google analytic

Nuffnang

Tuesday, February 23, 2010

Kursus itu...

After been away from office for almost 4 months... hari ni aku kembali semula bekerja!

Apa yg aku buat selama 4 bulan tu? Maternity leave 60 hari + 2 minggu cuti rehat + 6 minggu kursus QA di INTAN Kiara + 1 hari cuti untuk menguruskan hal-hal rencam yang tidak sesuai dibuat kalau aku sudah masuk ofis kerana akan mengganggu masa bekerja.. lama tu...

Sebenarnya, sudah berkira2 untuk menambah cuti seminggu lagi, alang-alang masuk ofis bulan Mac nanti.. tapi, macam malas la pula stay di rumah time musim panas membahang ni.. bagus buat kerja di ofis, aircond jalan, jimat cuti rehat...

Aku masih teringat2 time aku berkursus QA tu... seronotnya time tu... tiada masa untuk mengupdate blog... aku mo recap balik la... supaya aku tidak lupa kenangan kursus QA...

Week 1 (sudah di recap dalam entry sebelum ni)

98 orang peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang dipecahkan kepada 10 kumpulan. Aku dalam kumpulan 6. Kami namakan kumpulan kami as "Kumpulan Bulu Ayam". Tiada kena mengena dengan ayam yang hidup atau yang sudah disembelih, dilanggar kereta, dimatikan secara karen dan sebagainya.. kenapa Bulu Ayam? Kunun kami ni macam "Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua"... chewah...

Kumpulan kami ada 10 orang peserta. 5 lelaki dan 5 perempuan.

Start belajar basic Research Methodology. Belum start pening lagi.

Oleh kerana kami amat bersemangat, kumpulan kami duduk paling depan sekali dalam kelas. Hehehehehe...


Week 2

Sepanjang kursus QA ni, aku akan bangun jam 5 pagi... menguruskan bekalan express breastmilk untuk si Zara.. keluar rumah paling lewat by 7 am. Kena keluar awal atau aku akan menerima akibat jam 9 pagi pun mungkin tidak akan sampai INTAN Kiara. Selalunya, jam 7.30 sudah sampai. Breakfast dulu then baru masuk kelas. Kelas pun tingkat 4. Hari2 macam ni selama 6 minggu, memang jadi kurus la aku.

Sudah mula start pening. Lepas kelas ja, kami kena bagi case study untuk dibincangkan secara berkumpulan. Time berbincang tu la ternyata menambahkan pemahaman kami. Symptom la, problem la, intervening variable la, independent variable la.. lepas bincang... buat presentation... time ni kena bombard berabis oleh lecturer dan ahli kumpulan lain... there is no right or wrong answer. Terpulang kepada cara untuk defend idea kita.

Dalam minggu ni juga, turn aku untuk buat public speaking. Dengan bangganya aku cakap pasal faktor-faktor untuk menjayakan penyusuan secara ekslusif. Itupun setelah digalakkan oleh kawan-kawan aku. Ada yang mempersoalkan kewajaran topic aku tu. Well, i don't mind talking about it at all. Yang hadir kursus tu pun rata-ratanya adalah mak dan bapak orang. It's their bad if they cannot accept my speech. Malu tidak bertempat tu la yang menyebabkan ramai orang melayu ketinggalan dalam hal-hal natural parenting.


Week 3

Kepala otak semakin berasap. Aku sempat beli buku Uma Sekaran yang popular di kalangan bebudak QA. Walaupun aku sudah ada buku tu dengan cara meminjam dari library ofis, tapi rasa macam tidak puas pasal tidak dapat diconteng sesuka hati.

Ketokohan aku sebagai orang yang paling awal sampai ke dewan makan setiap kali lunch terserlah. Malas mau berbaris panjang-panjang. Terpaksa untuk jimat masa pasal mau cop plug point di surau untuk projek tenusu.

Minggu ni ada exam untuk modul Research Methodology. Setiap kumpulan kena bagi tugasan untuk buat report dan hantar kepada penyelaras program.

Exam hari Jumaat. Lepas exam, aku terus keluar hall dengan keletihan, kelaparan dan tanpa rasa bersalah. Aku hanya fikir mau makan. Memang drained out habis. Gila... lama sudah tidak jadi student.


Week 4

Minggu ni kami start belajar Statistic pula. Time sekolah dan di UM dulu pun ada belajar juga. Tapi seingat aku time dulu-dulu tu belajar Math Statistic ja. Sekarang ni aku belajar Applied Statistic. Kena selesaikan isu, buat inferring, conclusion dan cadangan. Macam time ni baru la paham apa guna rumus statistic tu semua.

Jadi, jumpa la istilah Central Limit Theorem, 95% confidence level, chi square dan sebagainya tu. Aku suka subjek ni tapi pening. Tambah pening bila tekan calculator tapi calculator tu memberikan jawapan salah pasal aku salah tekan.

