google analytic

Nuffnang

Wednesday, December 29, 2010

Ibu berpendakap gigi (Part 3)

Aku memang tidak sabar mau tau my family's reaction to this. Especially, si Addin dan Zara. A week before aku pakai braces, aku selalu tunjuk gambar orang pakai braces pada si Addin.. hahaha.. bagi mental preparation dulu cukup-cukup.

Abang Edi: Sejurus lepas aku keluar klinik, aku call Abang Edi. Dia minta aku mms gambar gigi aku. His reply was "Hehe.. new look"

Addin: Time aku ambil dia di nursery, aku tunjuk gigi aku sama si Addin. And all he said was "Ui...." dengan nada terkejut sambil mengerutkan dahi.. lepas tu dia ble cakap "Gigi Mummy buruk la, nanti Addin jadi doktor, Addin cabut yang hitam-hitam tu"... hahahahaha...
Susah juga aku mau convince dia.. Aku cakap lepas bukak braces, gigi mummy jadi cantik. Lepas tu aku bagi contoh yang Syahir AF pun pakai braces.. wakakaka..

Zara: Bila aku tunjuk gigi, Zara mengeluarkan lidah panjang-panjang.. aku rasa, dia pun mau try tunjuk gigi dia kot, tapi dia tidak tau macamana mau buat.. hehehe.. 

Adik-adik aku excited. Mama aku tanya "Sakit ka?".. Aku jawab "Tidak"..

Kawan-kawan study aku di UKM pun macam tergezut... huhehehe..

But I am just worried, memandangkan anak aku sudah mau pra sekolah, aku risau kalau kawan-kawan Addin mengejek dia pasal gigi aku yang bling-bling ni. Tau la, budak-budak sekolah kan kejam dalam hal kutuk-mengutuk ni. I hope he is doing well. Sapa yang kutuk-kutuk tu, aku akan confront budak tu dan berkata "Aunty rasa gigi awak akan buruk dan jatuh paling kurang dalam 1 tahun lagi".. wakakakakaka... aku lagi kejam...


Untuk keselamatan sejagat, aku memutuskan untuk tidak memasukkan rupa lubang hidung dalam gambar ni. Bibir pun kering. Tapi aku tidak pandai crop tang bibir tu.

Ibu berpendakap gigi (Part 2)

The journey

20 Disember 2010 - First appointment
Dentist bagi consultation, buat scaling dan mould gigi... gila time scaling tu, punya la banyak taik gigi... lepas scaling, rasa macam kosong ja... macam banyak la punya berlubang... hohohoho... time ni, aku belum fix lagi mau pakai braces yang macamana.. dentist tu syorkan aku pakai damon system, kunun sesuai untuk orang tua macam aku... less sakit, more speed... tapi more expensive... aku ada berkira-kira mau pakai yang conventional saja, pasal boleh tukar-tukar warna getah every month... atau pakai yang seramik... baru la transparent.. tapi dari hasil bacaan aku, pakai yang conventional akan terasa lebih ngilu... pakai yang seramik akan ambil masa yang lebih dari pakai yang conventional metal... malas aku mau pakai lama-lama... aku mau by the time aku grad master nanti, gigi aku sudah cantek tersusun...

22 Disember 2010 - Buat X-ray

Nota: Pada hari sebelum kena cabut gigi, semua yang aku terfikir mau makan, aku bedal ja. Pasal lepas pakai braces, sure aku kena banyak pantang.

24 Disember 2010 - 2nd appointment
Cabut gigi molar kecil sebelah atas kiri. Definitely tidak sakit.

28 Disember 2010 - 3rd appointment
Kena pasang braces Damon 3. Half ceramic half metal. Adalah lebih sejam kena pasang. Naik lenguh rahang aku. Mulut dan bibir pun kering ja. Doktor tu ajar aku cara bersihkan gigi. Aku kena bagi (beli) berus gigi ortho, interdental brush dan wax.

Apakah perasaannya lepas pakai?
- Aku rasa mulut aku penuh
- Tidak selesa
- Ngilu, susah mau makan, mau berus gigi pun susah.
Sabar ja la... bukannya lama ni... insyallah setahun setengah ja pakai benda alah ni...

