google analytic

Nuffnang

Wednesday, December 31, 2008

Babai 1429 dan 2008!

2008 – ada orang cakap, tahun 2008 ni banyak ong.. pasal nombor 8 bertuah ni la.. as for me? Hmm.. lots of thing happened.. ada yang boleh cerita, ada yang sesuai untuk disimpan untuk diri sendiri saja. Ada yang boleh dibanggakan, ada yang dikesalkan. Ada yang boleh dijadikan pengajaran, ada yang boleh dibuang jauh-jauh. But mostly happy moments.. and if i cried, semuanya bersebab pasal aku bukan jenis orang yang boleh meleleh air mata saja-saja.

Aku mo rep-up balik semua achievements dan benda-benda yang tidak layak dikira sebagai achievements tapi berbaloi untuk aku ingat sepanjang 2008 ni

  • Aku memangku jawatan senior daripada jawatan aku sekarang untuk tujuan naik pangkat
  • Aku try untuk minta scholar sambung belajar tapi dukacita tidak dapat.. huhuhuh.. padan muka aku sebab tidak bersedia. Next year, aku harap aku dapat sebab aku akan try apply lagi.. tapi kali ni dengan persediaan yang jitu
  • Aku, abang edi dan zizou bercuti ke Phuket dan Bali.. dua2 aku suka.. tahun 2009 ni abang edi declare tiada cuti oversea.. semua cuti2 Malaysia saja.. bah mana saja la..
  • For the first time dalam tahun ni, aku kesiokan membawa kereta auto gear... (kereta kelisa aku manual).. punya la siok sampai aku jadi palui2 bila bawa kereta manual... after 200 meter pun aku masih tidak tukar gear satu pigi gear dua... hehehehe..
  • Adik aku kawin.. sebagai kakak yang cantek dan bertanggungjawab, banyak juga la aku punya peranan.. sekarang aku sudah berkira2 apa yang patut dan tidak patut untuk diamalkan untuk kawin adik-adik aku yang next.. hehehe... post mortem nya orang..
  • Aku dapat kumpul cuti 8 hari untuk di bring forward ke next year.. bukanlah jumlah cuti yang banyak untuk dibandingkan dengan orang lain.. tapi sepanjang aku punya servis ni, inilah cuti yang paling banyak aku kumpul..
  • Aku suda gained sedikit berat badan jika mo dibandingkan dengan tahun 2007. Oklah tu.. nda la nampak macam lidi nya orang...
  • Berani bake cookies, cakes dan casserole dishes... first time dalam hidup aku pakai oven.
  • Dapat keep in touch balik dengan kawan-kawan sekolah SMAKK dulu...
  • Dari rumah apartment, kami berpindah ke rumah teres 2 tingkat (masih menyewa sementara menunggu rumah sendiri siap).. salah satu factor buat aku tambah tembam..
  • Apa lagi aaa...

Zizou pula suda berumur 2 tahun. Dengan tiba-tiba ja aku rasa, pertumbuhan minda si Zizou ni jadi bertambah-tambah.

  • Masih belum pandai bercakap dengan betul tapi semakin boleh difahami
  • Vocab semakin bertambah tapi disebut dengan pelat contoh
    • Bal = ball or bola
    • Dodo = duduk, kerusi
    • Oto = motor, basikal, dan yang sewaktu dengannya
    • Num = minum, botol air, iklan coke, aiskrim, calciyum, yakult dan yang sewaktu dengannya
    • Mam = makan, makanan
    • Nanak = tak nak
    • Ba bi or bebe = sebenarnya baby.. tapi tak dapat sebut sebutan be' dengan betul jika diikuti dengan sebutan bi.. pasal sakit telinga mendengar walaupun kami tau si Zizou innocent, perkataan baby ditukar dengan perkataan bebe
    • Mio = kucing dan anjing
    • Dido = tidur, tilam, buaian
    • Dan etc....
  • Pandai menyanyi la kunun.. ikut orang menyanyi.. tapi kalau mummynya menyanyi, zizou marah.. cheh..
  • Suka menari ala-ala shuffle
  • Suka tendang bola
  • Suka model aircraft.. kenal logo MAS dan AirAsia dan akan sebut – ae-asye (kunun airasia)
  • Suka iklan uMobile, dan akan sebut U berulang-ulang selepas iklan uMobile
  • Suka Tom Tom Bak, dan sebut – Pu Pu Bak.. jika terlihat Aznil Nawawi juga Pu Pu Bak
  • Boleh kata semua rancangan dalam Astro Ceria Zizou suka
  • Suka iklan Jom Heboh, dan akan nyanyi – Jo Pe Po Pe Po (kunun Jom Heboh Heboh)
  • Suka main air yang amat...
  • Kesimpulannya, banyak... penat juga aku mo list satu-satu ni.. apa2pun, me and abang edi are proud of him


 

Semoga tahun baru 1430H dan 2009M ni akan membawa banyak rahmat kepada aku dan keluarga aku.. walaupun ekonomi diramalkan jatuh, harap2 kewangan kami tetap stabil. Semoga peluang aku untuk jadi isteri yang baik, ibu yang penyayang dan career woman yang berjaya bertambah-tambah dan dipergunakan dengan sebaiknya. Aku juga berazam untuk jadi manusia as a whole dan muslim yang lebih baik. Dan semoga 2009 ni, Zizou akan dapat seorang adik perempuan yang comel.. hehehe.. InsyaAllah..

