google analytic

Nuffnang

Wednesday, April 7, 2010

Yenna Solla Pogirai?






Illai illai solla oru ganam pothum
Illai yendra sollai thanguvathendral
Innum innum yennukor janamam vendum
Yenna solla pogirai...?

It only takes you a moment to say No.
To bear the hurt
I will have to be born again and again
Oh! What will your answer be...?

Ondru solladi penne - illai
Nindru kolladi kanne

Do say something, my love -
Or, perhaps, it is best you stay quiet.


 

Ni lagu ciptaan AR Rahman dalam wayang tamil Kondukondain Kondukondain

Aku ble terjebak minat gila dengan cerita ni pasal aku pernah menjadi fan kepada Aishwarya Rai... hampir semua movie lakonannya aku akan beli...

Tapi, serius, lagu ini amat syahdu... walaupun aku tidak faham apa kejadah nya lagu ni cerita pasal apa (dan actually tengok cerita ni pun bukan paham sangat pasal tiada subtitle malay or English... hentam ja tengok cerita tamil – aku beli vcd movie ni di Masjid India..) tapi aku seakan dapat roh lagu ni... chewah...

For the record, Sonali Bendre pun aku suka... aku pernah beli vcd (ye... dulu2 time aku belajar ada vcd ja... skrg ni semua pakai dvd gold disc... next 2 years lagi tidak tahu pakai apa lagi time tu.. maybe pakai thumbdrive ja.. hehehe..) Jadi, dipendekkan cerita aku pun pernah terjebak beli vcd Roja, Hum Saath Saath Hein...

Hasil pembelian vcd movie-movie ini, citarasa aku sudah terjangkit kepada adik-adik aku... hahahahaha... dorang lagi teruk, siap boleh hafal step tarian lagi...

Kami memang 1Malaysia... dari dulu lagi...

Monday, April 5, 2010

Me and Movies

Last Saturday, kami pegi tengok movie HOW TO TRAIN YOUR DRAGON

Pi tengok midnite. Kami 3 orang ja – Me, abang edi dan anak teruna hamba, Addin Zidane. Adik baby Zara? Tinggal di rumah dengan Auntie Nurul. Hehe..

Sebenarnya, auntie Nurul diimport dari Shah Alam secara adhoc untuk menemankan kami di rumah sementara abang edi berpergian untuk menonton perlawanan EPL yang paling ditunggu-tunggu dalam musim ini iaitu ManU lawan Chelsea. Hasilnya? ManU kalah 2-1. Kuikuikuikui... baru tau sebok sangat mau tengok dengan kawan-kawan. Sedangkan, bukannya abang edi tidak tau kalau dia tengok di luar ja mesti ManU kalah. Kunun dia macam jinx la... hahahahaha.. (jangan marah peminat ManU semua.. my hubby bukanlah cause utama kekalahan pasukan pujaan korang – huhuhuuhuh)...

Bukan ka elok tengok di rumah.. tapi susah pula sebab si Addin Zidane sekarang amatlah demanding dalam bab menukar channel Astro ni. Asyik mau tengok channel kartun ja (apa lagi kalau bukan channel bertuah 611 hingga 615). Itu memang cabaran yang amat besar untuk aku dan abang edi sekarang. Jalan penyelesaian? Aku lock ja 611 sampai 615 tu. Abang edi pula telah mengeluarkan arahan untuk unsubscribe channel-channel bertuah tersebut. While, aku pula sebagai seorang mummy yang baik hati (huhuhuhuh..) masih mempertimbangkan arahan tersebut..

Dan oleh kerana juga aku ni mummy yang suka menspoilkan anak sendiri – no la.. aku ni garang ok – aku mengusulkan kepada abang edi untuk bawa Zizou tengok midnite. Sebelum keluar, aku sudah siap-siap bancuh susu dan sediakan bekal air masak dalam botol Ben10 si Addin Zidane yang tiada kuasa transformer itu. 

Balik ke cerita asal... (mukadimah amat panjang berjela)

Testimony aku?

Aku suka cerita itu yang amat!!!!!!!!!!!!!! Aku suka character Hiccup bersama dragon petnya iaitu seekor Night Fury yang bernama Toothless. Review tambahan? Apa kata anda tonton sendiri? Memang amat berbaloi...

Hiccup yang sedang berterbangan dengan dibonceng oleh gelprennya iaitu Astrid. Dorang naik dragon Night Fury yang kunun paling dasyat di era itu

Citarasa aku dalam menonton wayang amat sukar dipuaskan. Hatta movie AVATAR itu pun kurang memuaskan hati aku. Movie ALICE IN WONDERLAND yang diidam-idamkan juga tidak seseronot cerita How TO TRAIN YOUR DRAGON itu. Oh....