Ibu berpendakap gigi (Part 1)

Iya, aku dengan secara rasminya sudah dipasang dengan pendakap gigi..

Tiba-tiba saja aku terasa macam mau pakai braces. Tapi, sebenarnya lama sudah cerita ni.
Waktu aku di Form 2, bapa aku kasi register nama aku untuk pakai braces di hospital kerajaan. I went to consultation, siap pigi HQE di KK untuk buat mould, x-ray pelbagai semua, doktor siap bagitau mau cabut 4 batang gigi.. dan akhirnya.. aku nda pakai pun.. on the day yang sepatutnya aku dicabut 2 batang gigi dulu, aku diserang anxiety melampau - sakit perut, sesak nafas - ketakutan punya pasal... akhirnya, bapa aku jadi fed-up.. kami pun balik ke Labuan dengan gigi aku yang masih penuh... wakakakakaka...

Kenapa time tu aku takut aaa? Aku rasa, reason yang paling valid, adalah kerana aku MALU.. Ya la... nama pun remaja yang sedang membesar, macamana mau ada buipren kalau ada besi di gigi.. (Ala.. mcm ada boipren mu, mmg sudah tidak lawa.. ada braces ka, tiada ka, sama ja, nda jua orang mau sama aku..huhuhuh).. Lagi satu, di Sabah dan Labuan time tu, fenomena orang berbraces ni masih lagi jarang-jarang.. Jadi, stigma itu ada di dalam diri aku yang serba buduh dan kebudak-budakkan time tu.. Di sekolah aku pun (time tu aku masih sekolah di KK), rasanya macam ada sorang ja senior aku yang pakai braces.. adik aku si Tasha bgtau, ramai kawannya pakai braces.. tapi kawannya tu di SSP KL, bukan di KK.... teda la geng braces aku...

Lagi satu, aku amat lah penakut untuk dicabut gigi. Cabut sebatang gigi ja pun boleh menyebabkan jantung aku macam gugur, inikan pula 4 batang... gilak ka...

Jadi, lepas kejadian tu, nda habis-habis la bapa aku kadang-kadang meluahkan kekesalannya macam buang masa ja bawa aku ke KK ulang alik untuk pasang braces tu.. kunun, kalau aku pakai, gigi aku mesti cantek la kunun... tiada lagi gigi kapak yang overbite ini... huh....

Talking about my teeth... buruk-buruk pun, ada juga orang mau aku kan.. tidak lain dan tidak bukan, Abang Edi yang tersayang...

Dulu aku pernah suarakan kepada Abang Edi, what if I wear braces? Dia kata tidak payah.

Tapi adalah dalam tahun 2008, a wife to Abang Edi's friend pakai braces, kami pegi open house raya dorang, ramai betul tetamu yang datang ni pakai braces, terus Abang Edi bagi lampu hijau.. dia kata, pakai braces ni macam nampak stylo la plak... wakakaka.. Abang Edi siap janji mau sponsor sikit lagi tu kunun.. kurang-kurang RM1000... chewahh... sokongan padu nampak...

Akhirnya..... di hujung tahun 2010, barulah aku betul-betul serius mau pakai ni braces.. mula-mula, ada la terfikir mau pakai time awal 2009, tapi termengandung si Zara la pula.. terus aku pendamkan ja hasrat tu...

Puas aku buat research pasal braces di Internet. Bila tengok ramai artis pakai braces ni, semangat aku tambah berkobar-kobar. Ramai juga orang yang berblog pasal braces di Malaysia ni rupanya. Ada yang cakap sakit, tapi aku rasa, kalau aku boleh tahan sakit contraction time beranak, apa la sangat sakit pakai braces. Plus, aku tengok ramai kawan aku pakai braces.. macam ok ja dorang..

Monday, December 27, 2010

Addin's Concert

At first, Zizou tidak faham pun ada itu konsert..

He thought that concert is "amik gambar beramai-ramai bersama kawan sekolah".

Aku memang tidak sabar mau menyaksikan konsert si Addin ni merangkap Hari Penyampaian Hadiah Taska.