Kumpulan kami yang selama ni duduk depan kena pindah ke belakang untuk bagi peluang kepada kumpulan yang sebelum ni duduk belakang ke depan. Jadi, nampakla ada beberapa peserta QA yang suka datang lambat. Huhuh... mana-mana la... bukan kecik lagi kan.. semua sudah dewasa... tapi yang harunya, aku punya la susah mau tengok white board. Rabun jauh kan..


Week 5

Ada exam statistic. Yang bestnya, exam ni open book.. hehehehehe... walau open book pun, tapi kalau bengong tu, besar macamana 'toyol' pun, sure tidak membantu. Meja aku habis penuh dengan nota sahaja time exam sampai mau cari kertas soalan pun tidak jumpa. Huhuhuhuhuhu... walaubagaimanapun, exam kali ni tidak lah menyesakkan kepala macam time exam RM mula-mula tu... time exam RM tu, aku keluar hall dengan muka sakit... exam statistic ni, aku keluar hall dengan muka gumbira.. hehehe...

Besoknya, terus start module SPSS..


Week 6

Minggu terakhir dan yang paling sedikit kelas pasal hari Isnin dan Selasa cuti Chinese New Year. Aku tidak outstation mana-mana pasal kebetulan mama dan bapa datang ke kl untuk berkursus dan mesyuarat. Tasha pun datang KL untuk tengok Zizou dan Zara. Jadi, cuti hujung minggu yang panjang dihabiskan dengan mengukur kaki lima shopping complex seperti Midvalley dan Alamanda. Mama aku mau pegi Sogo, tapi tutup la pula hari Ahad tu.

Aku terasa macam cepat ja masa berlalu kerana tidak lama lagi hari exam SPSS menjelang tiba which is fall on Friday. Abang edi tanya "Nape I tak nampak you baca buku pun?".. aku hanya menjawab dengan senyuman kerang busuk "Pasal exam open book"... hehehehe...

Hari jumaat tiba... exam lagi... dan kali ni exam 2 jam sahaja. Lepas exam, kami makan-makan dulu hasil kutipan RM15 dari semua peserta kursus. Lepas tu ambil gambar ramai-ramai.

Sedihnya.... sedih untuk meninggalkan INTAN Kiara, sedih untuk berpisah dengan kawan-kawan. Sedih untuk berpisah dengan lecturer iaitu Pn. Ho dan En. Faizal.


Kumpulan Bulu Ayam

Dianggotai oleh

  1. En. Norali aka Chief dilantik untuk mengetuai Kumpulan Bulu Ayam. Jauh dari Sabah bah... tiap-tiap weekend balik KK. Berkarih jua banar... dan setiap kali balik tu mesti menjamu kami semua makan kuih cincin.
  2. En. Awang aka Penolong Pengurus Besar JKR dari Kuantan. Orang yang paling ringan tulang. Rajin untuk mendokumentasikan semua hasil perbincangan tanpa rungutan. Memang tidak dapat dilupakan kes Cronbach Alpha aka Gelombang... Hehehehe.. sempat lagi kami kirim keropok lekor dan otak-otak sata dari si Awang ni..
  3. En. Taufik. Orangnya kelihatan matang dan serius tapi sebenarnya senang dibawa berbincang. Paling tidak dapat dilupakan ketika berkongsi literature review yang diberi nama "yang ni pun ok kot.pdf"
  4. En. Muhamad aka KADO dari Raub. Ni pun nampak macam diam-diam tapi pandai juga buat lawak.
  5. En. Mizal dari LPPKN. Membawa istilah 'caragaya keibubapaan'.
  6. Pn. Shahrinaz dari MBPJ. Baik hati kerana bagi token perpisahan. Aku juga la yang tidak bagi apa-apa.
  7. Pn. Elia dari BPP. Dia telah menaip 'skema' untuk modul SPSS. Hehehe..
  8. Pn. Suyati dari MAMPU. Orangnya kelakar tak hengat. Murah hati kerana bagi aku menumpang bilik dia untuk 'projek tenusu'.
  9. Last but not least, Pn. Juliana dari KWP. Duduk sebelah aku sepanjang kelas. Kami banyak bertukar fikiran dan idea ketika kelas. Selalu jadi cikgu mengajar anak murid.
  10. Dan aku – the youngest student in our group.

Kesimpulannya bersama semua ahli kumpulan ni, tiada masalah. Kepala senang ngam. Semua pun tiada masalah lambat datang what so ever. Senang mendapat kerjasama.

2 comments:

  1. Jumpa blog ni sbb cari info kursus QA :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sudi singgah En. Muhammad Fahmi Mike Abdullah :)

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...