Kenapa? Mungkin kerana ada elemen aku-tidak-sangka-akan-terjadi-yang-sedemikian. TWO THUMBS UP! AND TWO TOES POINTING!

Anak teruna aku pun teruja. Tapi tertidur di 15 minit sebelum movie berakhir. Kesian anak aku.. huhuhuhuh...
Sedikit trivia mengenai experience aku dengan movies

The latest movie I watched in cinema? How was it?
HOW TO TRAIN YOUR DRAGON. 5 of 5 stars!!!!!

Before that? How was it?

ALICE IN WONDERLAND. Boleh la... factor penggalak ialah Johnny Depp.
 
SHERLOCK HOLMES.. ni pun.. ok ok la.. tapi abang edi suka..
 
AVATAR. Kagum juga la... tapi bukanlah sampai tahap mau tengok lagi...
 
UP (animation movie). tp ni tengok DVD di rumah ja... ni pun syiok. Si Addin Zidane sudah tengok cerita ni more than 10 times already.
ini adalah salah satu daripada cerita kegemaran si Addin Zidane (apart of Ultraman dan kaum kerabat cth seperti Gaia, Cosmos, Dyna dsb).. he even get the idea that a real 'datuk' (old man) should have a 'tongkat'.. huhuh...

PAPADOM.. bored me.. hmmm... tapi orang sekeliling aku ketawa including my hubby.

Sebelum-sebelum tu.. tidak ingat... banyak la list..

Aku suka tengok cerita genre apa?
Romantic, romantic comedy. HE'S JUST NOT THAT INTO YOU memenuhi taste aku. Cerita action? Jarang-jarang. TRANSFORMER aku boleh layan.

Kesimpulan? Kalau cerita boring dan tidak menarik minat aku, tunjuk di tv pun belum tentu aku mau tengok.

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah buat Din Beramboi...

Sedih juga la... rasa kehilangan... ye la... pasal aku kenal dia kan, walaupun dia tidak kenal aku..

Mau dijadikan cerita, aku ni pun mula-mula bukan la follow sangat arwah ni dulu..

Kadang-kadang, ada la aku tengok telatah dia jadi si puppet bernama Kicap dalam Tom Tom Bak.. memang kelakar...

Kalau dengar radio pagi-pagi, aku suka tune in to Sinar FM sebab aku rasa gandingan si Salih Yacob, Krill dan Kak Engku memang menjadi..

But since aku kena pegi kursus for 6 weeks di INTAN Kiara dan aku akan gerak dari rumah pada pukul 6.30 pagi, aku rasa Sinar FM kalau sebelum jam 7 pagi memang agak boring pasal ada segmen berpantun... so, kind of mengantuk...

Tapi kalau dengar Era FM, memang seronok pasal Aznil yang lebih dikenali dengan gelaran Uncle Aznil suka pasang lagu rancak yang akan membuatkan aku berjoget2 sambil driving... simple say, memang aku akan rasa cergas ja bila aku sampai INTAN Kiara..

Ada pula dengan Sawancara dan Drama Sebabak yang Din Beramboi lead... memang akan buat aku gelak sorang-sorang.. tambah lagi dengan si Aznil yang ketawa every time si Din Beramboi mengeluarkan jenaka-jenaka merapu dia tu... aku dan abang edi dua-dua suka dengar jenaka Din Beramboi..

So, lepas ni, Drama Sebabak dan Sawancara hanya tinggal kenangan... sian la Uncle Aznil bersiaran sorang-sorang... huhuhuhuhu...

Aku rasa, arwah Din Beramboi memang unik.. sebab dia suka buat lawak merapu yang kadang-kadang aku rasa tiada manusia biasa yang boleh terfikir untuk berlawak merapu macam arwah... so, kind of he is an extraordinary man in his own league...

Hari isnin baru-baru ni aku dengar Era, si Aznil ja bercakap sorang-sorang, tiada suara Din Beramboi.. malam tu di Buletin Utama, keluar berita Din Beramboi dalam keadaan koma masuk ICU di Hospital Selayang konon kena jangkitan kencing tikus... penonton siap diminta untuk derma darah jenis O lagi tu.. 2-3 hari lepas tu, kena bgtau pula yang beliau ni kena demam denggi berdarah... dan semalam, tengah malam Jumaat, beliau pergi meninggalkan dunia ni..

Walau macamana pun rakyat Malaysia sayangkan beliau, ada yang menangis-nangis call Era hari Rabu baru-baru ni sebab sedih dengar cerita beliau koma, tapi ternyata Allah lebih sayangkan beliau... Al-Fatihah untuk beliau.. semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Amin..


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...