Menurut kata-kata cikgu, Zizou akan terlibat dengan acara berjoget.. Excitednya aku bertambah sebab time konsert tu, family aku dari Labuan ngam-ngam berada di KL seminggu sebab si Nurul grad degree di UiTM Shah Alam.

And the day has come.. (27 Nov 2010)



and some pictures of Zara too...

Tuesday, December 21, 2010

Kisah Makan

SITUASI 1: SAMBAL NASI LEMAK

Aku dan Abang Edi sedang breakfast di sebuah restoran yang terletak dekat dengan area rumah aku. Aku order roti bakar dan Abang Edi order nasi lemak. Kitaorg jarang breakfast sini. Hari tu saja ubah selera, kebetulan Abang Edi mau hantar kereta ke kedai carwash favorite yang berhampiran.

Abang Edi: Sambal nasi lemak ni macam sambal you masak..
Aku: Jadi, apa la maknanya tu? Sedap ke tak sedap sambal dia?
Abang Edi: Boleh la... Try rasa ni..
Aku: (Lepas merasa sambal) Biasa je...
Abang Edi: Tak sedap sangat..
Aku: Eh... kurang asam... jadi maknanya, I masak tak sedap la?..
Abang Edi: (Sambil tertawa) Eh.. ok apa.. sekurang-kurangnya I honest..
Aku: Dah la.. tanak masak sambal untuk you lagi..
Abang Edi: Maknanya, you pun boleh meniaga le kan...
Aku: (Muka aku masam mencuka)
Abang Edi: Alah ayang, you ni, gurau pun tak boleh..

Abang Edi aku memang selalu bagi komen (samada bagus atau tidak bagus) lepas makan, samada aku masak atau siapa-siapa saja masak.. Contoh komen adalah seperti ini "Sedap la, boleh meniaga ni", "Boleh buat katering", "Boleh tahan"... kalau tak sedap, dia selalu senyap ja.. kalau sedap betul, Abang Edi boleh tambah nasi 2-3 pinggan...


SITUASI 2: TOP CHEF

Aku suka tengok rancangan memasak tidak kira la masakan melayu, western or anything. Kadang-kadang, rancangan memasak atau makan-makan dalam bahasa Cina dan India pun aku layan.. dan rancangan memasak yang hit dalam list aku sekarang ialah- Top Chef (Channel 702) dan MasterChef UK (Channel 711)..

Kegemaran aku yang satu ni memang amat difahami oleh Abang Edi dan anak bujang aku, Zizou. Abang Edi amat memahami sehinggakan dia selalu mengalah dan pasrah kerana tidak dapat tengok rancangan SportCenter on 812.

Satu malam, ketika aku sedang menonton MasterChef UK, Abang Edi menukar channel ke channel 812.

Aku: Kenapa tukar channel tu? I nak tengok MasterChef..
Abang Edi: Dah habis kan?
Aku: Belum la.. MasterChef ni back to back.. 2 jam.. tadi baru 1 jam..
Abang Edi: Ala.. I nak tengok SportCenter ni..
Aku: SportCenter boring la...
Abang Edi: Hari-hari tengok Top Chef. Malam ni MasterChef pulak. Tapi selalu tak masak pun...

Tuuuuuutttttttttttttttttttt..... (suasana senyap) Aku terpana.. huhuhuh

Aku: Nak I masak, balik awal le tolong jaga anak... camne nak masak kalau anak selalu kacau kat dapur je..

Tuuuuuttttttttttttttttttt lagi.... (senyap lagi)

Daddy pun beralih ke SOHO merangkap stesyen study aku di ceruk ruang tamu. Tiba-tiba, Zizou mencelah.

Zizou: Tak le mummy.. SportCenter tak boring.. kesian daddy nak tengok SportCenter.. Mummy baik kan... bagi le daddy tengok SportCenter...

Huhuhuhuhuh...


SITUASI 3: NASI LEMAK


Ini adalah time keluarga aku datang KL. Bapa aku pegi menapau 10 bungkus nasi lemak dari makcik tepi jalan yang meniaga dekat area rumah aku. 

Makcik jual nasi lemak: Banyak bungkus ni..
Bapa: Ramai orang di rumah..

