hehehe..

Kalau mau guna microwave (sepatutnya lebih senang).. kena la set time lebih singkat.. and tak ble guna aluminium foil… pandai2 la korang..

2 comments:

  1. Ok laaa tue ...xyah pening2 kepala nak masak lagi,xyah lama2 kena prepare. Balik kerje senang jer nak buat...ni nak masak lagi nak main ngn anak2 lagi kan.mmmmm kena try cara ni plak laaaaa....good idea.

    ReplyDelete
  2. ini mmg cara yang senang untuk sediakan dinner yg berkhasiat..

    nanti kalau ada resipi yg senang2, kongsi2 la..
    :)

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...