google analytic

Nuffnang

Wednesday, December 31, 2008

Babai 1429 dan 2008!

2008 – ada orang cakap, tahun 2008 ni banyak ong.. pasal nombor 8 bertuah ni la.. as for me? Hmm.. lots of thing happened.. ada yang boleh cerita, ada yang sesuai untuk disimpan untuk diri sendiri saja. Ada yang boleh dibanggakan, ada yang dikesalkan. Ada yang boleh dijadikan pengajaran, ada yang boleh dibuang jauh-jauh. But mostly happy moments.. and if i cried, semuanya bersebab pasal aku bukan jenis orang yang boleh meleleh air mata saja-saja.

Aku mo rep-up balik semua achievements dan benda-benda yang tidak layak dikira sebagai achievements tapi berbaloi untuk aku ingat sepanjang 2008 ni

  • Aku memangku jawatan senior daripada jawatan aku sekarang untuk tujuan naik pangkat
  • Aku try untuk minta scholar sambung belajar tapi dukacita tidak dapat.. huhuhuh.. padan muka aku sebab tidak bersedia. Next year, aku harap aku dapat sebab aku akan try apply lagi.. tapi kali ni dengan persediaan yang jitu
  • Aku, abang edi dan zizou bercuti ke Phuket dan Bali.. dua2 aku suka.. tahun 2009 ni abang edi declare tiada cuti oversea.. semua cuti2 Malaysia saja.. bah mana saja la..
  • For the first time dalam tahun ni, aku kesiokan membawa kereta auto gear... (kereta kelisa aku manual).. punya la siok sampai aku jadi palui2 bila bawa kereta manual... after 200 meter pun aku masih tidak tukar gear satu pigi gear dua... hehehehe..
  • Adik aku kawin.. sebagai kakak yang cantek dan bertanggungjawab, banyak juga la aku punya peranan.. sekarang aku sudah berkira2 apa yang patut dan tidak patut untuk diamalkan untuk kawin adik-adik aku yang next.. hehehe... post mortem nya orang..
  • Aku dapat kumpul cuti 8 hari untuk di bring forward ke next year.. bukanlah jumlah cuti yang banyak untuk dibandingkan dengan orang lain.. tapi sepanjang aku punya servis ni, inilah cuti yang paling banyak aku kumpul..
  • Aku suda gained sedikit berat badan jika mo dibandingkan dengan tahun 2007. Oklah tu.. nda la nampak macam lidi nya orang...
  • Berani bake cookies, cakes dan casserole dishes... first time dalam hidup aku pakai oven.
  • Dapat keep in touch balik dengan kawan-kawan sekolah SMAKK dulu...
  • Dari rumah apartment, kami berpindah ke rumah teres 2 tingkat (masih menyewa sementara menunggu rumah sendiri siap).. salah satu factor buat aku tambah tembam..
  • Apa lagi aaa...

Zizou pula suda berumur 2 tahun. Dengan tiba-tiba ja aku rasa, pertumbuhan minda si Zizou ni jadi bertambah-tambah.

  • Masih belum pandai bercakap dengan betul tapi semakin boleh difahami
  • Vocab semakin bertambah tapi disebut dengan pelat contoh
    • Bal = ball or bola
    • Dodo = duduk, kerusi
    • Oto = motor, basikal, dan yang sewaktu dengannya
    • Num = minum, botol air, iklan coke, aiskrim, calciyum, yakult dan yang sewaktu dengannya
    • Mam = makan, makanan
    • Nanak = tak nak
    • Ba bi or bebe = sebenarnya baby.. tapi tak dapat sebut sebutan be' dengan betul jika diikuti dengan sebutan bi.. pasal sakit telinga mendengar walaupun kami tau si Zizou innocent, perkataan baby ditukar dengan perkataan bebe
    • Mio = kucing dan anjing
    • Dido = tidur, tilam, buaian
    • Dan etc....
  • Pandai menyanyi la kunun.. ikut orang menyanyi.. tapi kalau mummynya menyanyi, zizou marah.. cheh..
  • Suka menari ala-ala shuffle
  • Suka tendang bola
  • Suka model aircraft.. kenal logo MAS dan AirAsia dan akan sebut – ae-asye (kunun airasia)
  • Suka iklan uMobile, dan akan sebut U berulang-ulang selepas iklan uMobile
  • Suka Tom Tom Bak, dan sebut – Pu Pu Bak.. jika terlihat Aznil Nawawi juga Pu Pu Bak
  • Boleh kata semua rancangan dalam Astro Ceria Zizou suka
  • Suka iklan Jom Heboh, dan akan nyanyi – Jo Pe Po Pe Po (kunun Jom Heboh Heboh)
  • Suka main air yang amat...
  • Kesimpulannya, banyak... penat juga aku mo list satu-satu ni.. apa2pun, me and abang edi are proud of him


 

Semoga tahun baru 1430H dan 2009M ni akan membawa banyak rahmat kepada aku dan keluarga aku.. walaupun ekonomi diramalkan jatuh, harap2 kewangan kami tetap stabil. Semoga peluang aku untuk jadi isteri yang baik, ibu yang penyayang dan career woman yang berjaya bertambah-tambah dan dipergunakan dengan sebaiknya. Aku juga berazam untuk jadi manusia as a whole dan muslim yang lebih baik. Dan semoga 2009 ni, Zizou akan dapat seorang adik perempuan yang comel.. hehehe.. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...