Mungkin menyedari bapa aku bukan orang malaya berdasarkan cara percakapan beliau..

Makcik: Orang mana?
Bapa: Labuan.. saja datang KL cuti-cuti.
Makcik: Kat Labuan takde nasi lemak ke?

Bapa aku cakap, time tu dia rasa macam mau kansel ja beli nasi lemak dengan makcik yang peramah tidak bertempat tu..

Bapa: Ada... Mustahil tiada.. Selagi kita tinggal di tempat yang beriklim panas macam Malaysia ni, makanan ni mesti ada. Bukan tinggal di Australia, tempat macam tu mungkin tiada Nasi Lemak...

Tuuutttttttttttt....

Terdiam makcik tu. Kalau aku berada di tempat bapa aku, mungkin aku akan jawab,

"Memang takde.. Kitaorang hari-hari makan ala-ala western je" atau
"Ada... belambak.. saja nak compare Nasi Lemak kat KL dengan Labuan je"
atau
"Ada... makcik pernah naik kapal terbang pergi Labuan tak makan nasi lemak sana?"

Nasib la bapa aku orang dah season, matured la.. tiada la bagi jawapan bodo-bodo macam aku ni.. huhuuh

Untuk rekod, bukan sedap sangat pun nasi lemak makcik tu.

Friday, December 17, 2010

Addin's New Vocabs

TENIS: Bola Pukul
BADMINTON: Bola Pukul Lain
GOLF: Bola Senget
SNOOKER/POOL: Bola Kayu
FOOTBALL: Bola Sepak

BOLA yang ada lampu kelip-kelip bila dilantunkan si Tasha beli di AQUARIA: Bola-bola Api

Permainan rupa macam ikan buntal yang fleksibel dan berlampu kelip-kelip bila dipicit dan digerakkan, si Jakir beli di AQUARIA: Kepala Api

Si Addin memang suka buat istilah sendiri...

Kids say the cutest things (3)

SITUASI 1: MICKEY MOUSE

Adik aku, Akil @ Jakir baru ja berjaya memerangkap seekor anak tikus dalam biliknya.

Addin: Bilik Uncle Akil ada tikus ke mummy?
Aku: Haah.. nama tikus tu Mickey Mouse
Addin: Wahhh.. Seronoknya ada Mickey Mouse


SITUASI 2: MICKEY MOUSE

Addin: Bilik Uncle Akil ada tikus ke mummy?
Aku: Tak boleh cakap pasal tikus tu balik-balik.. Nanti tikus tu gigit jari Addin.. Tikus tu cakap "Eh... nak makan la tangan Addin ni pasal selalu kena kopek" (aku ubah tone suara jadi kecik sikit, kunun meniru cara tikus bercakap)
Addin: Hmmm... (sambil mengerutkan dahi)... mana boleh... Tikus mana pandai cakap..

(si Addin ada tabiat suka mengopek scar tissue luka menyebabkan lukanya tidak pandai sembuh dan akhirnya akan menjadi kudis. Pelbagai jenis teknik sudah yang aku buat supaya si Addin meninggalkan tabiat suka mengopek tu, tapi buat juga... bad habit.. sekarang ni ada 3 jari di tangan kanan si Addin yang buruk pasal selalu kena kopek)

Thursday, December 16, 2010

Kids say the cutest things (2)

Semua conversation di bawah adalah ketika kami balik kampung di Labuan.. 

Situasi 1: KAHWIN

Addin: (Sambil memegang perut mama aku) Nenek ada adik baby ke? (Mentang-mentang la perut mama aku tu tidak kempes)
Mama aku: Tidak la..
Addin: Ooooo... Nenek belum kawin lagi kan...


Situasi 2: PASAL KAHWIN JUGA

Addin: Auntie Tasha ada adik baby kan... (si Tasha sedang pregnant anak pertama)
Tasha: Haah..
Addin: Memang la... Auntie Tasha ada adik baby.. Auntie Nurul tade adik baby.. Auntie Nurul tak kawin.. Auntie Tasha baru kawin...

Kami: ?????

