google analytic

Nuffnang

Friday, January 10, 2014

Percutian ke Korea (Day 2) - Nami Island, Teddy Bear Farm dan Del Pino Golf & Resort

Selasa, 10 Disember 2013

Breakfast di The Residence Yeongjong
Ada nasi goreng, telur rebus, baked bean, roti, jem strawberry, butter dan kimchi!
Orang Korea ni makan kimchi dalam semua meal dorang, breakfast, lunch, dinner. Semua ada.
Mr. John bagitau dorang buat macam tu sebab nak sihatkan sistem penghadaman dorang.
Hari-hari berak. Memang sihat. 

Nami Island
Perjalanan ke Nami Island dari hotel kami mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Ada la Mr. John ni cerita pasal Nami Island semua tu. Empangan la, Jeneral Nami la, etc.

 Turun bas ja terus ambil gambar.

 Beratur di 'imigresen' untuk naik bot ke Pulau Nami


Turun bot pun ambil gambar lagi

'Stone'man

Gambar satu tour group



Time kami pegi Nami Island tu, tanah ada becak-becak sikit sebab hari sebelum tu hujan.
Tiada salji tapi aku rasa bersyukur sebab aku fikir aku bertuah dapat rasa suasana musim luruh.



 Lina and Zara.

Feeling ala Winter Sonata konon.

Cuaca sejuk yang amat menyebabkan aku mengada-ngada minta Abang Edi belikan aku winterhat dengan toncet yang tinggi dan glove yang boleh guna fungsi touch phone tanpa buka glove.
Tapi agak mahai di situ le.. errr..
Mama aku sempat beli keropok, tapi lepas aku tegur tu halal ke tidak, terus dia buang. Hohoho..
Di kedai dekat jeti tu ada tempat caj henpon.

Korean seafood and vege lunch
Lepas round Nami Island, naik bot patah balik ke tanah besar, adalah masa untuk makan.
Mr. John bagitau yang kami akan dibawa ke restoran masakan Korea ala zaman dulu-dulu berasaskan amalan Buddha yang tidak makan daging.
Aku ni pun anxious la fikir macamana makan ala Buddha tu.
Rupanya macam ni.


Semua sodap!

Aku punya main risau kalau-kalau masakan Korea tidak sedap sampai bawa bekal sos cili, sambal ikan bilis segala dari Malaysia.
Sekalinya, tidak termakan pun segala bekal tu sebab semua lauk Korea ni sedap.

Nasi yang dihidang hanya semangkuk. Lauk pun dihidang sikit-sikit tapi ada macam-macam jenis.
Tapi boleh ja minta tambah kalau tidak cukup.  Tidak perlu minta pun sebab kalau dorang nampak mangkuk kosong ja dorang mesti tambah.
Aku rasa nasi tu cukup ja sebab kenyang makan lauk.
Dan minuman yang dihidang hanya air kosong. Memang cara pemakanan yang sihat.
Excitednya la aku sebab cara makan ni macam dalam cerita "Jewel in the Palace".

Duduk atas lantai 'ondol' pula tu.  Ondol means heated floor. Ada gas di bawah laminated floor tu.
So, time macam ni sesuai la kalau mau buka jaket luar segala.

Budak ni lepas makan ja, mesti mau baring-baring atas lantai. Selesa la tu agaknya.

Setiap restoran yang kami pegi, mesti disediakan sebuah bilik atau area untuk tour group buat solat jamak/kasar.
Jadinya, everytime berehat untuk lunch, kurang-kurang mesti ambil time sejam lebih. Makan + solat.

Kalau pegi Korea redah sendiri, kena la pandai-pandai adjust area yang sesuai untuk solat. 
Kalau ikut pakej muslim macam ni, InsyaAllah ibadah solat tu terjaga dan selesa.

Teddy Bear Farm
Lepas lunch, naik bas, travel untuk 2 jam lagi ke kawasan Mount Seorak untuk destinasi seterusnya iaitu Teddy Bear Farm.

Selepas travel macam 1 jam setengah gitu, kami diberi toilet break di sebuah RnR.
Di sini, hujan salji renyai-renyai sudah turun. Seronotnya!!
Mr. John cakap sini senang nak bersalji sebab kawasan tanah tinggi kan.


Dorang sibuk ambil gambar, aku sibuk pegi toilet.
Aku siap sempat beli long john berskirt dengan harga 15000 won.


 Suasana di RnR.

Lepas toilet break, sambung perjalanan dalam 20 minit gitu, sampai di Teddy Bear Farm.


Dalam muzium ni, segala aksi teddy bear ada. Western dan Korean style.
Addin dan Zara suka la. Kami yang sudah besar ni layankan ja.