Wednesday, December 24, 2008

Dear God

Dear God,

Please grant me the serenity to accept the things I cannot change;

The courage to change the things I can;

And the wisdom to know the difference

Tuesday, December 16, 2008

Selamat Pengantin Baru!

masuk hari ni, sudah 4 hari since adik aku, Tasha bergelar isteri orang kepada lelaki pilihan hatinya, Rizan. dorang ni berjumpa time kerja sama-sama di AirAsia Labuan. skg, si Tasha is waiting for her KPLI posting... harap2 dpt di Labuan jugak la... kalau dpt tempat lain, kesian juga tu kan kena pisah2 sama lakinya..

dan macam biasa, sudah menjadi tradisi keluarga belah bapa aku, kalau ada orang kawin ja.. semua urusan akan dibuat secara bergotong-royong - no catering... dan antara orang yg bersusah payah - mesti la aku :)

mata aku pun skrg ni sudah naik eye-bag.. pasal nda cukup tidur dan kepenatan yg amat.. tp aku rasa parents aku lg penat.. sudah la physically penat, fikiran pun penat juga..

nasib ja sepanjang kami berusah tu (berusah means gotong-royong buat kerja in brunei), si zizou memberi kerjasama yg amat baik dengan membanyakkan rehat.. jd, aku pun nda la berapa pening mo melayan anak, mana lagi mo menolong2 buat kerja...

the kenduri turn out well... semua orang gembira... (ya ka? ke ada yg busuk hati tidak gembira.. hehehe.. lantak la..).. the pengantin look happy and pretty/handsome..parents aku pun mungkin menerima duit huluran yg banyak... hehehe..

so, selamat mendirikan rumahtangga kepada Tasha dan welcome to the family to Rizan.. semoga kamu berbahagia dunia dan akhirat...

Tuesday, December 9, 2008

Cabut gigi...

suppose balik pada selasa, 9/12. tp pasal cik abang request nak balik lambat sebab dia ada byk delivery kena buat last minute (invoice kena hantar b4 tutup akaun hujung tahun).. jadi aku ambil keputusan, cik abang balik lambat.. aku dan zizou balik awal.. yiehaa..

berdua dengan zizou naik flight from kl to labuan for 2hrs and 25 mins? nice... nasib baik tidak ramai passenger.. zizou dengan obedientnya makan nasi goreng cina dan sempat take a nap for 45 minutes.. tidak byk drama.. maybe dia tahu, mummynya kena jadi ibu tunggal kejap.. kalau ada si daddy, bole la mau ngada2...apa yg aku tau, by the time the flight landed, lantai bwh seat kami tu was a mess.. dengan nasinya la, tisu.. stuffs... hehehe... sorry ye cik stewardess..

we will be here for a week.. setakat 3 hari aku stay sini.. zizou gembira.. mungkin kerana ramai orang yg melayan.. dan aku belikan dia toy truck baru.. he seems very happy..

aku? suara aku serak2 basah due to batuk dan selsema yg tidak berhenti2.. salah sendiri juga, liat mau ke klinik.. lepas tu, gusi geraham paling hujung atas sebelah kanan pula terasa sakit yg amat.. tiada nikmat makan.. went to dentist pada hari raya haji, tp tiada satu dentist pun yg buka.. cheit...

pagi ni, awal2 aku pegi dentist.. punya la ramai yg menunggu.. sampai turn aku, dentist tu cakap geraham aku tu tumbuh senget.. so, bergesel dengan pipi dan gusi.. tu la jadi bengkak.. dia nasihatkan? cabut ja.. aku mmg tidak kisah.. yg penting penderitaan aku berakhir... at last.. utk masa less than 15 minutes... bius+cabut.. taraaa... aku bahagia.. hehehe..

dan skrg, aku memblogging using my sister's notebook.. tidak sampai sejam lepas cabut gigi, kapas penahan darah suda dibuka... setelah 3 jam, kebas kesan bius sudah hilang.. tp aku pun suda telan ponstan awal2..this tooth thing, is nothing... kalau aku boleh survive masa berpantang lepas caesarian, apa la sangat cabut gigi ye tak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...