google analytic

Nuffnang

Thursday, January 9, 2014

Percutian ke Korea (Day 1) - Penerbangan ke Incheon & malam pertama di Yeongjong

Jumaat, 6 Disember 2013

3 hari sebelum flight ke Seoul, rombongan dari Labuan (Mama, Jakir, Lina) dan KK (Macik Ilu - my mom's sister) sampai ke KL. Shopping beli apa yang patut sebagai persediaan musim sejuk di Seoul.

Aku sudah terlebih excited. A week before departure, aku sibuk nyanyi lagu "Do you want to build a snowman?" penangan tengok movie Frozen di GSC Alamanda.
Even Addin dan Zara pun tidak excited macam aku.
Zara dengan selambanya declare dia langsung tidak gembira ke Seoul kerana dia tidak suka winter with all the snow thing. Boleh?


Isnin, 9 Disember 2013

Rumah - LCCT - AirAsiaX
Gerak dari rumah jam 4.30 pagi. Booking family van untuk 7 dewasa dan 2 kanak-kanak dengan Airport Limo dengan kos RM180++.
Tour group kami diketuai oleh Pn. Zuraini iaitu regular customer Kembara Sufi. Puan Zuraini dan suami disponsor oleh Kembara Sufi untuk jadi pemudah cara di antara tour group dan tour guide di Seoul. Untung kan!





My first perception lepas masuk cabin AirAsiaX - Wow. Boleh tahan. Kerusi pun agak selesa dan luas untuk orang yang bersaiz kemetot macam aku ni. (Dulu kan kami experience yang flatbed seat ja. Tidak menjengah pun ke cabin seat biasa.)
Keterujaan ke Korea bertambah apabila tengok most of the flight attendants adalah Korean yang comel dan hensem macam artis K-Pop. Inflight announcement pun dalam bahasa Korea.
Best part of choosing AirAsiaX - Kita boleh pilih apa yang kita mau makan. Makanan pilihan inflight - rice with green curry. Sedap!
Ketidakcukupan tidur di malam sebelum flight (tidur jam 12 tgh malam dan bangun jam 3 pagi) menyebabkan kami menghabiskan masa penerbangan dengan tidur yang lena.

Sampai di Incheon international airport dan jumpa dengan tour guide
Sejam sebelum sampai ke Incheon, tingkap yang tadinya panas sudah menjadi semakin sejuk.

 Masih di ruang udara Malaysia. Cuaca cerah. 
Pegang tingkap pun panas.

Sudah masuk ruang udara Korea. Cuaca berkabus. 
Siap ada snowflakes di tingkap. Sejuk tingkap tu.

Abang Edi insist untuk mengeluarkan jaket kami yang aku simpan dalam compressed plastic bag dalam cabin luggage kami.
Tapi bila sudah masuk dalam terminal Incheon yang luas dengan suhu bilik, siap kena naik train lagi ke terminal seterusnya untuk ambil luggage, jadi panas pula sebab pakai baju tebal-tebal. Hohohoh.. 
Sudahnya, buka jaket dan ikat di pinggang.

 Sampai terminal ja, terus on wifi. Cek Facebook. Hehe.

Bersesak dalam train untuk ke terminal seterusnya.

Lepas ambil luggage segala, kami berjumpa dengan tour guide kami iaitu Mr. JongHyuk Yoon atau nama englishnya Mr. John.
Orangnya tinggi, ada hensem sikit, nampak cam budak baik dan tidak berapa pandai mau buat kelakar. Hoho.
Mr. John ni juga ditemani oleh kawannya, Mickey yang bertugas sebagai jurugambar dan pembantu Mr. John. Tidak pandai berbahasa english. Budak baik dan lurus macam Mr. John juga.
Driver bus aku tatau nama. Agak sedikit berumur, 40an atau 50an maybe, dan tidak pandai cakap english.  

Keluar ja daripada airport menuju ke bas, semua sudah terasa sejuk yang amat sebab time tu sedang hujan. Asap keluar dari mulut. Seronotnya!!
Cepat cepat masuk dalam bas! Sejuk!

Keluar ja airport terus buat 'asap' dengan mulut

Mr. John bgtau pada malam pertama, makan malam tidak disediakan.
Tapi dia boleh tolong tunjukkan restoran yang menyediakan makanan seafood sepenuhnya.
Nasib baik kami sudah bersedia dengan makanan tin dari Malaysia, so no worry.

The Residence Yeongjong
Dalam masa 10-15 minit macam tu, kami pun sampai di The Residence Yeongjong.
Lobinya kecil. Ada wifi.
Sempat la aku cancelkan booking yang aku buat untuk malam last kami di Korea. Sebab dalam itinerary awal penginapan malam terakhir tidak disediakan dan bermalam di airport ja kan.
Lepas dapat itinerary yang final, ada pula disediakan hotel di Seoul, Alhamdulillah.



Sampai bilik ja, Addin dan Zara request makan maggi.
Kami dapat bilik dengan 2 katil queen. Ada small kitchenette.
Tidak berapa luas. Dalam bilik air pun ada toilet, shower dan sabun sahaja.
Towel pun kecil ja.
Tiada bath tub. Duh. Bagi Addin dan Zara, itu bukan hotel. Hahaha.
Channel tv pula ada banyak. Ada channel kartun. Channel berbahasa inggeris dengan subtitle korea pun banyak.

Aircond pun ada cuma kami tidak pandai adjust sebab guna tulisan hangul.
Panas pun ngam-ngam ja, so let the suhu bilik be. 
Senang cerita, hotel ni amatlah basic dan sesuai untuk orang yang nak transit sekejap sebelum meneruskan penerbangan terutamanya kalau ada flight awal pagi atau lewat malam. 

Kami sempat keluar sekejap untuk beli instant rice, banana milk dan choc milk di convenience store yang berdekatan.
Walaupun ada masalah bahasa, orang di kedai tu cukup baik dan panaskan nasi kami tu bila aku sebut "Microwave".  
Oleh kerana kesejukan yang amat, aku, Addin dan Zara balik bilik untuk makan nasi tapi Abang Edi teruskan jalan-jalan round kawasan sekeliling.

 Sempat buat iklan minum susu pisang di luar hotel sambil kesejukan.

Aku ada toleransi yang kureng dengan cuaca sejuk.
Mula la aku start jadi beruang sebab mau berpanas-panasan dan berhibernasi.
Lagipun aku ada tugas lebih penting daripada round-round ronda kawasan.
Aku kena siapkan pakaian untuk besok sebab kena gerak awal jam 8.00 pagi untuk breakfast dan ke Nami Island.

link berkaitan cuti-cuti winter sonata Korea!

5 comments:

  1. tak sabar nak baca entry seterusnya supaya boleh jadi rujukan untuk saya ke sana insyaAllah hujung tahun ni hehehe.

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak baca entry seterusnya supaya boleh jadi rujukan untuk saya ke sana insyaAllah hujung tahun ni hehehe.

    ReplyDelete
  3. Thx for the comment Cik Nurul Pinky!

    Saya sdg gigih menyiapkan post Korea ni sebab tanak lupa pengalaman di sana. Keep reading :)

    ReplyDelete
  4. Best tak pergi dengan kembara sufi. Boleh bg contact no bkn apa risau takut kena tipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi korea tu saya rasa ok sebab travel agen kat sana yg bawa kita jalan-jalan tu mmg local company dan bukan org malaysia.. i prefer that way.. tapi tatau le skrg kembara sufi dah buat mcmana..

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...