(Silap audience, takut nanti orang lain fikir yang bukan-bukan pula.. )


Situasi 3: SEKOLAH

Addin baru bangun dari tidur.

Addin: Mummy, Addin tanak sekolah..
Aku: Mana boleh tak sekolah... kalau tak sekolah macamana nak jadi budak pandai..
Addin: Memang boleh... Addin nak sekolah Labuan je... Kat sini ada sekolah kan? Addin tanak sekolah KL...
Aku: (Amboi, bijaknya berkata-kata)


Situasi 4: BANYAK DUIT

Abang Edi sedang membelek-belek majalah Anjung Seri.

Addin: Daddy, Addin nak rumah macam ni.. rumah ni cantik..
Abang Edi: Kalau nak rumah macam ni, kena doakan Daddy banyak duit dulu...
Addin: (Sambil menadah tangan berdoa) Semoga Daddy dapat banyak duit boleh beli rumah cantik. Amin....
Abang Edi: Pandainya anak Daddy... terharu Daddy dengar... Amin...

Final week of semester break

Baru balik dari cuti-cuti balik kampung... penatnya...

Si Addin Zidane amatlah gembiranya dapat balik kampung... pasal ramai yang melayan... dia siap boleh request mau sekolah di Labuan lagi... huh... banyak cantek.. nda kan la aku mau berpisah dengan anak hero aku nan sorang ni...

Si Zara pula demam+batuk+selsema tidak pandai habis.. thanks to her abang yang menjangkitkan penyakit itu.. and thanks to my siblings yang menjangkitkan penyakit itu kepada si Addin Zidane.. nasib baik aku sehat ja.. ada terasa macam mau kena sorethroat... tapi aku cepat2 bawa minum air masak banyak-banyak...

Selain dari kena demam+batuk+selsema, eczema si Zara pun datang bermaharajalela... aku pun nda tau apa salahnya... pasal air mandi ka tu? cuaca? atau habuk dari bilik pasal bilik kami tu kan jarang kena guna.. Memang selama-lama aku di Labuan+Ranau+KK, amatlah susah mau mengurus si Zara... kerjanya meragam ja.. kalau mau tidur mesti mau menggaru nda pandai habis... nasib la aku ada mama dan adik-adik yang rajin tolong melayan si Zara... kalau mengharap aku sorang ja, mesti jadi mereng..

Banyak betul aku mau sharekan dalam blog ni
Nanti sambung lagi... adios!!!

Monday, December 13, 2010

First Sem Result

Lama sudah aku bingung ni.. mau cek exam result...

Cek punya cek di SPMWEB, result is still not available.. sudah la mau access internet di kampung ni punya la main bertebiat... tensen aku...

And at last, one of my geng keras di UKM (course mate merangkap discussion group mate), Kak Asmah sms, "Dah cek result ke? Bole try cek guna sms UKM RESULT NOMATRIK NOIC and send to 15888"

La... rupanya boleh cek result guna SMS.... senang ja rupanya...

Aku pun try la... berdebar-debar menunggu... bertebiat juga tunggu reply ni.. maybe ramai lagi student lain yang send sms to 15888 ni...

Got a reply... dup dup dup dup...

Alhamdulillah... tapi ada satu kantoi, dapat A-... baru tau, siapa suruh tidak terer...

I broke the news to my mum... aku kena peluk!!! hheheh... Mama aku siap nasihat my youngest sister to strive harder, kunun pasal aku yang sudah ada anak 2 ni pun boleh buat... inikan pula adik aku yang bujang trang tang tang tiada masalah dunia mau difikir tu...

I broke the news to my beloved Abang Edi... and I got a kiss!! Abang Edi cakap "Great job, I am proud of you Ayang!"

Broke the news to my dad, and all he said is "Boleh try buat pHD..." dan aku jawab... gila, baru buat master mix course pun dah tercungap-cungap... tapi kalau ada rezeki untuk buat, boleh ja...

Tapi sebenarnya, aku tidak berpuas hati sangat... bukan ka bagus kalau boleh dapat 4.00 flat... huhuhuh...

Apa-apa pun, Alhamdulillah.... next sem, cuba lagi... make sure, dapat buat thesis dan grad dengan cemerlang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...