 Me and my only brother, Jakir.

Dalam rumah beruang.

Outdoor park. Baca buku dengan beruang kunun.

Okeh. Lepas jalan-jalan tanpa terpengaruh untuk beli souvenir dari muzium ni, pegi dinner pula.

Tatau nama restoran apa. Taram sajalah.

 
Grilled mackerel. Sedap.
Perasan ka ada cili hijau kicap tu? 
Aku rasa tuan restoran sediakan ni sebab selalu dapat request dari Malaysian. 
Entah la. Hoho.



Aksi makan seaweed dengan Zara. 
Seaweed tu saja la yang Zara mau makan. 
Lain-lain dia tamau.
Sekarang sudah pandai memilih tamau makan nasi. 
Tu la makin kurang tembam.

Transfer to Seorak Delpino Golf and Resort for check-in
Lepas makan, kita pegi hotel seterusnya untuk bermalam.
The best part is, setiap kumpulan isi bilik akan dapat satu 2-bedroom suite.
Means, family kami 4 orang dapat satu suite, mama + macik aku + Jakir dapat satu suite, dan Nurul + Lina dapat satu suite. Begitulah halnya dengan keluarga yang lain.


 Suitenya besar. 
Channel pun banyak. Yang penting kartun mesti ada.

 Siap ada kitchenette. 
Lengkap dengan peti ais, rice cooker, dapur masak, plates, utensils, sabun cuci pinggan.

 Macam best pula guna sliding door untuk bilik.

 Master bedroom, western style.

 Dan yang paling Addin dan Zara suka, ada bath tub! Kids.
Toilettries yang disediakan hanya syampu dan cream bath.
Towel pun kecik ja.

Ini di gobok second bedroom. Yang berlipat tu adalah tilam tidur.
Kami semua tidur di master bedroom. Abang Edi bawa tilam ni tidur atas lantai.

Senang cerita, Del Pino ni amat menggembirakan except for one thing. 
Tiada wifi di bilik. Hanya ada wifi di lobi. Dan kelajuan wifi tu tidaklah hebat sangat. 

Sebelum bersiap untuk keesokkan harinya dan tidur, aku sempat lagi round di taman depan hotel untuk sesi bergambar dengan Jakir, Nurul dan Lina.



 Ada replika stonehenge lagi tu.

Sempat shopping susu coklat di blok hotel sebelah.


link berkaitan cuti-cuti winter sonata Korea!

6 comments:

  1. Wahhh sngt mbuatkn hati saya membuak2 nak g korea. Nak pegi dgn kembara sufi travel gak ni x lma lg hehe..bleh x kongsi crita kat saya my email sha_hman84@hotmail.com tq in advance

    ReplyDelete
  2. Seronoknya mau pegi Korea!!! Wish you all the fun. Travel ke Korea dengan Kembara Sufi memang best. Sarah baca ja my entry for Korea.. Semua cerita lengkap :) Kalau Sarah ada nak tanya apa-apa, just drop me a question.. Nanti saya jawabkan :)

    ReplyDelete
  3. Hehe u entry bnyk bg saya info. Ari ni insyallah fly by AA..kami 6pax jak kesian ikut AA..tp at the same time kmi untung la coz kmi lebih sehari...btw mau tnya d area hotel yeongjong tmpt mana yv bleh kta explore?

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... sebenarnya itu la tujuan share di blog.. supaya org senang dpt info.. btw, naik AA pun ok juga.. boleh pilih meal yang kita mau :)

    di area hotel yeongjong tu, frankly speaking, saya pun tidak arif sgt.. sebab jalan sikit ja hari tu (time tu malam), anak sudah request untuk balik ke bilik.. mmg sejuk sgt time tu.. but according to my husband and my sisters, banyak kedai ja.. nothing much can do sebab sudah malam.. besoknya pula sudah kena gerak ke nami island dan seorak mountain.. kalau ikut our tour guide punya info, area tu byk seafood restaurant sebab dekat dengan laut :)

    ReplyDelete
  5. Cerita pasal seafood mmg lucu...kmi smpt explore semua tmpt d incheon mlm td..last2 kalah dgn suhu sejuk hihi..org hairan tgk kami. Pegi mkn then order seafood conversation like itik n kmbing..kta spiking pn durang mmg bantingal haha...alamat guna bahasa isyarat la..

    ReplyDelete
  6. wah... good for you Sarah!! Sudah sampai Korea rupanya kamu :)

    Nanti tulis la pengalaman kamu ke Korea dalam musim bunga bersama Kembara Sufi. Mesti siok kan.. Mungkin ada perubahan itinerary ka daripada kami yang pegi musim sejuk.. Mau juga baca :)

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...